Tuesday, May 7, 2019

Resepi Kerabu Terung



Mesti ada yang jarang2 dengar kerabu terung kan. 
First time ni saya buat Kerabu Terung..
Belek2 buku resepi, macam terliur pula nak makan Kerabu Terung..
Tak menyesal buat.. . 
Here we go..


Resepi Kerabu Terung:

1 biji terung dipotong separuh dan dibelah empat. 
Kemudian goreng hingga empuk dengan sedikit minyak dan api yang kecil.


Untuk kerabunya, kisar bersama ikan selayang rebus, cili api, bawang merah, kelapa goreng, garam, gula dan lada hitam.
 Kemudian perah air limau nipis.


Ambil separuh cekak daun kesum dan bersihkan. 


  Hiris halus2. Dan campurkan dalam kerabu tadi. Gaul hingga sebati.


         Susun terung goreng tadi atas pinggan.


Curahkan kerabu yang telah siap digaul tadi diatasnya. Siap!


Kerabu terung dan sup tulang untuk iftar day 1.

Alhamdulillah..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

AzianKhalil said...

boleh la try nanti...tapi yang lebih mengujakan sup tulang tu....

Ayu Zarina said...

AzianKhalil - sila cuba...up tulang tu memang makanan kegemaran suami dan anak2 dalam rumah ni...1 minggu 2 kali mesti je ada sup tu...hihi