Thursday, January 28, 2021

Resepi Lempeng Kelapa paling mudah

Macam-macam resepi nak buat lempeng kelapa ni.
Ada yang suka buat adunan cair sebab suka makan yang lembut.
Ada yang suka adunan sedang2 je cairnya sebab suka makan isi tebal dan rangup diluar.
Ada pula tak kisah adunannya macam mana asalkan jadi boleh dimakan...haha..




Ni saya share resepi lempeng kelapa cara saya..
Tak cair sangat adunannya.
Janji kalau dah keluar buih2 kecil atas adunan masa sebelum balikkan lempeng tu pun dah cukup puas hati...dan yang penting sekali tak sapu2 minyak dah pada pan untuk bakar lempeng.

Boleh tengok bahan2 dan cara membuatnya dlm video dibawah.
Mudah2 je resepinya...
Selamat mencuba..





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, January 26, 2021

Tadika Online tapi umpama membawa guru mengajar dirumah


Untuk yang ada anak-anak tadika (umur 4 tahun - 6 tahun). 
Ni saya nak promote dan recommend satu sistem Tadika belajar secara online yang bagus untuk anak anak belajar di rumah.

Alhamdulillah, dah praktikkan utk Daim (4 tahun), sangat praktikal dan sangat interaktif.
Cepat aje dia belajar dan seronok. Umpama guru ada live depan kita. 
Dan Daim pun percaya yang cikgu tu nampak dia kat rumah. So please behave :-)

Dengan pemantauan daripada ibu bapa yang minimum. 
Boleh klik video kat atas tu untuk tengok cara pembelajarannya macam mana.
Memang anak2 akan rasa seronok lah.
Hari2 nak pergi sekolah.
Kita ibu bapa just support tolong2 tanya soalan dan bagi semangat lagi je. 
Yang penting anak2 baya Daim ni mesti buat pengulangan dalam setiap apa yang dibelajarnya.
Barulah mudah ingat dan faham.

 *Abaikan Daim pakai baju Smart Reader tu. Nak ambil mood dia pagi pagi umpama pergi sekolah*

Untuk info lanjut mengenai Tadika online ni, boleh klik link kat dibawah ya . 


#daimmuslim
#4y7m
#tadikaonline
#onlineclass
#mco2

Bukan #pdpr tapi #belajarsendiridirumah


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, January 25, 2021

Resepi Ketam Masak Kam Heong




Antara menu masakan ketam paling senang ni.
Buat kurang pedas, anak2 pun suka makan.
Ratah sampai hingga menjilat jari...

Bahan-bahan:

4 ekor ketam gaul garam dan goreng 
5 biji bawang besar dihiris
5 ulas bwg putih dihiris
2 sudu kecil udang kering ditumbuk kasar
3 biji cili api dihiris
1 sudu kecil rempah kari ikan dibancuh dengan sedikit air
3 tangkai daun kari
1 sudu besar  sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap pekat
Sedikit kicap manis, garam & perasa.


Cara-cara:

1. Tumis Bawang putih, bawang besar, cili api, udang kering dan daun kari hingga  garing.

2. Kemudian masukkan rempah kari ikan yang dibancuh dengan sedikit air. 
Masak hingga pecah minyak.

3. Masukkan sedikit air. Kacau2 hingga sebati. 
Dan terus masukkan sos Tiram, kicap pekat, sos cili dan kicap manis.

4. Akhir sekali masukkan ketam yang digoreng tadi. 
Perasakan dengan garam serta perasa jika perlu.

Selamat mencuba ❤️.




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, January 22, 2021

Resepi Gulai Ikan kering & Nenas cara Kelantan


Kalau masak gulai ikan kering, memang suka cari yang isi ikan tebal2. 
Baru nikmat makan ikan kering namanya. 
Kalau yang nipis2 tu memang sesuai untuk goreng je lah.

Ni masak style Kelantan. Kot ada yang nak cuba.

Bahan-bahan kisar:
1 Labu Bawang merah
3 Ulas Bawang putih
2 Sudu cili giling
1/2 Sudu rempah kari ikan (optional) 
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit hidup

Bahan-bahan lain:
4-5 keping ikan kering cencaru (dibasuh)
Nenas (dihiris separa tebal) 
Kacang panjang (dipotong) 
3-4 biji cili hijau/api
Santan secukupnya
Garam, gula & perasa. 

Cara-cara membuatnya:
 1. Tumis bahan2 kisar dengan sedikit minyak hingga naik bau. (sebab guna santan kotak kena tumis dulu, kalau santan asli tak payah tumis terus masukkan sekali dengan santan) 
  2.Masukkan santan dan air. Masak sehingga mendidih. Kena selalu kacau untuk elakkan santan berketul. 
  3.Kemudian masukkan ikan kering, Hirisan nenas, kacang panjang dan cili. 
  4.Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.

Selamat mencuba.


Dipadankan pula dengan daging masak blackpepper serta ulam-ulam. 
Memang kombinasi yang sempurna sangat.





::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, January 20, 2021

Persiapan "School Station" sebelum naik sekolah 2021



Selamat kembali ke sekolah bagi pelajar-pelajar SPM 2020 dan tadika-tadika seluruh Malaysia.
Bagi pelajar-pelajar yang lain, walaupun tidak dapat pergi ke sekolah lagi, tapi tetap meneruskan sesi persekolahan 2021 ni secara Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) atau lebih tepatnya secara online.


Siap projek "School station" sempena nak naik sekolah 2021 dalam era Norma baharu. 

Naik sekolah untuk tahun 2021 ni nampaknya tak payah beli uniform, stationary pun guna apa yang ada je, just top up mana2 tak cukup, buku2 teks pun digital dah, nota2 & latihan pun boleh print sendiri. 


Antara perkara2 penting yang dah dibuat untuk menyiapkan  projek ni:

1. Since day 1 PKP 2.0 ayahnya dah tambah lagi 1 laptop. So masing2 dah ada laptop sendiri. Masing2 jaga. Belajar guna handphone/tab boleh je macam sebelum2 ni. Tapi rasa tak puas lah sebab screen kecil. Lagipun kadang2 handphone anak2 hang sebab memory full download macam2 dari cikgu masing2. 

2. Sebelum2 ni guna earphone/air pod. Nak naik sekolah ni upgrade guna head phone lah bagi lebih selesa (pakai tudung kan) dan tak sakit lubang telinga.


3. Sebelum2 ni ada 2 wifi (unifi & umobile) dan data maxis, ni tambah lagi satu data. So masing2 jaga data masing2. Habis data cepat, top up guna duit masing2.

4. Untuk memudahkan lagi sesi pengajaran & pembelajaran, beli lah juga drawing tablet untuk memudahkan conteng2/tulis jawapan atas kertas (read atas screen sebenarnya).


5. Sebelum2 ni masing2 study dalam bilik masing2. Sukar nak pantau lagi2 ayahnya takkan sewenang2 masuk bilik2 anak dara kan. Ni senang ibu & ayah pantau mereka kalau buat school Station macam ni. Tak faham terus tanya. 

6. Siap beli meja study baru dan kerusi study baru nak bagi seragam kat school station supaya dapat ciptakan mood positif pergi "sekolah" hari2. Ya lah, anak2 dah lama cuti sekolah. Perlu energy dan mood yang baru bagi diaorg lebih semangat.


7. Semalam siap panggil orang repair dan tambah lampu supaya pengcahayaan on point masa kelas online nanti. Selain bagus untuk mata, cikgu2 pun semangat dapat tengok muka anak2 murid ceria dan cerah kan. Ni kusam je..

8. Pokok pun baru. Punyalah nak bagi mood umpama anak2 pergi sekolah nampak pokok2 hijau kat celah2 tingkap dalam kelas kan 😁.


Semoga urusan pembelajaran anak2 dirumah dipermudahkan..
Begitu juga dengan urusan cikgu2 semua.


Budak ni special.
Walaupun tak ada laptop, tapi Ipad, Tab dan PSP ada atas meja..
Time belajar, belajar betul2..
Time main, main betul2..
Daim kita bagi tengok Youtube, pulun tengok ya Daim..
Alhamdulillah..
Daim ni memang minat belajar, tapi perlu kita yang guide dia..


InsyaAllah.. Kita boleh menghadapi Norma baharu ini jika kita lebih bersedia 💪.
Yang penting  ANAK-ANAK ADA BONDING BERSAMA CIKGU MASING-MASING semasa kelas online nanti.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, January 18, 2021

Tortilla Tik Tok







Tortilla Tik Tok nama diberi..
Untuk santapan tengahari..
Mudahnya lah hai dia punya lipat bersegi.. 
Korang dah cuba ke belum lagi?

Resepi?
Ikut je lah selera sendiri.. 

#tortillatiktok
#tortillawrap
#tortillahack




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Saturday, January 16, 2021

Resepi Ayam Masak Sos Lemon Bercili


Ayam masak sos lemon biasa buat.
Ayam goreng bercili pun biasa buat.
Kalini kita combine kan kedua-dua resepi diatas supaya jadi lain sikit dari biasa.

Bahan-bahan untuk dichopper:
2 biji cili besar merah
4 biji cili besar hijau
2 biji cili padi
1 Labu bawang merah (medium) 
3 ulas Bawang putih
1 Labu Bawang holland (medium) 

Bahan-bahan lain:
5 sudu sos lemon
Sedikit air, gula dan garam
1 Labu Bawang Holland dihiris
1/2 ekor ayam yang telah di goreng separuh masak dengan garam & kunyit.


Cara-caranya:
    1. Masukkan semua bahan-bahan yang perlu dichopper kedalam processor food & blend. 
Blend tektur tu kasar2. Jangan halus sangat dan jangan masukkan air.
    2.Tuang minyak, kemudian goreng bahan-bahan chopper tadi hingga masak. 
Kemudian masukkan sedikit air (dalam 1/2 cawan). Kacau2 lagi hingga kering air dan terbit minyak. 
    3.Masukkan sos lemon, garam & gula dan kacau hingga sebati. 
    4.Akhir sekali masukkan ayam yang telah di goreng dan hirisan Bawang Holland tadi.
 Kacau2 sekejap, siap!. 


Sos lemon tu letak 5 sudu ya baru boleh pergi sampai Maldives rasanya..;-)


Ramai yang tanya beli kat mana sos lemon tu
Sis beli online je..
Tapi ada yang komen kata Eco pun ada jual.

Btw memang suka guna sos jenama Yakin ni..
Sebab macam2 pilihan sos ada.
Senang dan memudahkan masa di dapur..
Cuma sos orange tu je tak pernah guna lagi..
Tak datang idea nak masak apa dengan sos orange tu..
Hihi..



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, January 14, 2021

Resepi Pizza paling mudah & cepat || Projek 3 beradik


Perfect weather for making pizza..


MCO 2.0 - Day 1.
Projek 3 beradik tu..
Daim, Aleesya & Ayyunie..
Buat pizza sendiri..
Yang paling excited Daim lah..


So yummy...
3 jenis pizza 3 beradik tu buat sendiri..
Tuna Pizza..
Chicken Pepperoni Pizza..
Dan Chicken Salami Pizza...


Ibu ayah tukang rekod video dan ambil gambar je nak masuk YouTube..
Eh tukang makan sekali..
Nampaknya pasni kalau ibu ayah busy tak dan nak masak atau tapau, anak3 dah boleh harap buat pizza sendiri..


Simple je bahan-bahannya..

Pizza base
Cheddar cheese
Capsicum
Mushroom (dalam tin)
Tuna
Chicken Salami
Chicken Pepperoni
Bawang holland
Sos Prego


Excited sungguh Daim buat pizza sendiri..
Sampaikan kakak2nya nak tolong pun tak bagi..
Haha.


Yeayyy..
2 Pizza dah siap..
Pizza lain2 masih dalam air fryer oven lagi masa ni..


Urmmm..so yummy..
Sampai tertarik2 ya cheese tu Daim..


Nak tengok celoteh dan aksi2 Daim buat pizza dengan kakak2nya..
(Ayyunie tak masuk frame sebab malas nak tukar baju lengan panjang dan pakai tudung katanya)

Jangan lupa tonton video kat atas ya..

Thank you for your support..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, January 12, 2021

Romantic Dinner @ Coxn Cafe, Pontian



Minum petang & makan malam berlatarbelakangkan laut.
Damai je bunyi ombak.
Suasana pun tenang je.
Jauh masuk ke dalam kampung.
Tapi tak pe, Waze ada ikut je lah.
Walaupun ada sesetengah jalan tu memang gelap gelita.


Tapi bila dah sampai..
Agak wow juga dengan dekorasi meja dan tempatnya.
Lagu2 yang dimainkan pun romantik. 
Kat meja sebelah kami ada yang candle light dinner.
Boleh call booking awal meja kalau nak celebrate apa2 majlis.
Lagi cantik bila time sunset katanya.


Boleh dengar deruan bunyi ombak yang asyikkk...
Masa ni pula hujan renyai2..
Memang sejukkkkk...


Makanan semua ada rasa.
Cuma deco pinggan dan saiz pinggan kena diperbaiki lagi.
Barulah syokkk makan western food portion besar yang disediakan.
Kat sini semua menu western, pasta & burger. 
Tak ada seafood, tak ada Tom Yam. 
Air chocolate & blended dia kaw kaw lebih kurang macam Air Starbucks dah.


Unik pondok2nya tu...
Dengan deco pasang langsir2 tu pula..
Memang menaikkan mood masa makan..


Juice buah, ice blended dan air chocolate dia memang kaw kaw..
Recommended..


Creamy Fettucine with chicken fillet untuk Daim..
RM16


Grill chicken untuk Aleesya
RM12


Australian Lamb Shoulder untuk saya
RM28


Rib Eye Steak untuk ketua keluarga
RM32


Coxn's rice with grill chicken untuk Ayyunie
RM16


Ber-romantik dinner dan candle light dinner lah kami sekeluarga  malam tu..
Alhamdulillah..
First time cuba makan di sini..
Dan masakan menepati citarasa kami..
InsyaAllah next time nak datang waktu sunset pula..
Dengarnya kalau waktu kemuncak cam tu memang ramai giler orang..


Alamat:
Coxn’s Cafe
Lorong Ibrahim , 
Jalan Parit Dukacita, 
Kampung Rimba Terjun, 
82000 Pontian , Johor.

No Telefon : 011-3621 8107


::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, January 11, 2021

JJCM Terengganu || NL Celup Tepung Bira Pata


Dah tahun 2021..
Tapi tak habis2 lagi nak up tahun 2020 punya cerita.
Uolss tak kisah kan.

Cerita 30 Disember 2020.
Singgah Pantai Penarik mencari Celup2 Tepung.
Kalau sehari sebelumnya kami try di Acutera, Pantai Sabak, Kelantan.. 
Kalini kita try kat NL Celup Tepung Bira Pata, Terengganu.. 


Banyak je kedai2 celup tepung lain sepanjang Pantai Penarik tu..
Tapi sebab yang kat sini nampak lebih cantik dan viral, kami trylah..


Kalau datang Terengganu, wajiblah makan satar ikan kan...


Ketam Goreng Celup Tepung panas2...


Udang sepinggan RM10 pun boleh tahan banyak...


Sementara tunggu makanan sampai...
Kami singgah dalam jam 1 tengahari..
Nampak ramai juga singgah sini makan2 sebelum meneruskan perjalanan..
Dan rata2nya berkeluarga..


Selain celup tepung, ada juga menu2 rare yan lain...


Untuk yang datang dengan family, pakej2 masakan panas pun ada...


Isi sotong tebal2 boh..
Harga seekor sotong RM15.
Memang puas hati makan...


See..
Ramaikan orang...
Tapi dont worry..
Meja jauh2 antara satu meja lain..
Walaupun cuaca panas..
Tapi langsung tak rasa bahang..
Malah angin sepoi2 bawah pokok kelapa rendang ni memang mengasyikkan..
Jangan nanti masa makan dasssss jatuh kelapa sebiji atas meja kita sudah...hihi



ABC dia yang eyes catching..
Mula2 masuk kedai ni nampak ada waiter bawa ni dulu..
Terus Daim cakap nak ABC...


Selain dari makanan yang sedap, portion pun besar, harga pun berbaloi, tempat ni pun Instagrammable juga untuk OOTD atau posing2...
Pantai pun cantik..
Tapi bahaya lah nak mandi time2 ombak besar kan..

InsyaALLAH, one fine day..
Boleh repeat chill2 dan relax2 singgah kat sini sebelum meneruskan ke destinasi...




:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::