Thursday, July 25, 2019

Silibus Maths Tahun 4 boleh tahan ya...

Bulan lepas  Ayyunie minta  pinjam koleksi matawang asing saya yang disimpan. 
Sebab cikgu suruh bawa katanya. Belajar topik matematik tukaran matawang asing.

Wow, dasyattt..
Darjah 4 dah belajar tukaran matawang asing.
Pasni senang lah ibu dah ada assistant tolong convertakan duit asing ke RM nanti...hihi

Bulan ni pula Ayyunie minta beli buah-buahan yang senang ditimbang.
Cikgu juga yang suruh bawa gi kelas esok.
Sebab belajar topik matematik Kilogram & Gram.

Makin canggih kan method pedagogi pelajar2 sekarang.
Baru darjah 4 tu..
Dah macam2 kena belajar..
Tu yang kadang2 silibus pun tak sempat  habis..hurmm..

p/s: Buah-buahan tu lepas cikgu ajar timbang, Ayyunie bagitau diaorg sama2 makan dalam kelas.Yang kena kopek macam mangga, diaorg minta tolong makcik kantin yang kopekkan. Nasib baik tak ada yang bawa durian..haha

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Tuesday, July 23, 2019

Lawatan dari Delegasi Sarawak ke CocoDamia

2 Bulan lepas, bawa staffs Company trip ke Sarawak.
Semalam CocoDamia pula menerima kunjungan delegasi dari Kementerian Sarawak pula.

Ni semua pegawai2 dan penjawat2 awam dari Kementerian Pembangunan Perindustrian & Usahawan Sarawak.

Terima kasih kepada Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) selaku host, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEJ) DAN SME CORP Johor.

Fokusnya dengar apa yang saya sampaikan kat depan tu ;-)

Selalunya kalau lawatan2 sebegini, mereka lebih berminat nak tahu bagaimana CocoDamia bermula dan perkembangan serta kejayaan hingga kini.

Terharu dengar ucapan dari Pengarah SME Johor ni.
Antara ayatnya " CocoDamia usahawan contoh yang tidak mendapat assist dari mana2 Agensi, usahawan yang berdikari"
Sebenarnya bukanlah langsung tiada menerima bantuan dari mana2 agensi, cuma sangat minumum.
Selagi boleh berdikari, selagi mampu buat sendiri. Kami cuba  sebaiknya.

Sesi Demo Coklat.

Betul2 perhati semua cam mana nak buat coklat ya.

Teruja kan buat coklat2 ni..
Buat coklat memang nampak senang..
Tapi teknik, suhu, penyediaan, penyimpanan, filling semua tu yang kena hati2 dan teliti.

Uikkss...yang lelaki pun teringin nak buat coklat juga.

Penuh teliti dan hati2..

Minum air coklat  yang sedap (pastu pakat ramai2 beli) dan makan coklat sampai puas hati memang wajib lah kan..

Hooyay...acara yang dinanti2 katanya...shopping time..

Terima kasih atas cenderahati dan ole2 dari Sarawak..

Kita gi Sarawak, macam2 kita shopping bawa balik sebagai ole-ole kan..
Diaorg datang tempat kita, macam tu jugalah shopping berkotak2 bawa balik tempat diaorg.
Terima kasih semua..

Cantik & Indah sungguh cenderahati dari Kementerian Pembangunan Perindustrian & Usahawan Sarawak. Siap bagi Ole-ole lada hitam lagi hah...
Nak suruh R&D coklat lada hitam.

Ahamdulillah..
Terima kasih YA ALLAH kerana ENGKAU lapangkan dadaku, mudahkan tugasku, lepaskan simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku dan memberi manfaat.

Aaamin..

:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, July 18, 2019

Anak Cikgu Khai..

Makin besar makin banyak celotehnya..
Celik je mata dari tidur dah start celotehnya..
Kadang2 kita pula sampai naik rimas..
Kadang2 layankan aje apa yang dia tanya, apa yang dia cerita..
Kadang2 kena marah juga terutama time kita cakap dengan orang dalam telefon, dia pun sibuk nak cakap juga..
Tapi itulah ragam budak usia  nak masuk 3 tahun 2 bulan ni...

Hah tu apa pula jawapan dia bila kita tanya dia anak siapa..
Bila kita tanya dia ibu anak siapa dan ayah anak siapa..
Layanzzzzz je lah video tu ya...

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, July 15, 2019

Menang duit Raya dari Imaan Boutique

Rezeki tak sangka ni..
Sebab 1 Syawal kan semua dok upload gambar2 raya...
So upload lah gambar ni kat IG..
Then letak hashtag #ImanRayaOOTD2019...
Sekali ada contest rupanya..

Alhamdulillah..
Kalau dah rezeki tertulis kan..
Menang jua akhirnya..
Dapatlah duit raya untuk anak2...

Ni gambar asalnya...
Ayah Damia kata menang tak balik modal lagi harga baju tu..
Kikiki....

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, July 12, 2019

Rezeki dapat Giveaway makan ribs

Tak tahu langsung pun hari yang kami pergi makan kat Wadihana Islamic Steak House tu ada Giveaway. Dah duduk order barulah waiter tu bagitau yang kami dapat 2 set Half Ribs. Rupa2nya dengan order mana2 menu lebih RM60 dapat 1 set Giveaway. Memandangkan kami ni ramai dan order makanan pun dah lebih RM120, maka dapatlah 2 set percuma.

Ni lah yang dapat Giveaway 2 sets tu. 
Half  Honey Pepper Ribs..
Sodappp & lembutttt...

Terima kasih Wadihana Steak House.
Rezeki malam tu dapat 2 sets Giveaway Half Honey Pepper Ribs tu.
Jimat banyak juga tu..

Grilled Chicken Chop bersama butter rice pilihan Ayyunie..

 Fillet Rump Steak pilihan saya..
Agak keras juga dagingnya yang ni..

Lamb shoulder pilihan Aleesya..

Daim selepas habis pilaf & butter rice 1pinggan, chicken chop sikit, ribs sikit, terus minta ice cream & jelly pula....

Macam tu lah bawa budak kecik makan..
Serba serbi nak..makan sikit je..last2 kita juga yang kena habiskan...

Apa2 pun syukur..
Rezeki tak pernah salah alamat..
Alhamdulillah..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Monday, July 8, 2019

Hunting durian pagi-pagi di Dusun Durian Landak, Kg Sawah

Boring ah pagi2 makan nasi kan..
Kita hunting durian fresh lah pula buat sarapan..
Gigih 8 pagi tadi dah start hunting...
Sampai ke Kg Sawah sana mencarinya..
Nasib baik ikut waze dan ada papan tanda. 
Kalau tak jenuh juga nak sampai ke dusun tu..
Tips nak makan yang baru luruh kena datang awal pagi. 
Ingat kami je yang hunting, rupa2nya hantu2 durian lain pun keluar awal pagi hunting durian fresh juga weii.. 
Ada dari Mersing, dari Pontian dok pakat berkumpul kat sini makan durian.
Weekend selalu full house katanya.
Nak datang malam2 pun boleh, tapi call dululah. Nanti kecewa pula. 
Harga pula standard durian timbang kilo harga JB lah..
Tak murah mana pun walaupun makan dalam dusun.
Agak mahal juga berbanding harga luar.
Tapi untungnya sebab fresh dan baru luruh.
Ok yang nak pergi boleh waze "Dusun Durian Landak"
Memang betul2 ada landak besar tau 2 ekor kat situ.
Selamat hunting!
Enjoy the video..

Masa kami sampai tu pukul 9 lebih.
So tak banyak lagi durian yang dikutip katanya.
Kebetulan semalam pula weekend.
Banyak durian dah habis..

Kita start dengan Durian Tembaga dulu.
Durian tembaga ni durian kampung juga.
Tapi sebab pokok lama, so isinya tebal berbanding durian kampung biasa.
Harga RM20/kilo..
Tapi nikmat sedap dan puas hatilah makan sebiji pun..
Manis lemak berkrim, isi pun kenyal..

Ni ler 2ekor landak yang menjadi Ikon Dusun Durian Landak ni ya..

Belilah 7 biji bawa balik ke staffs..
Nasiblah yang sorang tu tak makan durian, kemah keming ditutup pintu tak tahan bau..
Sorang lagi pula keluar beli stocks...
No worries, diaorg tinggalkan untuk awak..hihi..

p/s: Kenapa durian sekarang timbang kilo? Dah tak ada yang harga longgok macam dulu2 ke? Hurmm..

:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Friday, July 5, 2019

Resepi Sos Black Pepper

Rebus tulang nak masak Sup Tulang hajatnya..
Ntah cam mana terjadi tulang chop pula..
Tak tahu nak panggil proper name  apa..
Tulang Chop pun sedap juga nama dan rasanya..hihi..

Sos Black Pepper tu masak sendiri.
Kalau diblend lagi cantik tekstur nya..
Ni sebab kes malas, maka mengerutulah jadinya sos tu..

Perap pun style orang malas..
Just lumurkan sos lada hitam dalam botol tu je semata2..
Pastu lumurkan sikit minyak supaya tak kering sangat..
Tapi ada rasa tau!
Perap pagi, jangan simpan dalam peti ais, lepas maghrib bakar.

Bakar pun dah senang sekarang.
Bakar dalam Air Fryer je.
Sebab dah direbus kan.
So sekejap je masa bakarnya.
180'C dengan masa 10 minit sahaja.
Balikkan tulang, pastu bakar lagi 5 minit.
Just nice tak kering sangat..

Aleesya cakap nikmatnya makan Tulang Chop kat rumah ni.
Setiap inci isi kat celah2 tulang tu diratahnya.
Kalau tak, makan kat kedai makanan chop2 ni, nak jilat jari pun kena pandang kiri kanan dulu kan.

Oklah, untuk resepi penuh boleh tengok dalam video ya.
Bahan2 simple je.
Cara masak pun senang.
So enjoy dan selamat mencuba!

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, July 4, 2019

Daim dah pandai baca doa tidur

Alhamdulillah..
Sedar tak sedar Daim pun dah menginjak usia 3 tahun 1 bulan..
Dia punya perkembangan sehari demi sehari ada je belajar dan buat perkara baru.

Walaupun baru 3 tahun, tapi keletah dan cakapnya lebih dari 3 tahun orang kata.
Peramah budaknya..haha
Dan mudah belajar benda2 baru.
InsyaAllah..

Ni 2 minggu lepas, Daim dah pandai baca doa tidur sendiri.
Wahhh terharunya rasa.
Berkat sama2 baca doa tidur dengan dia tiap2 malam.
Last2 pandai sendiri. Syukur..

Bagi orang lain mungkin biasa2.
Tapi bagi kita anak sendiri pandai benda2 camni touching sangat tau.
Semoga Daim membesar dengan sihat, cerdik, kaya, berjaya dan memberi manfaat kepada orang lain.
Aaaaminn.

**************************************************************

Sebelum Tidur Bacalah Doa :

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

Bismikallahumma ahya wa amut

Ertinya :
Dengan nama-Mu ya Allah aku hidup dan mati

Tuesday, July 2, 2019

Marhaban dan Jamuan Raya Pusat Bahasa Pelangi

30 June 2019
8 malam
Bertempat di Pusat Bahasa Pelangi Taman Universiti

Majlis tahunan
Marhaban dan Jamuan Raya Pusat Bahasa Pelangi.
Khas untuk staffs, guru2 dan students Pusat Bahasa Pelangi.
Konsep Potluck.

Walaupun ada antara pelajar dah datang beraya rumah kami, tapi acara tahunan ni tetap akan diadakan juga. Sebab tu ada antara mereka2 ni 3 kali tau dapat duit raya daripada kami. 2 kali dirumah kami, 1 kali di Pusat Bahasa Pelangi. Hahah...Mudah rezeki korang kan.

Kalau dah nama budak2, menu fast food wajib ada.
Pizza, KFC, nuggets memang kejap je licin.
Tak sampai 10 minit tengok dah habis KFC dan pizzanya..
Haha

Terima kasih kepada semua ibu bapa yang sponsor macam2 makanan ni..

Setiap bekas tuppeware tu letak je, terus kena tulis nama..
Kalau tak nanti balik, semua tak nak ngaku bekas tuppeware masing2..

Macam2 juadah..
Tak tersebut rasanya..

Setting untuk marhaban

Sesi bermarhaban..

Tunggu turn ambil makanan..

Bulan Syawal, bulan dilimpahi makanan..

Kadang2 pabila banyak sangat makanan, sampai tak tahu nak ambil yang mana dulu..hihi

Jemput2 semua, walaupun kuih jemput2nya tak ada..hihi

Nak juga boss enterframe..

Sambil2 makan, sambil2 eratkan silaturahim...

Tapi jujurnya budak2 memang tak suka kuih talam kan..
Selalu kalau buat makan2 dengan budak2, kuih talam lah paling tak luak sekali..

5 calon pakaian terbaik/unik, kena buat persembahan untuk menentukan 3 pemenang terbaik.
Hah ni pemenang no 1..
Buat persembahan silat.
Dapat duit Raya RM100

Ni pula pemenang no 2.
Buat persembahan taskirah.
Hah tu dah menang, terus sujud syukur dia..
Dapat duit Raya RM50

Ni pemenang no 3.
Buat persembahan zapin.
Dapatlah duit raya RM20.

Wohooo...giliran 5 calon perempuan pula buat persembahan..
Ni buat persembahan pusing2 macam princess..
Sesuai dah tu baju cenggitu..

Oh my..ni buat persembahan lompat2 aje...aiyoyo..
But good try..

Sharon ni pula buat persembahan budak cute..

Puteri buat persembahan dondang sayang..

Dan Aleesya buat persembahan rap..
Dan dia lah pemenang No 1..
Dapat duit Raya RM100

Pemenang no 2.
Dapat duit raya RM50

Then, persembahan dari pelajar2 lelaki tingkatan 5 untuk semua guru2 Pusat Bahasa Pelangi.

Sebelum balik, sesi bagi duit raya kepada semua pelajar2..

Yahooo...
Syoknya raya bersama Pusat Bahasa Pelangi..

InsyaAllah, tahun depan umur panjang kami buat lagi..

Again, terima kasih kepada semua yang hadir dan sponsor makanan.

Video untuk kenang-kenangan tatapan masa depan.
Kalau nak tgk persembahan students dan cikgu2 pun dapat duit raya, sila2lah klik ya.

Terima kasih kerana sudi singgah blog ni.