Sunday, May 5, 2019

Dinner sebelum Ramadan di Me'nate Steak Hub JB

Melayan permintaan si anak dara yang last day ganti puasa semalam nak makan steak.
Si ayah pun sama dah lama nak makan steak kat Me'nate ni tapi tak sempat2 lagi..
So malam tadi all out kami all out makan steak..


Boleh tahan ramai juga customers malam tadi.
Nasib baik kena waiting list sekejap je..
Kat bahagian bawah penuh, so kami makan kat tingkat atas.


Konsep kat sini, kena pilih daging/ayam/seafood dulu sebelum duduk..


Pilih pilih bang, mana nak makan...


Ayyunie nak makan roasted chicken..


Segar2 lagi nampak dagingya..
Kalau yang tak berapa segar tu, diaorg akan tulis berapa % diskaun atas platik tu..
Which mean yang kurang segar tu warna merah daging dah bertukar merah pucat..


Premium section..
Harga pun premium lah sikit..


Aleesya nak makan premium steak.
Nanti lepas waiter tu tanya nama siapa yang nak makan daging tu, dia akan tanya pula nak medium cook, medium well atau well done. Lepas tu tanya nak sos apa samada black pepper, garlic atau lemon sauce..


Daim punya sampai dulu..
Spaggeti Carbonara with Sausage..


Lamb ribs..
Ayah Damia punya..
Lebih kurang rasanya dengan yang Tony Romas punya..
Cuma lebihnya kat Tony sebab banyak pilihan sos..
Kami paling suka Smoky sauce tu..fuhh


Ni Aleesya punya..
Grass (Premium) Striploin..
Lembut giler dagingnya...
Aleesya makan separuh pun dah mengah dia...adoii..


Saya punya..
Lamb leg steak cut..
Sedapppp..
Yeayyy tak salah pilih..
Rasanya lembut dan kenyal2 sikit..
Pastu isi pun banyak..
Tak habis nak makan semua..
So terpaksa bagi 1/4 steak tu kat ayah damia unyuk habiskan..


Ni Ayyunie punya..
1/4 roasted chicken..
Tapi portionnya macam 1/2 ekor..
Aigosss...jenuh dia nak habiskan..
Last2 memang tak habis pun..


Overall 4/5 bintanglah kami bagi untuk rasanya....
Lagipun Me'nate ni memang dah specialist in steak kan..
Memang rich in taste lah steak2nya..

Tu tengah tanya ayah damia yang mana best bang?
Boleh lawan Kobe Beef tak yang makan kat Osaka haritu..
Memang Kobe Beef lah win buat masa ni kan..
Tengok hargalah masa kami makan tu 150g harganya RM1200..


Ko rasa aku punya, aku rasa ko punya..
Gitulah konsepnya..haha


Gigih pegang pisau nampaknya mereka berdua..


Setiap hidangan steak akan dapat minuman free flow ya..
Malam tadi ada minuman asam boy dan honey dew..
So memang semua pakat tak order air lain lah..
Jimat banyak gak tu..


Untuk rujukan sesiapa yang nak makan2 di Me'nate nanti..
Harga yang tertera pada buku menu bukan harga fix untuk setiap hidangan ya..
Harga tu adalah harga untuk per gram..
So mungkin boleh jadi lebih mahal atau lebih murah sikit dari apa yang kami makan ni..


Sempena Ramadan esok, Me'nate juga ada buat buffet Ramadan..
Kalau early bird dapat diskaun lagi..


Yang nak makan family platter pun ada..

Jadi untuk peminat steak, boleh lah cuba makan disini..

Pergi..
Rasai..
Dan buat perbandingan sendiri..
Mana satu ikut citarasa hati..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ESOK SEMUA..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: