Lepas je check out dari The Federal Hotel, kami meneruskan cuti-cuti ke Melaka pula.
Otw tu sempat lagi singgah Bandar Baru Bangi untuk beli stok bahan mentah dan singgah Nilai untuk meeting dengan supplier kejap.
Otw tu juga lah sebenarnya baru kami decided dan booking kat Masbro Village ni.
Nasib baik ada 1 je lagi bilik kosong.
Al-maklumlah cuti Raya Haji dan Cuti sekolah serentak kan..
Mesti kebanyakan hotel fully booked punya.
Kami sampai dalam jam 1 lebih.
Tak boleh check in lagi sebab bilik belum ready..
So kena check in jam 3 petang..
Sementara tunggu nak check in, apa lagi?
Ambillah peluang bergambar kan..
Tempat lawa, sakan lah bergambar..
Memang port wajib bergambar dan masuk Instagram lah jawabnya ni..haha
Instagrammable chalet in Melaka gitewwww..
Alaaaa..Aleesya tak ada dalam gambar pula sebab dia tukang snap..
Dah puas bergambar, kami keluar kejap untuk cari makan..
Malas nak cari makan jauh2, depan Masbro Village ni ada je beberapa gerai yang jual makanan...
Tu kami order Nasi Ayam, Bakso dan Meehoon sup..
Rasa boleh boleh je lah..
Janji kenyang utk tengahari..
Jam 3 petang, kami pun check in..
Hah ni lah rupa dalam bilik kami..
Bentuk A rumahnya...
Ni bahagian Living Hall..
Ada disediakan sofa bed, dining table dan TV.
Kitchen pun ada lah juga disediakan microwave, peti ais, water kettle dan set pinggan mangkuk serta cawan..
Fully air-conditioned.
Ni tandas bilik bawah..
Ni pula tangga nak naik tinggat atas..
Boleh tahan cerun..
Kitanya gerun Daim turun naik turun naik tangga ni..
Tapi Daim rileksss je turun naik turun naik..haha..
Ni bilik tidur bahagian atas..
Muat untuk 4 orang dengan 2 queen size bed..
Berlebih2 katil pula rasanya..
Sebab both Damias nak tidur bawah..
Nak study dan siapkan homework katanya..
Tak lah Daim kacau kat atas ni..
Tandas bilik atas..
Basic je keperluannya..
Tak ada bath tub ya..
Tapi tuala dan sabun tu adalah disediakan..
Water heater pun ada..
Kita yang dewasa ni pun seram2 juga nak turun naik turun naik tangga ni..
Daim syok dia turun naik turun naik..
Tapi sambil2 tu kami pun selalu juga alert kat Daim takut terjatuh kan..
Lepas masing2 dah tidur, rehat dan solat..
Apa lagi,acara yang paling ditunggu2 oleh Ayyunie dan Daim..
Main pool..
Syok tengok budak2 main air kat sini..
View cantik, pool pun ada yang dewasa dan kanak2 punya..
Agak ramai juga lah orang kat pool ni time kami pergi..
Yang paling best sekali, cafe ala-ala kampung ada depan pool ni je..
Sambil pantau anak2 mandi, boleh lah makan2 kan..
Tu kami order meehoon goreng, fries, keropok lekor dan nasi goreng yang tak sampai lagi..
Harga pun berpatutan juga..
Ok, ambil peluang borak2 suami isteri sementara tunggu anak2 mandi pool..
Oh ya Aleesya tak ada mood nak mandi pool..
Sibuk ke sana sini dengan bukunya..
Masa ni lagi 2 minggu nak UPSR..
Budak tak nak naik..
Kena paksa dengan ayahnya baru naik..haha..
Nak berendamlagi dalam air ya Daim..
Balik bilik bersihkan diri, rehat kejap...
Terus sambung keluar lagi cari makan malam pula..
Kami ke Pantai Klebang untuk makan malam..
Kebetulan masa tu ada Pesta Cahaya..
So meriah juga lah suasana kat Pantai Klebang..
Oh ya, masa check in, guests akan diberi 2 kunci.
1 kunci bilik masing2, 1 kunci pagar besar.
Pagar besar akan ditutup selepas jam 11 malam..
So kalau berkunci, korang buka lah pagar tu dengan kunci yang telah diberi masa check in tu..
Esok paginya kami santai2 dalam bilik je..
Breakfast tak disediakan kat sini..
So ayah damia jalan kaki je ke Cafe Ala-ala kampung tu untuk beli sarapan..
Harga pun reasobable..
Nasi goreng, kuewtiaw goreng, meehoon goreng, roti bakar, jemput2 semuanya RM5 per set kalau tak silap..
Gambar kat atas tu masa nak check out dah..
So bergambar depan office dulu..
Masbro Village ni bukan sahaja unik, malah homestay ketiga tercantik di Asia..
So kami ambil lagi peluang untuk bergambar sakan lagi dan lagi...hihi..
Ada macam2 warna chaletnya..
Dah macam kat Oversea..
Depan pool..
Eh, tiberrr enterframe..haha
Nasib baik model sporting bagi komitmen nak bergambar...kiki..
Unik design rumah2 kat sini..
Assalamualaikum..
Ada orang tak tu??
Enterframe lagi...ngeh ngeh..
Yeayyy harini dah merdeka UPSR..
Orang lain merdeka semalam..
Aleesya baru merdeka harini..
Harini 2 paper subjek killer..
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan UPSR Aleesya..
Dan taraaaa...
Banyaknya pokok2 petai dan petai2 yang berpapan2 melunjur ke bawah ni..
Geram2 je nak petik buat ulam ya..
Tapi tak baik ambil hak tak tahu siapa punya..
Hihi..
Untuk rekod, harga semalaman stay sini RM288.50 fixed price.
Ok tamat sudah cuti2 di MasBro Village..
Enjoy reading uolssss...
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
2 comments:
thanks for sharing info...nak kena try laaa ni...nmpk sgt cantik tmpt ni
Mama Zharfan - yup...must try sekurang2nya sekali...hihi..
Post a Comment