Sunday, September 30, 2012

Jumpa Sultanah Zarith Sofea





Semalam dapat invitation utk menonton Teater musikal " Bumi Berlantai Permata".. Dan Sultanah Zarith Sofea datang mencemar duli. Gambar2 cun semua dalam DSLR.. Nanti dah transfer gambar2 tu baru cerita details yer..

Happy weekends uolsss!!!

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Saturday, September 29, 2012

Budget 2013??? Setiap org ada bahagian masing-masing!!!





Bersyukur tu kan ada kenikmatannya...
Redha kalau kerajaan tak bg bonus utk sektor swasta atau yg bekerja sendiri, kerana mungkin ada bonus yg lebih besar lepas ni kan..:)
Amin amin








- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Friday, September 28, 2012

Pabila dah start pegang jarum dan benang...

Hurmmm dah tak ingat langsung apa yg berlaku di luar sana.. Kejenya nak cepat siap jer.. Nak2 pulak hasil usaha sendiri dan rekaan sendiri..





Finally, puas hati!!! Insyallah next week dah boleh dapatkan jubah ino di Galeri kebaya Zarina Ayu Collections..
Feel free to visit FB: Kebaya Zarina Ayu Collections utk pembelian secara online..

Coming soon too:
Blouse Diamond Damia
Skirt Pelangi Ayu

P/s: rasanya kalau tanya mana2 tailor, memang diaorg sanggup tak makan, sanggup tak gi mana, sanggup tak bersosial dgn computer janji baju yang dijahit siap. Bila dah siap tu rasa legaaaaaaaa sangat!!!

P/s: Opppsss esok Aleesya ada persembahan piano. Kena mainkan 2 lagu dgn piano dan menyanyi 1 lagu.. Last week dah practice, this week malam ni baru nak start.. YA ALLAH.. Permudahkanlah dan biarlah Damia Aleesya bt Khairuddin dapat memainkan lagu dengan piano dengan merdu dan sempurna.. aminnn


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Thursday, September 27, 2012

Live from Malay Village

Dari pagi ke hulu hilir..
Baru nak lunch..



Dari JB terus singgah ke Malay Village Nusa Bestari..



Lime juice pilihan kami suami isteri



Saya punya, beef kuew tiaw cantonese style




Ayah damia punya, char kuew tiaw penang..

Lepas makan nak ke Larkin pula..ke hulu hilir tak habis2..



- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Menang RM100 voucher PONEY!!!


Jujurnya masa saya join contest ni, tak ramai lagi yang join..
Due date sampai 31 Julai 2012..
Tetiba PONEY pulak buat pengumuman contest dilanjutkan sampai 31 Ogos 2012..
Wahhh boleh pulak dilanjutkan...may be tak ramai peserta kot..

Sekali bila dah lama tu belek2 album kat PONEY...wahhh ramai yg join dah..
Saingan sengit2 sebab gambar contestants semuanya cun cun...
Masa tu pudar harapan nak Aleesya menang..

Tapi Alhamdulillah..
Masih ada rezeki Aleesya utk menang..
Walaupun tempat ke 5..
Jadilah daripada nothing kan..
RM100 better than kosong kosong kosong...
Tapi tak cover pun kos baju yang dibeli tu..
Kerana harga baju yang Aleesya pakai dalam contest ni tak silap RM119...
Tak pe lah...sebab both Damias memang pakai brand ni PONEY.

Gambar yang dipertandingkan...



Bukti Aleesya menang...
Tahniah juga kepada pemenang2 yang lain..
Semua anak-anak anda comel tau!!!

Ayyunie pun saya masukkan join contest ni..
Tapi tak ada rezeki nak menang..
Tak pe baby...baby tetap menang di hati ibu, ayah dan kakak..
Tak pun kempiskan dulu perut baby tu yer...hehe..ibu gurau2 jer lah baby!!!

p/s: Dah lama betul tak join contest offline...mood dan masa tak ada....kalau contest online yang submit2 gambar tu adalah join sikit2...


Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Wednesday, September 26, 2012

Tip kesihatan || Agar hidup lebih lama..



Adusss....bila terbaca jer tips kesihatan ni, banyak lagi rupanya yang saya perlu ambil berat dan beri perhatian..bukan apa, nampak macam remeh, tapi rupa2nya ia juga mempengaruhi kesihatan kita..bukan setakat kesihatan utk harini, esok atau lusa, tapi kesihatan yang berpanjangan selagi kita panjang umur mungkin..

1.Gunakan telinga kiri masa jawab phone - Oh No!!! Rasanya tak pernah jawab guna telinga kiri kecuali masa tengah memandu...macam kekok jer rasanya guna telefon kiri..susah nak tukar tabiat ni..

2. Jangan mengambil ubat dengan air sejuk -erkkkkk, tu memang saya lah tu..kecuali amik ubat masa pantang memang guna air suam..kalau nak tahu, kadang2 saya amik ubat bersama 100 plus dan air teh o lagi tau...hohoho..yang ni insyallah akan ubah tabiat ni slow2..

3. Elak makan berat selepas 5 petang -  Lagilah tak boleh ubah tabiat ni...balik keje pun dah kul 10 malam...harus ler singgah makan dulu sebelum balik rumah...kadang2 tu adalah makan kul 6-7 petang...tapi kadang2...selalunya memang makan malam lah...cam rutin jer ni..susah nak ubah..

4. Minum air lebih waktu siang -  hurmmm agaknya saya siang dan malam pun kurang minum air..bayangkan segelas air kalau minum kat restoran, suami jer tolong perabihkan..tak pun share ngan aleesya..saya memang susah nak minum air kosong..satu hari tu mesti minum air manis...hurmm yang ni insyallah slow2 boleh berubah...tapi dgn syarat air kosong tu mesti suam atau sejuk...suhu bilik tak leh terima lorrrr...

5. Tido dari 10 malam sampai 4 pagi- damn!!! Balik keje pun kul 10 malam, sampai rumah 11 malam, tidur jam 12-1 pagi...rutin tu derrr..bukan buat2 cerita...so cam mana lah nak dapat tido yg cukup kan..sob sob sob..

6. Jangan terus berbaring lepas makan ubat - eh, bukan lepas makan ubat terus tido ke?? terutama kalau lepas makan panadol atau minum ubat batuk.. saya memang amalkan cenggitu..kecuali makan ubat dalam kereta atau kat office..tapi insyallah yang ni boleh diperbaiki habitt ni..sebab tak susah kan..

7. Yang last sekali tu, confirm korang pun buat jugak kan..takkan tinggal 1 bar bateri, pastu phone berbunyi tak angkat..cam tak logik jer kan...saya angkat jer phone call tu..sampai lah phone tu mati sendiri sebab tak ada bateri..haha..alamak cam mana nak ubah habit ni...nak2 pulak kalau yang call kita tu cakap "Tahniah, awak menang RM50 ribu"...perghhh menyesal weiii tak angkat...kikiki

p/s: Gambar sumber dari FB..

p/s: So, antara banyak2 tips tu yang mana yg uolss rasa susahnya nak tukar habit tu???

p/s: Apa2 pun ajal maut ditangan Tuhan...






Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Info tentang Hello Kitty Town




Peta siap dgn koordinat GPS




Cara- cara utk sampai ke sana






Harga tiket dewasa dan kanak- kanak sama jer




Antara yang menarik!!!




Tempat pujaan ramai gugurls di luar sana.. Entah2 mak gugurls pun lagi teruja




Wahh macam2 karakter kartoon disney ada!!!




Pastinya ia memberi pengalaman baru dan berbeza utk anak2 anda!!! Dah siap nanti jom gi reramai.


- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Tuesday, September 25, 2012

Pergi Birthday Party Artis || Adam



Wah wah...Adam dah jadi artis ler..
Tu masa Adam tgh shooting filem dengan Jalaluddin Hassan dan nama pelakon perempuan tak tahu..hehe...shooting kat Danga Bay last week..
Btw kenal family adam ni masa contest parents and baby catwalk last year..
Pastu berkenal-kenalan hingga lah jadi friend dalam FB..
Then terus keep in touch sampai sekarang..
Family Adam pernah datang majlis kenduri doa selamat yang kami buat..
So dari situ terus keep in touch lagi..


Majlis bermula jam 12 tengahari hingga kul 3 petang..
Tapi kami datang lewat sikit sebab ayah damia baru lepas habis kelas extra PMR..
So tup tap tup tap, kul 2 kami sampai..
Ingatkan dah habis dah sesi2 potong kek dan main2 game..
Rupanya acara potong kek last sekali..

See, both Damias sangat happy kat birthday party adam ni..
Tapi Ayyunie takut Chicky..
Asyik nak berkepit jer, asal nampak chicky nak dukung, asal nampak adora (maskot baru) nak dukung gak..dah lah berat!!!


Acara potong kek bermula..
Wahhh ada kejutan dari Chicky, Adam dapat kek satu lagi!!
Tgk muka Ayyunie...takut giler kat chicky tu..
Chicky lambai2 pun nak nangis dah..haishh lah Ayyunie..


Apa2 pun thanks to Fiza sebab jemput kak ayu n family..
Serius best giler party adam ni..
Adam pulak sporting habis...org suruh menari dia menari, org suruh buat apa mesti dia sporting punyalah...
Both Damias punyalah suka dapat goodies macam2 tu...


p/s: Anak2 yang sporting dan peramah memang senang jadi celebriti kan..:)

p/s: Teringat kenangan sambut birthday Aleesya yang ke 3 di KFC kajang..klik2 link bawah kalau nak baca..




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Setelah 3 kali pergi, setelah 2 kali order via phone, akhirnya baru merasa Burger Daging Bakar No 1 ni!!!




Semuanya gara2 burger bakar ni!!! Bayangkan 3 kali kami nak pergi makan kat sini, first time cakap kami kena tunggu 20 minit, tak kuasa nak tunggu. Second time sold out, masa tu kul 10 malam tak silap. Third time pergi pun tak ada rezeki, sebab sold out juga.




Penangan burger yang dibakar ni lah. Makkk aiii dagingnya bukan main besar lagi yer.. Kali pertama call kul 9 malam nak order, org tu kata sold out, so malam tadi ayah damia call awal sikit, nasib baik ada rezeki. Ayah damia call order kul 8:45 malam, kata penjual tu, ok.. No abang 52, current no 30... Perghhh order via phone pun ada no jugak tau..




Ni ler rupa burger bakar tersohor kat taman U skudai ni. Hurmm kami sampai kat gerai burger bakar ni pun dah kul 10 malam.. You know what?? Still kena tunggu lagi 2 giliran. Haha, tak siap lagi lah tu walhal dah order since jam 8:45 malam lagi.. Dasyat penangan burger bakar ni!!!




Memang besar lah burger ni.. Tak leh makan terus ngap.. Kena potong2 burger ni guna garpu dan sudu. Aleesya makan sampai sebelah burger ni!!

Harga utk 2 biji burger ni adalah RM14. Ada extra cheese.. Harga biasa tak sure pulak sebab first time makan kat sini.

Yang berminat nak cuba burger bakar no 1 ni, boleh dapatkannya di depan al-ikhsan yang kat papa chop mama grill tu. Sambil2 tunggu leh pekena nasi lemak ayam berempah kat sebelah tu. Tapi kalau nak selamat, baik order via phone dulu. Kang jenuh sejam lebih menunggu.

P/s: Nak rasa burger bakar rawang pulak.. Selalu gi KL, tapi tak berkesempatan nak ke rawang sana.. Hurmmm

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Monday, September 24, 2012

Wajah2 tetamu yang hadir masa Breakfast Raya

 Antaranya....


My students


My students lagi


Jiran-jiran


Anak2 jiran


YB
(Yang Bersara)


Kami 1 Malaysia


Atuk & nenek students


Jiran2 cina dan kenalan cina..


Kawan2 saya..


Kawan2 ayah damia..


Tak ketinggalan juga yang try OSIM ni..
Rata2 kawan2 ayah damia..
Budak2 pun ada juga try2 main..
Psttt jujurnya anak2 saya aka both DAMIAS tak pernah pun lagi duduk atas OSIM ni..sebab saya tak bagi...:)


Kenalan baru..
Mak kepada BFF Aleesya..
Dah banyak kali jumpa kat sekolah, tapi baru first time dia datang rumah..:)


Adrianna, BFF Aleesya...
Aleesya malu-malu nak layan kawan2 dia..
Ayyunie pulak terlebih peramah layan..hihi


Kawan2 yang memang dah kenal lama..


Comper pun ada..:)
Ni kira kawan2 baru gak, baru tahun ni start jumpa2 kat Jusco..


Last but not least, kami sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada breakfast raya tempohari. Sangat2 appreciated. Maaf kalau ada yang terkurang makan atau terlupa nak bagi duit raya kat anak2 yang hadir..kadang2 kelam kelibut layan tetamu, tapi otak dok pk apa lagi tak cukup ni...hihi..apa2 pun uolss the best..insyallah, ada masa dan rezeki kita buat breakfast raya lagi!!!


Gambar ni ambil masa kami tutup open house kami jam 12 tengahari, dan terus ke taman perumahan sebelah utk hadiri kenduri Aqiqah..terlupa nak snap2 gambar kami sekeluarga masa kat open house rumah kami sendiri...sibuk layan tetamu..;-)

p/s: Maaf juga yer andai saya tak sempat nak snap2 gambar2 semua tetamu yang hadir...yang pasti tetamu mula2 sampai confirm tak masuk dalam kamera..hihi..

p/s: Hahaha..lucu, ada jiran saya buat meehoon crispy cubaan sendiri sebab katanya suaminya cakap sedappp..suami akak tu suruh jiran saya tu belajar gak buat meehoon crispy tu...ekeke..nasib baik menjadi walaupun mungkin tak sama dengan yg saya buat..happy sebab meehoon crispy saya glamer jap kat lorong rumah saya...hehe





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!