Friday, July 12, 2019

Rezeki dapat Giveaway makan ribs





Tak tahu langsung pun hari yang kami pergi makan kat Wadihana Islamic Steak House tu ada Giveaway. Dah duduk order barulah waiter tu bagitau yang kami dapat 2 set Half Ribs. Rupa2nya dengan order mana2 menu lebih RM60 dapat 1 set Giveaway. Memandangkan kami ni ramai dan order makanan pun dah lebih RM120, maka dapatlah 2 set percuma.


Ni lah yang dapat Giveaway 2 sets tu. 
Half  Honey Pepper Ribs..
Sodappp & lembutttt...


Terima kasih Wadihana Steak House.
Rezeki malam tu dapat 2 sets Giveaway Half Honey Pepper Ribs tu.
Jimat banyak juga tu..


Grilled Chicken Chop bersama butter rice pilihan Ayyunie..


 Fillet Rump Steak pilihan saya..
Agak keras juga dagingnya yang ni..


Lamb shoulder pilihan Aleesya..


Daim selepas habis pilaf & butter rice 1pinggan, chicken chop sikit, ribs sikit, terus minta ice cream & jelly pula....

Macam tu lah bawa budak kecik makan..
Serba serbi nak..makan sikit je..last2 kita juga yang kena habiskan...

Apa2 pun syukur..
Rezeki tak pernah salah alamat..
Alhamdulillah..




:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

2 comments:

AzianKhalil said...

last last mak juga yang kena habiskan...jangan tanya bila mak nak kurus... hahaha

Ayu Zarina said...

AzianKhalil- haha...yang tu betul...tak baik membazir katanya..