Wednesday, June 2, 2021

Daim Muslim's 5th Birthday


Cuti hari Wesak minggu lepas bersamaan 26 Mei 2021..
Genaplah usia Daim 5 tahun..
Selamat Ulang Tahun yang ke 5 Daim...

Tapi dah namanya pun PKP..
Kat mana lagi kita boleh sambut hari jadi dia?
Tak lain tak bukan dalam rumah sendiri je lah jawabnya..


Sambut among us sahaja..
Janji Daim ada momen kan..
Hah tu buat suprise kat dia..
Pukul 6 lebih baru sambut sebab kek nya sampai pukul 6.
Daim ingatkan tak celebrate kat rumah dah...
Sebab dah janji ngan dia tahun ni celebrate kat tadika dia..


Wahhh..bukan main happy ya Daim..
Terkejut jugalah dia tengok ada bunga api dan hadiah mainan2 tu..


Kek tu ayahnya tempah kat mak students..
Memang Daim sendiri yang request nak kek minion..
Belon2 tu kakak2nya lah tiup dan hias..
Hadiah2 ibu gi cari kejap dengan Ayyunie kat Aeon..
Dan menu ibu tempah satay je petang tu..


Simple celebration, tapi cukup bermakna untuk kami sekeluarga..
Terutama Daim lah so excited..


3 Anugerah terhebat untuk ibu dan ayah..


See, ada aje idea nakal dia nak kacau kakak dia..
Siap cuit2 kek pula dah...
Kakak dah runsing takut kena cuit kat tudung atau baju..haha


Berikanlah dia keselamatan dunia dan akhirat..
Kurniakanlah dia ilmu,iman dan amal secukupnya..
Perindahkanlah akhlah dia.
Berikanlah kejayaan dunia dan akhirat kepada Daim Muslim bin Khairuddin.


Sambut dalam PKP 3.0..
Tidak berlebihan, tidak pula rasa tidak kecukupan..
Alhamdulillah


Masa untuk potong kek..
Potong kek pun suku je sebab bakinya nanti nak bawa pergi sekolah..
Pelajar2 tadika tak ramai pun musim2 PKP ni..
So bawa je lah kek ni senang..
Banyak2 kat rumah pun tak ada siapa makan nanti..


Happy moment..
Happy family..


Banyaknya kereta Daim..
Hadiah ni kakak2nya share duit belikan sebagai hadiah untuk Daim..
Hari2 dok main kereta ni hah..
Siap request suruh kakak2nya beli landasan pula...haha


Hadiah dari ibu untuk Daim..


Keesokan harinya....
Excited sungguh Daim nak celebrate birthday momen dia dengan kawan2..
Tapi tu lah, celebrate2 juga, tapi tetap kena ikut SOP ..
Bolehlah Daim ambil syarat celebrated birthday dengan kawan2 dan teacher2 kat sekolah..


Bagi goodies bag, bawa kek dan nyanyi lagu birthday pun dah cukup happy untuk Daim dan kawan2nya..Tq teachers yang tolong arrangekan simple celebration ni..


Adalah juga memori pertama Daim bawa kek pergi sekolah untuk diceritakan pada kawan2 akan datang...Tahun lepas langsung tak kesampaian nak celebrate kat Smart Reader sebab PKP 1.0..


Agai, tq teachers tolong snap kan gambar dan rekod video..
Adalah kenangan Daim untuk masa akan datang..


Sukalah tu ramai2 nyanyikan lagu birthday untuk dia.
Siap pakej lagu bahasa cina lagi..Haha..
Ater majoriti kawan2 kelasnya cina dan cikgu2 pun ramai cina..
Happy Birtday Daim...muaahhhhh dari ibu..

Alhamdulillah...syukur..









::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: