Friday, November 15, 2019

2 kali kena suprise birthday tahun ni

Cerita 3 November 2019 (ahad) aritu..


Tahun ni sambut Hari Jadi dalam ke'busy'an.
Dari 7 pagi sampai 10 malam pun masih baju yang sama dan muka berminyak2.
Kebetulan pula ada tetamu2 datang rumah sempena anak buah konvo aritu juga, lagilah bertambah busy..


Tapi alhamdulillah..
Ramai yang mengingati saya dan dikelilingi orang2 yang menyayangi saya.
Terutama mak pun ada bersama kalini.
Terima kasih Allah atas panjang umurnya aku hingga hari ini.
Jangan ditanya mana Daim dalam gambar, dia hilang dari radar..haha


Ni suprise yang pertama.
Staffs CocoDamia berpakat dengan cikgu yang datang Edutour pada petang tu.
Hati kita sebenarnya dah mengelegak masa tu sebab hairan masa majlis penutup, apesal lah sorang2 staffs keluar. Ingat nak marah dah. Tapi lepas dengar lagu hari jadi, terus sejuka hati..


Ni pula suprise yang kedua.
Suami merancang suprise dengan pelajar2 SPM. 
Bersungguh2 suami suruh kita gi kat pusat tuisyen sebab ada solat hajat dan majlis restu ilmu katanya.
Rupa2nya diaorg buat suprise sekali.


Terima kasih lah semua atas usaha ini.
Terharu sangat2.


TQ suami..


Daim macam biasa, birthday orang birthday dia juga..haha
Berebut pisau nak potong kek juga.


Daim memang suka sangatlah kalau gi Pusat Tuisyen ni..
Mana tak nya..
Ramai yang melayan dia..


Bab bergambar Daim memang sporting!


Alhamdulillah..
Syukur atas nikmat rezeki yang Allah bagi sehingga harini..
Tahun terakhir merasa usia 30an ni..kiki
Adoiii kenapa cepat sangat masa berlalu ni..


Terima kasih Allah..
Terima kasih semua.

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: