Tuesday, November 26, 2019

Terjebak beli Star Wars X Coach Collection

Cerita shopping day pada 16 November 2019 aritu..
Ntah macam mana boleh terjebak beli Koleksi Star Wars X Coach tu..
Walhal semalamnya (15 November) baru launching.
Dan walhal juga bukan peminat Star Wars pun..
Tapi ni sebab limited edition, beli je lah buat koleksi.

Misi sebenarnya nak test guna highway baru simpang depan rumah (simpang Bandar Pulai Jaya) tu ke JPO je sebab orang kata 5 minit je dah sampai JPO (10/11 aritu baru buka dan rasmi highwaynya).

Memang terbukti pun dari rumah ke JPO 5 minit je.
Perghhhh memang terbaik!
Tapi misi bertukar menjadi lain pula...haha..

Ok, meh citer cam mana boleh terjebak beli ni..


Dah sampai JPO, mula2 sekali nampak kedai coklat ni..
Apa lagi, terus lah masuk tengok2 dan beli mana yang berkenan..


Lepas shopping coklat..
Sudahnya sampai sekarang tak habis2 makan coklat yang dibeli...haha..


Masing2 dah kelaparan..
So lunch dulu..
Tak banyak restoran yang ada nasi2 ni..
Kebanyakannya fast food je..
So kalini kami makan di Absolute Thai..


Kalau makan kat sini, jangan lupa try tom yam dia..
Memang 5 bintang punya..
Pedas2 pun tetap nak hirup juga..
Dessert Red Ruby dan Sago Honeydew tu pun sedap..


Total makan di Absolute Thai..


Lepas makan, terus masuk TEFAL..
I is stress sebab haritu beli frying pan TEFAL pada 11.11  tu lagi mahal weiii harganya dari beli direct kat outlet dia ni..Ingat beli online murah dah...haha..
So nak hilangkan kemurungan, borong lagi banyak2 terus biar puas hati..lagi pun ada sale sale sale..
Sambil2 beli juga untuk hadiah majlis perkahwinan yang berderet2 cuti sekolah ni..


Pastu Aleesya minta belikan sweater pula..
Tapi tak ada sale pula yang dia berkenan..
Tak pe lah janji dia pakai..


Then masuk Adidas nampak ada Sale baik punya..
Terberkenan pula kasut putih ni..
Beli je lah prepare untuk Travel next month..



Anak2 dara memang pantang jumpa Watson..
Mesti ada je yang diaorg nak beli itu ini..


Finally terjebak beli beg Coach Limited Edition ni..


Yang ladies punya design tak banyak choice..
So saya dan ayah damia decided ambil backpack lah senang nak buat travel next time...


Ayyunie minta pinjam bawa gi sekolah esoknya..
Apoooooooooo????

Yang ni cantik juga, tapi kecik lah pula saiznya..
Orang tinggi dan lebar macam saya ni macam tak berapa sesuai pula nak ambil design ni..


Atas cadangan sales assistant COACH takut resit pudar atau hilang.
Snap, simpan dalam phone atau upload kat media sosial katanya..
Baru resit kekal kat situ..
Hahaha...
Adoiii...jangan kata saya meriak pula ya..
Saya ikut cadangan je ni...

Btw harga Back Pack tu RM3200, after less 44% dapatlah harga RM1729..
Not bad lah ada sale kan..


Anak no 2 memang pandai bergaya kan..
Pantang jumpa cermin si Ayyunie ni..
Make up pun dah pandai sikit2 tu..
Walhal baru darjah 4..


Alahai...kesian si ayahnya hah..


Ok lah, ayahnya dah penat mendukung..
Maka sampai sini sajalah misi shopping kalini..
Niat nak test highway baru terus jadi misi shopping ya.
Apa2 pun Terima kasih Allah atas gerak hati ini..


Yeayy..jarang2 dapat merasa popcorn mahal...kiki..
Tak beli beli COACH, jangan harap dapat merasa ni walaupun popcornnya biasa2 je...haha..

Alhamdulillah...






Monday, November 25, 2019

Majlis penyampaian Sijil Tamat Tahun 6, Majlis Anugerah Kecemerlangan & Keputusan UPSR

Sekaligus ibunya buat cerita hah..
Haihh ibunya sibuk dengan Edutour dan tempahan2 lagi ni..
Sekolah anak2 dah start cuti, tapi sekolah coklat ibunya tak cuti2 lagi ni..
Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak..


Saya mulakan dengan Majlis penyampaian sijil Tamat Tahun 6 pada 20hb November 2019 (Rabu)  haritu. Sempoii je kan celebration. But still celebration.

Ya, kejayaan perlu dirai agar pelajar2/ anak2 kita rasa dihargai.
Cuma tak berlebih2 berpada2 padan ngan status "sekolah rendah" tu kan.. 


Ibunya sibuk tak sempat pergi..
So ayahnya je pergi..
Hah bukan main lagi luahan perasaan ayahnya tu ya..
Boring sangat dah tu menunggu giliran anaknya naik pentas terima sijil..kiki..

Apa2 pun tahniah buat Damia Aleesya kerana berjaya menghabiskan sesi sekolah rendah di Sekolah Cina selama 6 tahun. Bukan senang nak bersaing dengan kelompok ni. But you did it!


Ni pula masa Hari Kecemerlangan pelajar pada 19 November 2019 (Selasa)  aritu.
Alhamdulillah.. Bangga ibu tengok kedua2 anak ibu berada dalam ramai2 tu.
Syukur. Terima kasih Allah.


Dan ni kemuncaknya pada 21 November 2019 (Khamis) lepas.
Hari keputusan UPSR keluar.
Memang sempoi je mak ayah masing2 nak tau keputusan peperiksaan UPSR anak2, kena pergi kelas anak masing2.

Saya nampak je muka Aleesya, wahhh happy betul mukanya tersenyum lebar.
Saya tau mesti dia dapat apa yang dia target.
Alhamdulillah.. Terima kasih Allah..

Lepas tengok slip UPSR, saya pun balik dengan ayahnya.
Tapi  Aleesya kena balik sekolah macam waktu biasa.


For the Aleesya's effforts through 2019.
Congrats anak ibu & ayah. 
Tuan punya badan tak balik sekolah lagi, tapi ibu & ayah dah tunaikan janji.
Pasni dah tak gaduh2 share tab ngan adik2 lagi.
Ini baru satu permulaan, pastikan kejayaan sentiasa berterusan.


Reaksi muka Aleesya so priceless..
Ada video terlajak happy Aleesya  masa terima hadiah handphone ni, tapi biarlah jadi kenangan untuk kami sekeluarga nanti.

Sekian cerita sekolah rendah untuk Damia Aleesya.
Untuk Damia Ayyunie jangan selesa dengan kejayaan kecil sekarang kerana kejayaan besar menanti dihadapan.

Alhamdulillah..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, November 21, 2019

JJCM Penang || Wonderfood Museum


Muzium ni memang rare dan replikanya sangat lah nampak realistik.
Memang tempat menarik yang sangat sesuai untuk seisi keluarga.
Anak2 teruja, mak saya yang warga emas tu pun excited tengok makanan2 gergasi tu semua.
Secara tak langsung juga, boleh menambah pengetahuan tentang jenis2 makanan yang terdapat di Malaysia yang mungkin kita masih tak tahu.


Antara replika makanan yang paling besar ni.
Wajib bergambar kat laksa ni tau.
Memang semua excited nak bergambar kat sini.

No worries, nanti ada kakitangan2 museum yang akan offer untuk tolong ambil kita.
Selain tu jurufoto museum pun ada ambil gambar kita secara random.
So nanti nak balik, boleh pilih nak beli gambar yang mana satu.


Makanan dan kuih muih tradisi melayu.
Alahai, rileks je Daim tidur sepanjang tour kami dalam museum ni.


Makanan orang India..


Ni signature Penang.
Nasi Kandar!
Ni kalau betul2 boleh makan ni, mau tersandar tak bangun2...haha


Fuyooo...I wish it is real...


Mak siap gosok2 lagi buah epal tu nak tengok real atau replika..
Haha
Macam tak percaya replika sebab memang nampak real sangat.


Pandai ko makan guna chopstick ya Ayyunie..
Padahal memang meehoon tu dah berdiri cenggitu..
Kreatif haihh.


Anak no 2 memang pandai buat reaksi muka kan..
Anak no 2 korang macam tu ke?


Agak2 apakah 10 jenis makanan termahal di dunia?


Antara air minuman ikat tepi favourite rakyat Malaysia.


Bila Daim dah bangun tidur...terusssss


Chinese food..


Ni antara replika depan pintu masuk museum.
Wajib ambil gambar kat sini sebab arahan jurufoto..
Haha..


Ada juga boneka2 kecil dalam peti kaca yang menunjukkan suasana zaman dulu2..


Tempat wajib posing juga ni..
Sebab on point sangat!


Jual nasi apa tu kak?


Kalau lah durian betul..


Do you know?


Benda alah ni memang menakutkan..
Boleh pula dia mencangkung kat corner sebelum kita turun tangga..
Memang boleh buat orang sakit jantung betul!


Yeahhh..dah try kat restoran ni tahun lepas..
Harga boleh tahanlah mahal..
Tapi service dan kualiti makanan tip top..

Bayaran tiket masuk yang dikenakan adalah RM15/ DEWASA, manakala RM10/ kanak2
Ok nanti sambung cerita makan kat mana pula ya...

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, November 18, 2019

Mak saudara dan anak saudara konvo di tempat sama



16 tahun yang lalu, si ayahnya (my abang) yang masuk dewan konvo bersama mak menyaksikan graduation adik sendiri.

Harini (3/11/2019 aritu yang sama tarikh dengan my birthday), si ayahnya juga masuk dewan yang sama menyaksikan graduation anak bongsunya sendiri.


Proud of you Ami!
Dean's List Award tu yang mahal.
See, betapa bangga neneknya hah!
Congrats!


Bila ditanya apa tips hampir setiap semester dapat Dean's List..
Jawapannya "jangan baca buku"..hahaha..

p/s: Cik Ayu tak leh dapat award tu dulu sebab busy gewe dengan Acik Din masa study dulu..

Friday, November 15, 2019

2 kali kena suprise birthday tahun ni

Cerita 3 November 2019 (ahad) aritu..


Tahun ni sambut Hari Jadi dalam ke'busy'an.
Dari 7 pagi sampai 10 malam pun masih baju yang sama dan muka berminyak2.
Kebetulan pula ada tetamu2 datang rumah sempena anak buah konvo aritu juga, lagilah bertambah busy..


Tapi alhamdulillah..
Ramai yang mengingati saya dan dikelilingi orang2 yang menyayangi saya.
Terutama mak pun ada bersama kalini.
Terima kasih Allah atas panjang umurnya aku hingga hari ini.
Jangan ditanya mana Daim dalam gambar, dia hilang dari radar..haha


Ni suprise yang pertama.
Staffs CocoDamia berpakat dengan cikgu yang datang Edutour pada petang tu.
Hati kita sebenarnya dah mengelegak masa tu sebab hairan masa majlis penutup, apesal lah sorang2 staffs keluar. Ingat nak marah dah. Tapi lepas dengar lagu hari jadi, terus sejuka hati..


Ni pula suprise yang kedua.
Suami merancang suprise dengan pelajar2 SPM. 
Bersungguh2 suami suruh kita gi kat pusat tuisyen sebab ada solat hajat dan majlis restu ilmu katanya.
Rupa2nya diaorg buat suprise sekali.


Terima kasih lah semua atas usaha ini.
Terharu sangat2.


TQ suami..


Daim macam biasa, birthday orang birthday dia juga..haha
Berebut pisau nak potong kek juga.


Daim memang suka sangatlah kalau gi Pusat Tuisyen ni..
Mana tak nya..
Ramai yang melayan dia..


Bab bergambar Daim memang sporting!


Alhamdulillah..
Syukur atas nikmat rezeki yang Allah bagi sehingga harini..
Tahun terakhir merasa usia 30an ni..kiki
Adoiii kenapa cepat sangat masa berlalu ni..


Terima kasih Allah..
Terima kasih semua.

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::