Friday, September 4, 2009

::RAYA!!! RAYA!!! RAYA!!! GIVEAWAY::

Tiba-tiba jer ibu tergerak hati nak join RAYA!!! RAYA!!! RAYA!!! GIVEAWAY ni....
Walaupun ibu tahu ibu tidak mempunyai cerita yang menarik untukdikongsi.....
Tapi ibu rasa anak2 ibu ( Aleesya  & Ayunie) perlu tahu bagaimana nenek mengorbankan masanya untuk ibu.................
-
-
-
Ibu merupakan anak bongsu drp 4 beradik....jarak umur ibu ngan adik beradik ibu jauh.....
Jadi ibu boleh dikatakan agak manja (memang manja ni pun) dengan nenek....
Lagipun ibu dah x der ayah (datuk)......
-
-
-
Nenek sebenarnya dah lama menyimpan cita2 hendak ke Mekah menunaikan Haji.....
Lagipun umur nenek dah tua, tahun ni 69 tahun........
Tapi nenek tangguhkan hasrat tersebut semata-mata kerana ibu.....
Masih tergiang2 kat telinga ibu masa abang sulung (pak long) ibu bertanyakan niatnya nak gi Haji....
-
-
Pak long : kalau mak nak pergi mekah tahun ni gi lah...lagipun duit tu kan memang dah lama cukup dalam tabung haji..
Nenek    : tak pe lah......biar ayu (ibu) nikah dulu baru senang hati mak nak gi Haji.....
Pak Long: Yang tu x pa lah mak......orangkan ada......yang lain2 pun ada....kita pakat2 jagalah ayu tu.....
Nenek    : Kesian kat ayu kalau mak tak der......kat mana dia nak sambut raya nanti.....lagipun korang semua kan nak balik rumah mertua masing2, nak gi sana sinilah.....biar je lah ayu kahwin dulu.....ader peluang nanti mak gi lah.....
(Masa ni jiwa ibu tak sensitif sangat kerana mungkin tak berapa memahami perasaan seorang ibu kepada anaknya dengan lebih mendalam....smasa tu ibu tengah belajar kat UTM)..
-
-
-
Beberapa tahun kemudian, ibu diijabkabulkan pada September 2004, majlis persandingan pada November 2004, manakala nenek pula menunaikan Haji yang dinanti2 selama ini pada December 2004......
Masih ingat lagi perbualan antara ibu dengan nenek:
-
-
Ibu     : Raya Haji tahun ni mak tak der kat rumah lah....
Nenek: Tak pe lah kalau mak tak der pun....ayu dah ada orang jaga sekarang.....lepas dah tanggungjawab mak pada ayu.....sekarang mak bagi tanggungjawab ni pada Khairuddin (ayah) lah pulak....biarlah mak gi Haji dengan senang.......kalau tak asyik teringat sapa lah nak jaga ayu.....
Ibu    : Mak tak leh tangguh ker....ayu baru jer kawin ...nak juga rasa macam mana kita sambut raya sama2
(masa ni sebak sangat, mungkin baru memahami perasaan seorang ibu kepada anak)
Nenek: Raya bila2 masa boleh......tapi hati mak ni dah lama sangat nak jejakkan kaki kat Mekah tu....
(Mata nenek nampak menahan air mata)
-
-
Kesimpulannya lepas jer ibu kahwin, ibu boleh kira berapa kali jer ibu sambut raya yang betul2 raya dengan nenek....kerana setiap kali bulan puasa nenek akan mengambil peluang berpuasa selama 1 bulan di mekah dan menyambut Hari Raya di Tanah Suci Mekah.......
-
-
-
TAHUN 2004
  Ibu sibuk dengan majlis persandingan dan majlis menyambut menantu 
(x sempat nak rasa berhari raya pun......penat bangat)
-
TAHUN 2005 
Nenek menunaikan umrah selama sebulan di Mekah dan menyambut hari raya di sana....
Ibu sempat beraya dengan nenek pada Hari Raya ke-4 jer.....keesokkannya balik JB
-
TAHUN 2006 
Sempat beraya dengan nenek....tapi dalam keadaan sedih kerana tangan nenek patah akibat langar lari masa gi masjid ...nenek koma 2 hari.....(bukan pada hari raya tapi beberapa bulan sebelum tu)
-
TAHUN 2007
Ibu tak balik kg kerana tengah tunggu due date Aleesya dilahirkan....Alhamdulilah Aleesya selamat dilahirkan pada awal pagi raya ke 5......Raya ke 7 nenek datang JB jaga ibu dalam pantang dan buat preparation untuk majlis cukur jambul dan kenduri doa selamat untukAleesya......mana sempat nak beraya.....
-
TAHUN 2008 
Sekali lagi nenek pergi menunaikan umrah selama sebulan dan menyambut hari raya di sana....raya ke 4 baru sempat nenek menyambut hari raya dengan cucu kesayangannya (Aleesya) buat pertama kali.....tapi keesokannya terpaksa balik JB..huhuhu...
-
 TAHUN 2009
Tahun ni insyaallah raya pasti meriah kerana nenek dah bertambah lagi sorang cucu (Ayyunie)...(cucu2 nenek yg lain semua dah besar2)....dan kalau boleh kali ni ibu nak amik gambar raya ngan nenek banyak2 kerana selepas jer ibu bergelar isteri, ibu tak pernah pun amik gambar raya dengan nenek...... dan yang pasti tahun ni, ibu akan menyambut Hari Raya dengan penuh bermakna........BERSAMA NENEK........
-
-
-
Sedih pulak rasanya baca nukilan ibu ni.......dah tak sanggup menakung air mata ni.....
So gambar yang dipilih untuk memenuhi salah satu syarat yang dibuat ialah:
-
-
 
(TAJUK: PAUTAN KASIH DI AIDILFITRI )
-
-
SEDIKIT INFO MENGENAI GAMBAR
-
-
- Gambar kat atas ni diambil masa raya tahun 2008....ni kat rumah Tok Ma ngan Tok ayah (rumah mertua ibu)....Yang pakai baju biru tu Tok Chu (adik tok ayah)....memang dah jadi satu tradisi kalau hari raya semua anak beranak berkumpul dan mengikut giliran dimulakan dengan anak yang sulung hingga bongsu, beratur saling meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ibu memang tak boleh tahan kalau setiap kali sesi bermaafan ni diadakan.....mesti bergenang jer air mata.......huhuhu
-
-
-
Kepada sesiapa yang nak join giveaway yang dianjurkan oleh mama aimy ni....cepat2 yer coz tarikh tutup dia 
5th September ni.....kalau nak tahu maklumat lanjut, klik saja kat banner side bar tu atau klik saja kat sini
Jom sama2 memeriahkan giveaway yang dianjurkan.....

Post a Comment