Monday, November 25, 2019

Majlis penyampaian Sijil Tamat Tahun 6, Majlis Anugerah Kecemerlangan & Keputusan UPSR

Sekaligus ibunya buat cerita hah..
Haihh ibunya sibuk dengan Edutour dan tempahan2 lagi ni..
Sekolah anak2 dah start cuti, tapi sekolah coklat ibunya tak cuti2 lagi ni..
Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak..


Saya mulakan dengan Majlis penyampaian sijil Tamat Tahun 6 pada 20hb November 2019 (Rabu)  haritu. Sempoii je kan celebration. But still celebration.

Ya, kejayaan perlu dirai agar pelajar2/ anak2 kita rasa dihargai.
Cuma tak berlebih2 berpada2 padan ngan status "sekolah rendah" tu kan.. 


Ibunya sibuk tak sempat pergi..
So ayahnya je pergi..
Hah bukan main lagi luahan perasaan ayahnya tu ya..
Boring sangat dah tu menunggu giliran anaknya naik pentas terima sijil..kiki..

Apa2 pun tahniah buat Damia Aleesya kerana berjaya menghabiskan sesi sekolah rendah di Sekolah Cina selama 6 tahun. Bukan senang nak bersaing dengan kelompok ni. But you did it!


Ni pula masa Hari Kecemerlangan pelajar pada 19 November 2019 (Selasa)  aritu.
Alhamdulillah.. Bangga ibu tengok kedua2 anak ibu berada dalam ramai2 tu.
Syukur. Terima kasih Allah.


Dan ni kemuncaknya pada 21 November 2019 (Khamis) lepas.
Hari keputusan UPSR keluar.
Memang sempoi je mak ayah masing2 nak tau keputusan peperiksaan UPSR anak2, kena pergi kelas anak masing2.

Saya nampak je muka Aleesya, wahhh happy betul mukanya tersenyum lebar.
Saya tau mesti dia dapat apa yang dia target.
Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..

Lepas tengok slip UPSR, saya pun balik dengan ayahnya.
Tapi  Aleesya kena balik sekolah macam waktu biasa.


For the Aleesya's effforts through 2019.
Congrats anak ibu & ayah. 
Tuan punya badan tak balik sekolah lagi, tapi ibu & ayah dah tunaikan janji.
Pasni dah tak gaduh2 share tab ngan adik2 lagi.
Ini baru satu permulaan, pastikan kejayaan sentiasa berterusan.


Reaksi muka Aleesya so priceless..
Ada video terlajak happy Aleesya  masa terima hadiah handphone ni, tapi biarlah jadi kenangan untuk kami sekeluarga nanti.

Sekian cerita sekolah rendah untuk Damia Aleesya.
Untuk Damia Ayyunie jangan selesa dengan kejayaan kecil sekarang kerana kejayaan besar menanti dihadapan.

Alhamdulillah..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

Warisan Petani said...

Tahniah Aleesya

Ayu Zarina said...

Warisan Petani - Terima kasih...Alhamdulillah..