Tuesday, September 1, 2020

Mandi manda di pantai Lotus Seaview Beach Resort, Pengerang



Nama resort pun ada "seaview"..
Semestinya lah antara aktiviti utama disini ialah bermain dan mandi di pantai..
Untuk bergambar di atas batu2 ni kena mengharung pantai ya ke tengah2 sikit..
Ramai juga yang suka ambil gambar di atas batu ni.

Btw nampakkan ada bola kami dalam gambar tu.
Tapi dalam sekelip mata je tengah kami syok2 bergambar tu, tiba2 bola hilang.
Rupa2nya dah ke tengah pantai dah.
Ayah Damia punyalah bersungguh nak pergi ambil balik pantai tu..
Tapi makin lama makin dalam..
Last2 kami redha je lah bola tu hanyut ke tengah laut.
Dah lah bola tu Daim baru beli masa mula2 check in tadi kat retail shop tepi lobby..
Nasib baik jugalah kami dah puas main dengan bola tu dalam pantai..
Tak lah ralat sangat..


Ayah dan anak3nya..
Anak3 dah makin besar, harap2 ayahnya masih muda, sihat dan kuat lagi..


Kebetulan hari yang kami spent masa mandi pantai ni, seharian cuaca redup je..
Adalah kejap2 hujan rintik..
Tapi nampaknya masing2 buat tak hirau je mandi pantai..
Syokkk mandi manda time cuaca redup..
Tapi jangan disangka tak ada sunburn ok..
Daim pakai baju tak ada lengan, ketara nampak sunburnnya tu..


Ibu pun nak masuk dalam frame juga...hihi..


See, masa tengok gambar ni lah yang kami baru perasan bola tak ada..
Walhal diaorg tu tak bangun pun lagi dari batu bata tu..
Syokkk sangat bergambar sampai tak sedar bola dah dibawa arus..


Sakan nooooo orang2 dalam gambar ni main dan mandi pantai..


My first born..
Makin suka ootd dan posing..
Seiring dengan usia remajanya..
Asalkan tak over dan melampau..
Ibu onzzz je layan ambil gambar dia..



Keriangan mereka kebahagian kami..
Alhamdulillah atas nikmat ini.
Terima kasih Allah..



::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: