Saturday, August 31, 2013

Agar generasi akan datang dapat mengecapi erti KEMERDEKAAN


Salam MERDEKA Malaysia untuk tahun yang ke 56.
Jagalah Keamanan, Hargailah Kemajuan, agar generasi akan datang dapat mengecapi erti kemerdekaan.

Semalam masa ke Giant, kami diberi peluang utk menulis sikit ucapan sempena Hari Merdeka di dinding Giant. Peluang itu saya bagi kepada anak-anak agar mereka tahu bahawa apa itu Merdeka. Kebetulan juga mereka membawa bendera dari sekolah yang diwarna oleh mereka sambil menyanyi lagu "berkibar, berkibar", jadi saya rasa inilah masa utk mengajar mereka agar lebih menyayangi Malaysia.

P/s: Malam ni rumah saya ada makan2 lagi. Esok ada marhaban. Tapi open house tetap kena pergi kan..:).. Nak masak apa ya malam ni?

Friday, August 30, 2013

Tiada Jalan Pintas untuk berjaya!


Saya baru terbaca sebuah blog yang ingin menyaman seorang motivator yang berpengaruh gara2 bayar pakej business VVIP, tapi apa yang dijanji tak ditepati. Tak nak ulas panjang, apa yg boleh saya kongsikan adalah berniagalah ikut kemampuan sendiri dan jalan yang diredhai Allah serta jujur dalam setiap aspek. Sesungguhnya kejayaan yang didaki dari setapak ke setapak adalah lebih manis hasilnya..:)

P/s: Syukur, jumaat yang sentiasa istiqamah dengan bacaan yassin bersama para staff.

Thursday, August 29, 2013

Lepak-lepak di Mc'd & McCafe Singapore

Ni gambar2 time Shopping Syawal di Singapore tempoh hari. Masa ayah damia nak install aksesori keretanya tempohari, ditinggalkan kami kat sini sebab lama juga nak pasang itu, nak pasang ini. 


Both Damias dah beli set happy meal sorang satu.


Lepas tu temankan ibu nak makan kek pula kat sini. Jangan bimbang, sijil Halal terpampang besar kat dinding.


Ayyunie tu makan pun nak, main kat playground pun ya.


Apa2 pun Ayyunie kena makan dulu ya..:)


Aroma cappucino yang sangat memikat hati.


Tak cukup dengan set happy meal, ditambahnya lagi nugget 9 pieces.. Hohoho.. Terbaikk nak!!! Janji habis makan.. Hihi.. Lepas tu barulah nak main kat Playground tu.

Luahan perasaan anak-anak saya!!!


Perbualan dengan anak2 lepas maghrib semalam..
Sekali sekala kena juga dengar luahan perasaan anak2 time kena tinggal seketika dengan ayah mereka.
Tapi yang paling tak tahan, percakapan masing2 mencerminkan siapa mereka sebenarnya..
Aleesya memang sangat cermat dan kemas orangnya..kalau pergi sekolah rambut tak kemas, boleh bayangkan muncung mulut itik?? hihihihi
Ayyunie pula pantang nampak makanan, bayangkan lah last week gi beraya dari rumah no 1 sampai rumah no 6 dari jam 12 tengahari sampai jam 8 malam, 1 rumah pun dia tak tertinggal nak merasa makanan...ekekeke...orang tgk Ayyunie selesa jer makan...rasa nak join makan sekali..agaknya sebab itu faktor utama saya makin berisi..temankan Ayyunie makan sokmo...haha alasan boleh diciptakan..:)

Wednesday, August 28, 2013

Budak-budak zaman sekarang masuk jer rumah beraya minta password terus!!!


Semua ni hasil dari DSLR..
Cerita penuh ada di sini..
Alang2 dah ada gambar cun-cun, takkan terperap jer dalam DSLR kan..
Nanti lama2 dah kena delete..hihi..
Beginilah keletahnya kalau budak2 SPM datang beraya ke rumah...
Macam2 Ragam..


Masing2 dapat duit raya..
Tapi nilainya berbeza..
Mengikut cabutan bertuah masing2...kikiki


Aksi ceria kami!!!
Kita-kita ajer..:)


Ulang tayang menu sempoiiii saya..
Janji masak sendiri semua tu!!!


Antara yang terawal sampai..


Menjamu selera dengan penuh kelaparan ni semua..
Al-maklum ler..breakfast..masing2 perut kosong..


Kena sakat oleh ayah damia sebab bangun lambat...hihi


Sesi cabutan duit raya..


Masing2 cabut..


Rezeki masing2..


Diaorg request suruh buat puding ni roti pulak..
Katanya haritu datang beraya tak ada pun menu ni..mana aci lah kengkonon kan..
Ok, ok nampak gayanya kena juga buat sebekas bawa gi tuisyen ni..hihi

Ok lah berbalik kepada tajuk diatas, perasan tak yang budak2 zaman sekarang ni kalau datang beraya jer terus tanya password wifi apa. Hamboiii, lepas salam terus tanya password ya. Kadang2 bukan budak2 jer, yang dewasa pun sama..hihi..dan dan updated status time tu jugak..itu belum lagi mana2 budak2 kecik  yang siap bawak PSP dan TAB sendiri...memang dengan dunia mereka jer lah...Dunia dah berubah...






:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Lunch di 7 Spices Indian Cuisine bersama mertua



Hari Sabtu lepas, bawak PIL makan2 di 7 Spices. Makan nasi dalam daun pisang gitu. Btw ni kali ke 2 kami makan disitu. First2 dulu makan malam kat sini.


Sekali sekala kalau PIL atau mak sendiri datang, memang suka bawa mereka treatment makan2 kat luar. 


Mak mertua, Aleesya dan saya. Hihi.. Diaorg pun dah faham saya ni memang kaki amik gambar. Dulu2 segan saya nak suruh, sekarang ok jer semua sporting!


Yeayy!! Makanan kami dah sampai. Memang wajib makan dalam daun pisang gitu kat sini. Selain kami order beriani ayam dan beriani kambing, menu lain yang kami add on adalah udang masak masala dan kari kepala ikan. Kepedasannya memang menyengit ya kat lidah tu..:)


Perghhhh bersungguh hokeyy both Damias makan. Siap bertambah-tambah lagi. Tapi both Damias makan nasi putih sebab beriani dia kuat rempah. Takut pedih perut pula. Oh ya kalau uolsss order set beriani kat sini, satu mangkuk tu boleh makan 2 orang. Tu kami lah sebab portion nasinya banyak2. Tapi lauknya sikit. Hihi

Tuesday, August 27, 2013

Jelita Sept 2013 || Kejayaan itu adalah milik Allah!!!



Jumaat lepas, wartawan yang interview saya telah tagkan gambar2 dan cerita2 yang akan keluar dalam Majalah Jelita keluaran Sept dalam Instagram saya. Saya sangat teruja dan tak sabar nak baca kisah Kejayaan yang dipinjamkan olehNya kepada saya. Terketar-ketar juga semalam tangan saya membelek helaian demi helaian sebelum sampai ke ruangan Jejak Jaya tersebut. Tatkala sampai ke ruangan tu, bergenang air mata melihat gambar kami suami isteri dan saat membacanya di Aeon semalam, hampir tumpah juga air mata ni. Siapa sangka, dulu-dulu baca kisah kejayaan pengasas komestik tu, pengasas business ni, pelopor perniagaan tu, alih2 dengan Izin Allah, kisah saya turut berada di ruangan yang hampir sama.


Setiap orang yang berjaya ada kisahnya sendiri. Ini kisah kami yang bermula dari 10 tahun yang lepas. Kami bermula dari kosong. Kosong pengalaman, kosong kewangan, kosong mentor, dan kosong strategi.

Sejak zaman belajar di Universiti, saya dan suami (masa tu belum jadi suami lagi) dah berniaga kecil-kecilan utk mencari wang saku. Bayangkan saya masak nasi lemak dan sambal dalam rice cooker jer dalam hostel, dan suami yang tolong jual ke blok antara blok.

Masa zaman belajar master, saya pula dipermudahkan rezeki utk mengajar di Pusat Tuisyen owner cina. Kelebihan saya dipilih kerana saya sahaja calon yg boleh berbahasa mandarin. Dan itulah kali PERTAMA dan kali TERAKHIR saya bekerja dengan orang.

Mungkin Aturan Allah itu dah cantik! Dari pengalaman mengajar selama 2 bulan disitu, banyak yang saya perhati dan kaji. Dalam diam saya cuba belajar sendiri macam mana nak buka business Pusat Bahasa dan Tuisyen Pelangi.

Mula2 business, memang kami kosong. Dan segalanya kami buat sendiri. Seperti strategi pemasaran, saya dan suami memulakan dengan mengedarkan flyer2 di Pasar Malam. Malu??? Memang malu tapi apabila tekad utk berjaya mengatasi segalanya, malu itu kini berbaloi.

Renovate kedai?? Mana mampu nak upah kontraktor dan designer masa tu, harapkan keluarga mertua yang sanggup turun dari kelantan dan rakan2 baik yang sama2 mengecat dan juga kedai kami itu. Jasa kalian semua amat kami hargai sehingga sekarang.

Kami mula dengan 1 orang tutor termasuk kami sendiri mengajar dan juga hanya 10 orang pelajar pada ketika itu. Dan setiap tahun dengan Izin Allah, peningkatan pelajar makin bertambah dan terus bertambah seiring dengan kualiti yang diberi oleh pihak kami. Dan Alhamdulillah, hingga kini pelajar kami mencecah 150 orang pelajar dan belasan tutor. Itu tidak termasuk pelajar2 antarabangsa dan juga pelajar2 dewasa.


Hampir setahun berniaga, kami mengambil keputusan berkahwin. Syukur dengan rezeki perniagaan kami, wang hantaran serta majlis kahwin adalah menggunakan wang business kami sendiri. Teringat kata2 ayah mertua kepada suami saya ketika itu "mu berniaga orang ke berniaga apa semua guna duit mu sendiri ni"?

Tidak beberapa lama kemudian, saya dapat tawaran jadi pensyarah di sebuah IPTS di Shah Alam, namun saya menolaknya kerana saya sayangkan business dan suami saya. 

Hubungan kami yang sah membuatkan kami masing2 lebih kuat bekerja utk masa depan kami. Alhamdulillah, 5 bulan kahwin kami mampu membeli rumah sendiri. 1 bulan sebelum kahwin kami mampu membeli kereta ke 2 kami. Semuanya dengan Izin Allah. 

Melibatkan diri dalam bidang pendidikan membuatkan saya seronok. Seronok dapat mengajar pelajar yang lemah hingga jadi pandai, seronok dapat membantu orang ramai mencari duit lebih, seronok dapat berkongsi ilmu yang mana ilmu itu kemudian dikongsikan pula kepada orang lain. Prinsip saya hanya satu " Ikhlas kita tambahkan nilai kepada anak orang lain, ikhlas juga nanti guru2 anak kami menambah nilai kepada mereka".


Kejayaan yang terhasil daripada BAWAH lain perasaanya. Kerana setiap kali kita mengenangkan saat2 jatuh bangunnya dalam business, pasti air mata akan bertakung dan menangisnya kami suami isteri tiada siapa yang tahu. Kalau boleh masalah kami memang kami tak akan ceritakan kepada orang utk minta simpati. Ini adalah jalan yang Allah tetapkan kepada kami, maka just follow sahaja GPS yang Allah telah sediakan kepada kami.

Sejajar dengan business pendidikan kami, Produk baru kami CocoDamia terhasil kerana tujuan yang satu!!! Semuanya kerana Allah. Sudah tiba masanya kini kami menolong orang lain pula samada dari segi kesihatan atau ekonomi. Disamping dapat juga menambah nilai kepada orang ramai betapa hebatnya amalan pemakanan sunnah dan juga kebaikan Lubanah yang tiada tandingannya. Alhamdulillah, jalan kerja yang betul, niat kerja sebagai ibadat, jujur dengan pelanggan dan kualiti dijaga, Allah permudah segala urusan CocoDamia-Coklat IQ.

Untuk menceritakan semua yang berlaku dalam tempoh 10 tahun berniaga memang tak cukup di sini, dan tak cukup juga dengan 3 helai ruangan JEJAK JAYA dalam majalah JELITA keluaran September ini. Namun insyallah mana pengalaman yang boleh dikongsi bersama, semoga menjadi inspirasi kepada kalian semua.

Sesungguhnya KEJAYAAN itu adalah milik Allah. Anugerah daripada Allah saya sebagai "Usahawan" akan saya pikul amanah itu sebaik mungkin. 

Memang betul KEJAYAAN yang kita tempa itu adalah hasil usaha titik peluh sendiri dan susah payah kita, namun ingatlah KEJAYAAN kita itu ada hubungkaitnya hubungan kita denganNYA

Bila dipuji kejayaan kita, sebenarnya ia bukan milik kita. Oleh itu sedarlah sentiasa, semua itu dari Allah SWT. Dan sesungguhnya KEJAYAANKU adalah KEJAYAAn ISLAM. 

Asalkan kita terus istiqamah dan beramal, Insyallah kita pasti mencapai impian kita yang tiada mustahilnya. Kerana apa yang telah berlaku kepada kami memang benar dan tiada yang mustahil.

Sehubungan dengan itu, mana2 rakan-rakan atau kenalan untuk menambah nilai kepada orang ramai sebagai rakan niaga Stokis atau Pengedar CocoDamia-Coklat IQ, dan disamping menambah pendapatan, amatlah dialu-alukan. Boleh pm fanpages kami: Coklat IQ atau hubungi 0127507659 utk sebarang pertanyaan. Nak ajak ngeteh pun boleh. Masih jauh lagi perjalanan kami ini yang dipinjamman olehNya. Namun sedikit ilmu yang diamugerahkan kepada kami bolehlah Yang banyak kita agih-agihkan, yang sikit kita kongsi-kongsikan.

Ingat!!! Selain daripada usaha, sama-samalah kita menjaga Hubungan dengan Allah. Peringatan utk diri sendiri dan semua.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua pekerja-pekerja saya samada yang masih berkhidmat atau bekas. Tanpa sokongan anda semua, saya tak akan sampai ke tahap ini. Terima kasih juga kepada para pelajar-pelajar saya, ibu-bapa dan juga semua stokis, pengedar dan yang diutamakan pembeli dan pelanggan saya sekalian. Tanpa anda semua, siapalah kami.

Salam Mahabah,
Zamzarina & Khairuddin

(Confiuse kejap, ni entry blog atau ucapan..hihi)

Monday, August 26, 2013

Open house fasa ke 2 II kaki, ekor, tulang semua ada..

Sabtu malam ahad lepas, berkesempatan buat open house fasa ke 2. Tu pun sebab ada kawan2 lama yang dah lama tak jumpa nak datang. Sekarang senang nak ajak gi open house, via group kat whatapps jer, terus on. Hihi..


Antara menu yang direquest oleh mereka, puding roti CocoDamia!!! Wajib buat katanya. Kalau boleh nak sebijikkk macam dalam gambar kat Facebook tu.. Hamboii!!! Sebab buat banyak, saya guna oven kalini. So nampak kering sikit kat atas. Berbeza ngan saya buat tempohari dalam Magic Pan tu jer. Senang dan lebih lembab2. 


Sup kaki, ekor dan tulang lembu menjadi pujaan. Hihi..


Antara menu lain adalah rojak buah. Guna kuah rojak Mak Bee, pastu diolah sikit dengan resepi saya sendiri. Alhamdulillah, ramai yg cakap sedap!!!


Kalau nak tahu, saya dah siap2 masak dalam kul 7 malam. Lepas maghrib sempat lagi gi beraya kat rumah kawan ayah damia kat Pulai Indah. Kebetulan dia buat open house. Bawa mertua sekali. Then cepat2 balik rumah sebab ada kawan whatapps dah sampai kat simpang nak masuk rumah. Haha, kelakar.. Tetamu hampir nak sampai rumah baru kami sampai. Sampai2 jer angkut cepat2 makanan kat dapur hidang kat luar.


Berperingkat diaorg ni datang. Ada yang datang kul 8:30, 9:30 dan paling last 10:30 malam sebab rumahnya ada marhaban.


Sambil makan, bolehlah berchattinh dengan kawan2 yang lama dah tak jumpa. Ada yang dah ada baby baru. Rata2 baru umur 3-6 bulan. Dan ada pula yang baru pregnant. Rata2 pun baru   Pregnant 2-4 bulan. Wahhh korang ni memang suka saing2 erkk nak dapat anak.


Kanak2 meriah. Bayangkan 10 keluarga masing2 ada 2-4 anak.. Mau tak meriah rumah kan. Hampir sebaya pulak tu semua!


Afiq bukan main suka makan sup lagi ya. Budak2 lain siap bertambah2 makan sup. Ada kawan saya cakap "kalau aunty jadi aunty ayu, tak kecik hati masak banyak2 cam ni, sedap sangat".. Hihi.. Alhamdulillah.. Syukur sebab saya kan suka masak2.. Kalau org suka makan makanan kita, memang sangat2 suka!


Hah tu, 2 orang mak buyong, 2 orang ada baby kecik, yang hujung sekali pakai jubah hitam tu still free and easy ya..:)


Dan ini yang paling saya suka!!! Habis licin selicin licinnya. Senang kerja saya nak basuh pinggan mangkuk dan periuk bagai. Ya Allah, happy tgk tetamu semua makan-makan. Insyallah, lain kali kita gather-gather lagi ya. Bukan senang nak jumpa cam ni kan. Selalu pun bertegur dalam alam maya jer lah.


Kebetulan pula minggu lepas masa saya buat open house utk students tu ada yg tak datang. So mana yang dekat2 ayah damia jemput sekali. See, budak2 ni lah yang menghabiskan segala kaki dan lutut lembu bagai. Hihi


Dengan rakusnya mereka makan!!! Nasib baik daging dan urat bagai tu lembut. So senang bangat utk mereka gigit.

P/s: Ok, kita tunggu pula open house fasa ke 3 bersama marhaban di rumah kami ya. Menu apa pulak kalini nak buat?













Jawatan Kosong di CocoDamia



Yang betul-betul nak kerja, yang betul-betul boleh menerima teguran, yang betul-betul nak cari pengalaman dan yang betul-betul nak jadi sebahagian daripada team CocoDamia untuk menambah nilai kepada masyarakat di luar sana, boleh hubungi no yang tertera di atas ya. Sms/ whatapps tidak akan dilayan. Bukankah nak seribu daya, tak nak seribu dalih..:)


Insyallah, semoga team CocoDamia akan terus istiqamah dan beramal dengan perkara yang mendekatkan diri kepada Allah. Anggaplah pekerjaan kita jua sebagai satu ibadat.

Sunday, August 25, 2013

Dah selamat fly..

Seawal 5 pagi bangun sebab nak siap2 ke airport. Gate close jam 6:50 pagi. So ngam-ngam sampai airport dari rumah jam 6 pagi, terus boleh masuk balai pelepasan sebab dah check in siap2 online.


Sebenarnya nak hantar tok ma dan tok ayah both Damias balik kelantan. Tapi transit dulu kat KL. Nasib baik ada abang ipar yang amik dulu dioarg balik bangi rehat2. Jam 4 petang nanti baru flight KL-KB. 


 Bye bye tok ma dan tok ayah.

 
Haha settled semua, terus kami ke Mc'D airport utk breakfast. Awal giler breakfast.


Budak2 ok jer breakfast Mc'D..


Dah kul 7 lebih baru balik. Sampai jer rumah sambung tidoooooooo lagi. 


Kul 11 pagi baru bangun siap2 nak gi beraya sakan harini. My first halfmoon shawl. Beli sebab nak pakai masa raya pertama. Tapi sebab fikir susah pulak nak solat raya buka2 shawl, so tak jadi pakai. Ni baru pakai hah.


Rumah pertama kami beraya harini a.k.a rumah my staff juga. Cikgu Penanda kertas SPM. Wahhh syoknya tgk banyak ketupat ni. Makan pula dengan kuah kacang. Memang marvelous. Terima kasih Allah kurniakan kami nikmat merasai kesedapan makanan.

P/s: Alhamdulillah, open house fasa ke 2 dah selesai malam tadi. Meriah betul jumpa kawan2 yg dah lama tak jumpa. Ada yg dah ada baby baru, ada yang dah pregnant. Insyallah nanti open house bersama marhaban utk jiran2 pula.