Sunday, September 8, 2019

Lawatan sambil belajar dah macam kenduri



Edutour pada 6hb September kelmarin...
Lain macam Edutour kalini..
Bukan biasa-biasa.


Pertama kali dalam sejarah Edutour GO JB CHOCOLATE siap ada khemah bagai.
Meriahnya dah buat macam karnival ekspo sendiri.


Edutour kali ni 4 buah bas.
Sebelum2 ni pernah juga ada 5 buah bas datang dari sekolah yang sama.
Tapi kami bahagikan terus datang 2 sesi. 9-11pagi 1 sesi,  11-1tengahari 1 sesi.
Tapi kalini sekaligus 4 buah bas 1 sesi.
Dan bilangan ibu bapa lagi ramai dari bilangan pelajar 90 orang.
Haruslah sediakan khemah untuk ibu bapa duduk santai2 kan.


Big boss pun dah kena turun padang..
Kalau tak, tak adanya nak datang..ngeh ngeh..


Sesi pakai apron..


Sesi spray hand sanitizer dulu pada tangan pelajar2 sebelum masuk.


Sesi memberi welcoming drinks..
Semestinya air coklat  CocoDamia..


Manakala kat luar pun sibuk yakmat setting meja jualan dan barang2 coklat..


Siap kena ada abang guard lagi utk control kemasukan ibu bapa seramai 5 orang sekali masuk..


Promoter ramai untuk terangkan jenis2 coklat..
Tinggal pilih je nak beli yang mana..


Meriah sesi jual  beli kat luar ni..


Nak bayar pun beratur bukan main panjang..
Tapi semuanya sabar dan sporting2 belaka..


Dan jam 12 tengahari..
Alhamdulillah...
Finally it's a wrap!
Masing2 dah kelaparan dan kepenatan.
So kita rehat dan makan dulu sebelum yang lelaki pergi solat jumaat..


Dan semestinya THANK YOU to the BEST TEAM ever!
Well done for the great job!
Yang jadi tukang jaga pintu, yang jadi tukang masuk barang shopping,yang jadi tukang buat air, yang jadi tukang bercakap, yang jadi tukang angkut dan macam2 job tambahan tambahan "tukang" lagi lah..


Dan setinggi-tinggi Terima kasih kepada semua pelajar-pelajar, guru-guru serta ibu bapa dari Tadika Kemas Taman Yayasan, Segamat. Semangat semua jam 4 pagi bertolak dari Segamat ya.

Alhamdulillah..
Ada masa dan rezeki,kita berjumpa lagi.

Terima kasih Ya Allah.




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: