Monday, November 11, 2019

JJCM Penang || Naik buggy di Bukit Bendera


Tahun lepas pengalaman ngeri masa nak naik keretapi ke Bukit Bendera. 
3 jam beratur sahaja. Ya beratur beli tiket dan beratur nak naik keretapi.
Dari Daim tak duduk diam kat situ bawa sampai ke tidur berdukung punyalah lama beratur.
Semua pun dah bad mood masa tu.

Kalini ambil fast lane terus sebab serik dah walaupun kalini tak ramai orang.


Kalau fast  lane, memang tak yah beratur pun kalini.
Sesuai lah sebab bawa mak kalini.
Yang belakang kami tengah beratur tu tiket biasa.

Tu saya dan mak tengah tunggu keretapi sampai kat area Fast line.
Keretapi sampai je, terus guard buka gate dan kami yang ada fast line ni naik dulu.


Harga tiket fast lane:
Dewasa -RM40 retun
Kanak2 3-12 tahun - RM20 return
Warga emas - RM6 return

Ya, saya macam tak percaya tiket mak harganya RM6 sahaja untuk Fast lane.
Bagus2, bagi priority untuk warga emas dan orang kurang upaya guna fast lane.

Kalau harga tiket biasa RM10 return.


Yeayyy dah sampai Bukit Bendera.
Tahun lepas datang waktu cuti sekolah, sesak yakmat kat atas ni.
Kalini oklahtak ramai sangat orang.
Dapatlah menikmati panorama dari atas ni.


Mak pun excited posing sana posing ni..


Baby tu sampai ke sudah tak nak lepaskan jari nenek hah.
Sampaikan ayah baby tu yang kena leraikan..
Comeyy comeyy haih baby..


Candid from Aleesya..


Rugi tak posing tempat cantik2 ni..


Ayyunie pun nak posing juga.
Tengok gambar ni nampak tinggi Ayyunie..
Ramai ingat dia dah sekolah menengah walhal baru darjah 4.
Make up pun boleh tahan budak sorang ni.
Berbeza ngan kakak dia Aleesya tak suka make up..


Dah naik Bukit Bendera tak sah kalau tak makan ni..
Kedai melayu hanya ada 2 je tak silap yang jual aneka ais krim ni..


Pilihan kami.
Ingat nak makan yang ais keluar asap2 tu macam tahun lepas..
Sekali tak ada pula dah sebab ais asap2 tu tak sampai lagi masa tu katanya..
Ok lah not bad pilihan kali ni pun..


Dah lepas makan ais krim Penang Hill, kami naik buggy pula ronda2 bahagian/puncak Bukit Bendera ni. Tahun lepas tak sempat nak naik buggy ni sebab beratur ramai orang.
Kalini rilekss je kami naik, tak yah beratur pun terus boleh naik.
So korang kalau nak naik Bukit Bendera ni, sila lah pilih tarikh yang bukan cuti sekolah atau public holiday ya.

Oh ya harga sewa buggy ni RM30 return.
Boleh muat 5 dewasa. Ngamlah dengan keluarga kami.

Kalau dapat driver buggy yang sporting serta peramah, memang setiap port menarik dia akan berhenti ambilkan gambar penumpang. Dan dia juga akan terangkan serba sikit sejarah rumah2 tinggalan serta banglo2 yang ada sepanjang perjalanan.


Kami naik buggy sampai ke puncak dan diakhiri dengan check point terakhir Monkey Cup (Periuk Kera) Cafe yang merupakan sebuah cafe jual kopi hutan. Boleh minum2 santai kat situ. Nanti balik, pihak cafe yang akan hantar turun ke bawah semula.
Boleh tengok kat video atas.


Berkesempatan juga solat di Masjid Bukit Bendera.
Walaupun langit panas masa tu, tapi dingin dan angin sepoi2 je kat atas tu.


2 tahun berturut2 kami bergambar tempat yang sama ni.
Siap print buat frame lagi lekat  kat peti ais rumah.
Cuma kalini lebih bermakna sebab mak ikut sekali.

Semoga kenangan cuti2 Penang kalini akan diingati sampai bila2..
Alhamdulillah..

p/s: Tahun lepas punya cerita Bukit  Bendera tak sempat nak buat entry haih..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::



No comments: