Monday, August 5, 2013

Iftar dengan ex-students 2012

Iftar petang semalam dengan ex-students Pusat Bahasa Pelangi 2012..


Semua ni rancangan mereka. Saya dan keluarga follow ajer. Tatkala pabila semua dah duduk jauh-jauh atas tuntutan belajar, sekali sekala bila berkumpul macam ni, meriah juga. Yang best, mereka turut consume Coklat IQ dan siap jual utk rakan2 mereka di tempat belajar masing2. Alhamdulillah, tak berkesan, pelajar tak repeat order. Semoga kebaikan Coklat IQ- Cocodamia luaskan kebaikannya.


Kami berbuka di Heaven Steambot ajer. Diaorg rancang nak berbuka di Benafe Village pada mulanya, tapi saya pula tak nak jauh2 sebab nak packing baju nak balik raya. So iftar disini mengamit memori kami iftar di sini jugak tahun lepas ramai2..


Full house kat Heaven Steambot ni semalam. Rata2 macam reunion dengan kawan2.


Grill dan steambot. Kuah tom yam menjadi pilihan meja saya..


Kuah sup menjadi pilihan meja budak2 lelaki..


Yeayyy.. Dah nak berbuka..


Lepas solat maghrib di Masjid Pulai Utama secara bergilir2, sambung makan dan sembang-sembang lagi. Banyak yang diceritakan oleh mereka semua sepanjang di "campus life".. Semoga kalian semua berjaya dalam bidang masing2 yang diceburi. Ingat, jauh lagi perjalanan kamu semua!!! Semoga jangan leka dan tidak alpa.

Sesungguhnya terima kasih kerana masih mengingati cikgu yang mengajar kalian semua. Walaupun hanya guru tuisyen, namun ukhwah yang terjalin memang umpama adik beradik memasing. Cg sangat hargainya. 

No comments: