Monday, May 27, 2019

Daim Muslim's 3rd Birthday Celebration & Iftar Dinner


Alhamdulillah..

Hosted an Iftar Dinner & Daim Muslim's 3rd Birthday Celebration.
Venue at Restoran Lesung Ibu.
Terima kasih semua yang hadir dan mendoakan Daim.


Gambar tarik telinga wajib ada..
Baru lah nampak boy sangat kan..haha
Gambar2 tarik telinga ni, kalau kumpul2 boleh buat photobook dah..hihi


Why so serius birthday boy?


Birthday boy yang obsess sungguh dengan geng2 Avengers ni.
Sebab tu kek harijadi dia kalini ibu tempah tema Avengers.
Tak pernah ajar pun nama2 Captain America & Hulk tu..
Tapi ntah cam mana boleh pula dia sebut nama2 tu.

Spiderman, batman, ultraman dan superman memang dari dulu lagi dia dah expert.
Boleh dikatakan hari2 lah beli mainan yang ada "man..man" kat belakang tu..
Nasib ada yang jual murah2..haha


Daim masa mula2 nampak kek dia, dia punya teruja "wahhhhh" dalam kereta tu, dasyatttt..
Happy tengok dia pun happy dengan kek birthday dia tu..
Adalah sekali sekala dia minta nak ambil karakter2 tu dari kek, lepas kita cakap nanti potong kek baru ambil karakter2 tu, Daim ok je...


Ibu, ayah dan kakak2 sayang sangat kat Daim..
Walaupun kadang2 kita orang serabut dan marah2 Daim..
Tapi biasalah kan, budak2 besar Daim ni kalau tak kena marah tak sah! Haha..



Ni BFF Ayyunie.
Dah last jumpa dah ni..
Sebab 2-3 hari lagi dia dah nak pindah sekolah kat Kuching pula..
Haihhh..sedih 2-2 orang budak ni..
Tak pe nanti boleh video call selalu..


TQ anak sedara yang sudi datang..


TQ jiran yang sudi datang..


Wow...dah macam next top model dah ni..
TQ anak2 murid SPM yang sudi datang..


TQ anak2 murid SPM yang sudi datang memeriahkan lagi suasana....


Tu dia, walaupun baru form 3 tapi gaya tak kalah kan..
Cikgu dulu umur2 awak ni comot yakmat haihhh..


TQ antara staff2 yang sudi datang..


Dah masuk waktu berbuka..


Juadah berbuka..


Kuih muih dan kurma...


Bubur kacang hijau ni budak2 tak suka erkk..
Tak luak langsung weiii..


Jemput2 makan..


Ada je yang nak menyelit kat belakang tu ya..


TQ team yang datang awal tolong buat deko2 untuk birthday boy..


TQ yang bagi macam2 hadiah dan duit juga untuk Daim..


Hah..Daim dah ajak geng nak potong kek sama2..


Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Daim Muslim..
Allah selamatkan kamu..


Excited Daim potong kek..


See, benda 1st sekali yang dia nak ambil adalah karakter Avengers tu..
Boy tetap boy kan..


Abang Amirul yang tolong potong2kan kek untuk semua orang...TQ..


Jam 8 malam, tetamu dah mula bersurai sebab ada yang nak gi solat terawikh..
Jadi Daim bagi goodies Ole Ole CocoDamia sorang satu..


Rajin & without failed Daim bagi goodies sorang satu..


Macam2 peel masing2 time group photo..


Sedondon dah hah anak2 murid dengan cikgu besarnya...


Nasib lah korang dapat bos suka menyakat..
Tapi time kerja dia serius tau!
Korang nak minta cuti pun takut kan..kih kih..


Segala puji bagi Allah.

Niat nak ajak orang berbuka puasa dan celebrated bithday Daim sekali pun tercapai.
Semuanya dipermudahkan dengan IzinNYA walaupun 2 hari setengah je planningnya ni..
Nasib baik akak yang buat kek tu sudi terima tempahan lagi walaupun pada mulanya kata tak sempat..

BTW ni first time celebrated birthday Daim ramai2 camni..
Masa 1st birthday dan 2nd birthday just celebrated kami sekeluarga je..
Dan nampak sangat Daim happy dan ingat moment celebration dia ni..
Dia boleh ceritakan semula apa yang dia buat masa birthday dia tau..





Ok lah sebelum berakhir, ada sedikit momen video untuk tatapan Daim dan kami untuk masa2 akan datang nanti. Nanti bila Daim dah besar, sure kami semua akan rindu momen2 ni..

Happy Watching Guys..

Untuk Daim Muslim,
Ibu doakan semoga Daim diberi keselamatan dunia & akhirat.
Kurniakan lah dia ilmu, iman dan amal secukupnya Ya Allah..
Perindahkanlah akhlak dia.
Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepada Daim Muslim Bin Khairuddin.
Aaaaminn..




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, May 24, 2019

Resepi Siakap Steam Hongkong




RESEPI SIAKAP STEAM HONGKONG 

BAHAN2 UNTUK KUKUS IKAN :

1  ekor Ikan Siakap 
3 sudu besar Jus Limau nipis
1 sudu besar lada sulah
Halia di hiris nipis memanjang
Bawang putih cincang halus
Daun sup (utk hiasan) 
Daun ketumbar (utk hiasan) 
Cili besar (utk hiasan) 

BAHAN2 UNTUK SOS:

Kicap Manis
Sos Tiram
Kicap cair
Sos ikan
Garam
Lada sulah
Gula

BAHAN2 UNTUK MINYAK SIRAM:

1 Sudu besar Minyak bijan
2 Sudu besar Minyak untuk mengoreng


CARA2 MEMBUATNYA:

1. Cuci dan bersihkan ikan. 
2. Kemudian lumurkan ikan dengan lada sulah, garam dan jus limau nipis. Biarkan dalam 10 minit. 
3. Taburkan sebahagian halia dan bawang putih ke seluruh bahagian ikan, termasuk dalam perut ikan. 
4. Kemudian tutup, kukus sehingga masak. 
5. Angkat dan buang air kukusan ikan yang ada di mangkuk.
6. Letakkan ikan dalam pinggan. Taburkan diatasnya baki halia, bawang putih, daun sup, daun ketumbar dan cili besar. 
7. Masak semua bahan2 sos sehingga mendidih dan tuang segera ke atas ikan. 
8. Panaskan minyak bijan dan minyak goreng hingga panas mendidih. Kemudian tuang ke atas ikan dengan segera.
9. Siap! Selamat mencuba. 



Happy Watching..


:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, May 21, 2019

Pelangi X CocoDamia to Kuching II Day 2

Kesinambungan dari Day 1


Morning view dari dalam bilik kami.
Btw hotel yang travel agent provide untuk kami adalah Tune Hotel.
Memang tepat pun pilihan hotel ini kerana ia berada betul2 dihadapan Waterfront Kuching.
Walking distance je nak round2 tempat menarik area bandar Kuching ni..
Nak cari makan pun senang..

Sementara tunggu jam 9 pagi tour guide datang pick up kami, so sempatlah kemas2 dulu untuk check out terus. Memandangkan harini perjalanan kami agak jauh sikit, tu yang check out awal2 tu. Tak adalah kelam kabut nanti nak patah sana sini lagi.

Jam 9 pagi kami pun bertolak ke Pantai Damai,Santubung.
Perjalanan mengambil masa 1 jam dari Bandar Kuching.
Sepanjang perjalanan, tour guide kami tak kedekut ilmu nak berkongsi cerita dan sejarah tentang tempat2 menarik di Sarawak ni. Sangat friendly dan membantu.
Oh ya btw kami bergerak dengan 2 buah van.


Destinasi 1: Dataran Pantai Damai, Santubong

Kat Pantai Damai ni kita boleh berkelah dan mandi manda di Pantai yang dikelilingi hutan Gunung Santubong. Tapi untuk kami cukuplah datang ambil angin dan bergambar sahaja memandangkan masa kami yang suntuk untuk mandi manda.


Lighting On Point katanya..


Destinasi 2: Sarawak Cultural Village/ Kampung Budaya Sarawak

Mengambil masa 10 minit je jalan kaki ke sini dari Pantai Damai tadi.
Disini, ramai yang mengatakan umpama muzium hidup.
Maksudnya disetiap rumah budaya yang ada, mereka akan  melakukan aktiviti2 umpama kawasan kampung sebenar.
Kakitangan2/petugas2 akan melakukan aktiviti harian etnik mereka dengan memakai pakaian tradisional yang lengkap.

Walau bagaimanapun, kami tidak sempat nak masuk ke dalam ni kerana ada beberapa tempat lagi yang harus kami lawati. So bergambar kenang-kenangan di pintu gerbang sahaja sebagai memori.


Sebelum bertolak ke destinasi seterusnya, ayah damia sempat beli cendol Sarawak belanja kami semua. Sedapnya cendol Sarawak...Cendol dia bukan yang panjang2 macam biasa tu tau, tapi ketul2.
Lepas tu ada sagu besar2 sikit. Kitaorang ingatkan pearl keras. Haha..
Dan yang pasti kat Sarawak ni memang kebanyakannya guna gula Apong dan bukannya gula Melaka.


Destinasi 3: Gerai No 2, Kampung Telaga Air

Disini kami lunch di Syurga seafood makanan tengahari.
Seafood2 kat sini semuanya yang dah siap masak.
Harganya juga berpatutan. Rasa pun sedap.
Patutlah boleh tahan ramai juga yang makan kat sini.


Korang kalau datang Kuching, sila pergi lunch di sini please please please..
Very2 recommended..


Antara hidangan yang kami makan seperti udang galah masak sambal, lobster masak sos, ketam masak butter, sotong goreng tepung, Sayur Midin goreng belacan jangan lupa, ikan goreng macam ikan masin (sedap), dan umai udangnya fuhhhhh...marvelous!


Dah lepas makan, kami jalan2 di dataran Kg Telaga Air pula..
Kat sini kalau kita nak sewa boat nak jalan2 round2 sambil2 ambil angin tengok perkampungan sekitar tebing sungai pun boleh. Bayaran RM50 perperson lebih kurang untuk 1 jam perjalanan boat.


Dan kat sini juga ada jual macam2 jenis jeruk.
Haishhh terliur tengok jeruk kelubi tu terus beli.
Kecik2 dulu masa duduk Sarawak, selalu tolong mak kupas kulit kelubi sampai luka2 jari dan tangan ni buat jeruk jual tau. Mengamit memori sungguh!
Oh ya, walaupun jeruk, tapi ia tetap kena makan dengan serbuk asam masam manis dia tu ya.


Destinasi 4: Matang Wildlife Centre

Hah..kat sini kami mengambil masa yang agak lama juga.
Dah macam jungle trekking pun ya..
Siap diberi peta kena ikut laluan yang dihighlightkan.


Puas hati semua dapat jumpa ikon2 haiwan Negeri Sarawak ni seperti Orang Utan, Buaya2 yang banyak serta Burung Kenyalang.

Orang Utan kat atas tu dah tua.
Sebab tu kena kurung dalam sangkar agaknya.
Lagipun badannya besar yakmat.
Kadang2 boleh bertindak aggresif. 


Manakala orang2 utan yang lain dibiarkan bebas kesana kemari dikawasan tertutup.
Memang banyak lah orang utan kalau datang Sarawak ni..

Haiwan2 lain pun ada juga ya.

Kemudian kami pun patah balik semula ke Bandar Kuching.
Sepanjang perjalanan, rasanya masing2 pun dah tidur kepenatan.


Destinasi 5: Masjid Bandar Kuching A.K.A Masjid India

Kami berhenti rehat dan solat jamak disini.
Ayah Damia siap mandi dan tukar baju lagi.
Tak selesa katanya baju peluh2 tadi lepas jungle trekking..haha


Amboi bukan main syokkkkk lagi ya Daim lari sana sini.
Btw Masjid ni terapung atas air ya.
Dekat je dengan Jambatan Darul Hana dan Waterfront Kuching tu.


Destinasi 6: Indian Street

Kat sini cuci2 mata sambil2 tengok apa yang menarik boleh dibeli sebagai cenderahati.
Suasananya lebih kurang macam Jalan TAR kat KL tu juga ni.
Kalau tak silap kat sini jam 6-7 petang dah tutup ya.


Aneka makanan, pakaian, cenderahati, mainan, kek lapis dan macam2 lagi dijual di Indian Street ni..


Destinasi 7: Ais Krim Gula Apong 

Kat Kuching ni memang famous dengan Ais Krim Gula Apong.
Bukan 1-2 gerai je yang jual, tapi banyak yang jual.
Jadi terpulanglah nak beli kat gerai yang mana.

Ni kami beli kat gerai yang hujung sekali dengan Indian Street.


Kalau bagi saya, rasanya so-so je.
Macam Ais Krim Yogurt yang diletak gula apong cair serta ada topping atasnya.
Tapi lain tempat lain cara lain rasa, so tak menyesal pun cuba!


Sementara tunggu tour guide pick up kami jam 5 untuk dibawa terus ke airport, kami jalan2 ambil angin kat Waterfront ni lagi. Tapi kalini dekat dengan jalan masuk Jambatan Darul Hana.


Semua makan Ais Krim Gula Apong ya..


Our big boss..
Joget tarian apa tu???


Otw nak ke airport, kami request supaya tour guide berhenti sekejap kat Tugu Kuching ni.
Walaupun malam tadi dah  bergambar kat sini, tapi kalini kita bergambar versi siang pula..


Bye bye Kuching..
InsyaAllah next time kita jumpa lagi..

Kemudian kami semua terus menuju ke airport Kuching.
Sampai2 sahaja di airport, kek lapis dan ikan terubuk yang kami semua order semalam dah sampai di airport juga. Jadi masing2 ambil dan letak/carry dalam hand luggage masing2.


Gigih saya bawa beg kosong 1 semata2 nak letak barang2 yang shopping kat Kuching tau..haha
Amboiiii...uniknya abang ikan masin tu eja nama saya...
Old school gitu...hihi..


Setiap sorang dari kami bimbit kek lapis Warisan ni sebagai Ole2 untuk bawa balik Semenanjung..


Sementara tunggu boarding
Cantiknya sunset kat luar tu..

Dan jam 9:50 malam, kami semua menaiki "balloon" untuk pulang ke Jb.
Alhamdulillah...kami semua selamat tiba di JB jam 11:10 malam.

Syukur Ya Allah atas rezeki dan peluang ini.
Moga2 lain kali ada lagi rezeki dan peluang lagi untuk membahagiakan orang2 sekeliling kami.



Tu dia..bukan main banyak lagi gambar2 korang ya dalam kamera saya..



Tq Iylia atas ucapan terima kasih tu..



Tq Thirah 


Tq Linda.


Haha..Tak sangka dari nak ke Melaka asalnya terus ke Kuching ya...


Terima kasih juga kepada semua staffs yang turut menjayakan company trip ni.

Alhamdulillah..


Coretan lain untuk trip Kuching ni.



:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::