Tak lengkap rasanya JJCM ke Muooooo kalau tak singgah di Medan Ikan Bakar Sabak Awor ni.
Semestinya Signature dishnya adalah ikan bakar.
Terdapat 10 lot kedai dalam medan ni. Yang famous antaranya adalah kedai No 8 (Wak Jos), tapi saya memang dari dulu lagi lebih selesa dengan kedai No 9(Seha).
Sedap dan kena dengan selera kami sekeluarga.
Sambal bakarnya sedap walaupun pedas sik sik..
Harga berbaloi2 dan tidak menunggu makanan terlalu lama.
Total hidangan kami ni hanya RM80 sahaja..
MasyaAllah..cantik sangat sunset masa ni..
Tak jemu tengok sunset yang menjengah kami..
Kat sini juga ada Menara Anjung.
Ramai yang snap2 sunset dari menara ni.
Nak timelaps ke, nak night mode ke, nak panorama ke rasanya memang sesuai dah kat menara ni.
Sambil2 boleh juga tengok orang memancing.
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
2 comments:
Selamat menjamu selera
Warisan Petani..hihi terima kasih..walaupun makanannya dah lama masuk perut..
Post a Comment