Tuesday, March 2, 2021

Resepi Pulut Mangga ala Thai


Sawaddikha
Sabai di mai?

Amboi...bahasa siam pula keluar..
Ater kena lah ambil mood sebab makan pun makanan siam kan..
Ntah bila lagi dapat jjcm ke Selatan Siam, Krabi & Phuket..
Bagi menikmati aneka makanan umpama syurga bak katanya pelancong Asia..
Paling2 tidak pun dapat ke Padang Besar pun jadilah kan..

Mudah-mudahan dengan adanya vaksin Covid-19 di Malaysia..
Negara kita makin pulih dan bebas ke sana sini untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti dulu2..


Nak buat Pulut Mangga Ala Thai ni tak susah..
Bahan2 pun senang untuk dicari..
Cuma rajin atau malas je nak membuat..

Cara2 ada saya sertakan dalam video di atas..
Untuk bahan-bahannya pula:

Bahan2 Pulut Kukus

Rendam 3 cawan pulut semalaman.
Kukus pulut sehingga masak.
Kemudian angkat dan masukkan ke dalam bekas.
Gaul2 rata bersama 3 senduk santan, 2 sudu besar gula dan sedikit garam.
Kukus lagi sekali dalam lebih kurang 10 minit supaya santan tadi masak.
Siap, sedia dihidangkan.

Bahan2 Santan Pekat

Masak 3 cawan santan pekat bersama 1 cawan air.
Masukkan sedikit garam, gula dan daun pandan.
Dan masukkan juga 3 sudu besar tepung beras yang dikacau2 dengan sedikit air.
Masak sehingga santan mendidih dan menjadi pekat likat.

Bahan2 lain

Buah mangga Thai.
Sedikit bijan yang disangai.

So lepas ni korang dah tak craving Pulut Mangga Ala Thai lah kan..
Selamat mencuba!




::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

NARDtheNERD said...

sedapnya pulut mangga pulut durian.. nyumm nyumm..

Ayu Zarina said...

NARDtheNERD-sedap...lemak2 manis..masam2 mangga pun ada..