Monday, July 8, 2019

Hunting durian pagi-pagi di Dusun Durian Landak, Kg Sawah





Boring ah pagi2 makan nasi kan..
Kita hunting durian fresh lah pula buat sarapan..
Gigih 8 pagi tadi dah start hunting...
Sampai ke Kg Sawah sana mencarinya..
Nasib baik ikut waze dan ada papan tanda. 
Kalau tak jenuh juga nak sampai ke dusun tu..
Tips nak makan yang baru luruh kena datang awal pagi. 
Ingat kami je yang hunting, rupa2nya hantu2 durian lain pun keluar awal pagi hunting durian fresh juga weii.. 
Ada dari Mersing, dari Pontian dok pakat berkumpul kat sini makan durian.
Weekend selalu full house katanya.
Nak datang malam2 pun boleh, tapi call dululah. Nanti kecewa pula. 
Harga pula standard durian timbang kilo harga JB lah..
Tak murah mana pun walaupun makan dalam dusun.
Agak mahal juga berbanding harga luar.
Tapi untungnya sebab fresh dan baru luruh.
Ok yang nak pergi boleh waze "Dusun Durian Landak"
Memang betul2 ada landak besar tau 2 ekor kat situ.
Selamat hunting!
Enjoy the video..


Masa kami sampai tu pukul 9 lebih.
So tak banyak lagi durian yang dikutip katanya.
Kebetulan semalam pula weekend.
Banyak durian dah habis..


Kita start dengan Durian Tembaga dulu.
Durian tembaga ni durian kampung juga.
Tapi sebab pokok lama, so isinya tebal berbanding durian kampung biasa.
Harga RM20/kilo..
Tapi nikmat sedap dan puas hatilah makan sebiji pun..
Manis lemak berkrim, isi pun kenyal..


Ni ler 2ekor landak yang menjadi Ikon Dusun Durian Landak ni ya..


Belilah 7 biji bawa balik ke staffs..
Nasiblah yang sorang tu tak makan durian, kemah keming ditutup pintu tak tahan bau..
Sorang lagi pula keluar beli stocks...
No worries, diaorg tinggalkan untuk awak..hihi..

p/s: Kenapa durian sekarang timbang kilo? Dah tak ada yang harga longgok macam dulu2 ke? Hurmm..





:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: