School holiday just started.
Selalunya cuti sekolah bulan Mac ni, Pusat Bahasa Pelangi akan mengadakan Kem Jati Diri untuk students.
Tapi memandangkan tahun ni masih belum boleh buat aktiviti luar lagi bersama students, maka kalini kami buat acara BBQ Buffet dinner bersama dengan pelajar-pelajar SPM Promax 2020.
Eh dah habis SPM, tak boleh panggil pelajar2 dah kan..hiiiii...
Ok gambar model kat atas ikut dress code: White & jeans ;)
Raikan sekecil-kecil kejayaan tanda bersyukur..
Nanti kejayan besar akan menyusul..
Memang tujuan event ni adalah untuk raikan students SPM Promax 2020 yang baru je merdeka exam SPM beberapa hari lepas. Batch paling lama belajar di Pusat Bahasa Pelangi. Penuh dengan badai melanda, roller coaster dan onak duri.. Finally, habis pun exam SPM kan.
TQ Cikgu Khai sponsor event ni.
Dan tq juga pada parents yang ada bagi sumbangan untuk menjayakan program ni.
Disclaimer: Masa bergambar ni je terpaksa rapat2 dan buka mask kejap.
Kalau tak, tak masuk frame nanti.
Pukul 6 semua sampai, so aktiviti pertama adalah bergambar dulu sebelum matahari melabuhkan tirainya. Takut nanti gambar kelam dan kusam bila senja muncul.
Berkumpul dan briefing kejap.
Halah halah...manis2 semuanya..
Alhamdulillah...semua ikut tema dress code.
Siap ada AJK disiplin lagi tau supaya semua tetamu ikut SOP..
Jam 7 malam, dah boleh start makan2...
Weiii..apesal cikgu tengok korang dah macam pekerja katering kat hotel tu..
Hahaha..
Teacher Ayna..
Yang mengajar subjek english semua peringkat di Pusat Bahasa Pelangi..
Makanan2 di Pulai Spring Resort memang tidak pernah menghampakan dari dulu..
BBQ Section..
Semuanya sedap...
Fresh dan panas2...
Daging harimau menangis anyone?
Saya memang ulang alik ulang alik punggah lamb chop dan udang tu je..
Salad section
Sambil2 makan, gilir2 tunaikan solat maghrib di bilik hotel masing2..
Lebih separuh dari students yang hadir stay kat hotel.
Termasuklah kami sekeluarga..
Yang tak stay hotel, boleh solat kat surau hotel yang disediakan.
Then majlis tukar-tukar hadiah pun bermula..
Semua tetamu tak balik dengan tangan kosong..
Hah ni budak2 perempuan dan teacher sekali kena denda buat tik tok sebab kalah game teka2 lagu..
Daim pun dapat hadiah juga..
Tapi tak tukar dengan sesiapa pun..
Ibu beli siap2 spare bagi kat dia..
Kang dia nampak semua dapat hadiah, apesal dia sorang tak dapat..haruuuu
Dalam jam 9:30 malam, majlis pun bersurai..
Hurmmm biasalah...sebelum masing2 balik..
Boomerang lah, tik tok lah, stories lah, reels lah, snap sana snap sini lah...
Hihihi...
Sebelum masing2 membawa haluan sendiri nanti..
Banyak kenangan offline dan online dengan mereka ni.
Semoga kejayaan besar menanti kamu semua di masa hadapan.
Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah berbelah bahagi untuk
team PUSAT BAHASA PELANGI.
InsyaAllah...keputusan SPM keluar nanti, kita raikan lagi.
Aaaaminnn
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::