Cuti sekolah yang lepas, kami telah ke Pulau Tinggi..
Eh Pulau Tinggi lagi?
Ya, setelah 11 bulan, kami kembali lagi..
Kalau April tahun lepas kami bawa staffs CocoDamia bercuti di pulau ni (boleh tengok entry ni), kalini kami pergi dengan pelajar2 SPM 2018 yang telah dapat keputusan masing2 baru2 ni.
Kiranya sama2 meraikan lepasnya azab menunggu keputusan ya.
Btw percutian 3 hari 2 malam kalini dirancang penuh oleh mereka semua.
Kami hanya bayar dan ikut sahaja.
Detailsnya akan dicerita pada next entry..
Cuma untuk highligh kalini saya fokus untuk cerita island hopping jelajah 5 pulau sahaja..
*******************************************************************************
Pulau 1
Pulau Sibu Kukus
Untuk hiking dan snorkelling..
Ni pulau pertama yang kami sampai..
Memang ramai orang haritu..
Ramai dengan yang day trip..
Kebetulan cuti sekolah kan..
Nampak tak jari yang ayah damia tunjuk tu..
Diaorg kena hiking sampai kat atas tu..
Dah sampai atas tu, fuhhh berbaloi2 nak ambil gambar dari atas sana sebab suasana cantik sangat.
Estimated nak hiking sampai ke atas 20 minit.
Tapi family kami tak nak hiking..
Tak sanggup nak dukung Daim sampai ke atas sana pula kalini..haha
So kami snorkelling je lah kat pantai Pulau Sibu Kukus ni..
Aksi2 pelajar lepas turun dari hiking..
Relakss je diaorg, tak nampak semput langsung..
Ok kamu semua masih muda...hihi..
**************************************************************************
Pulau 2
Pulau Tetek
Untuk ambil2 gambar sebagai memories
Harap maklum kenapa namanya Pulau Tetek..haha
So speed boat akan berhenti kat area kawasan ni semata2 untuk kami semua ambil gambar sahaja..
Kemudian boat akan lalu kat tengah2 lurah tu..opss..
********************************************************************
Pulau 3
Pulau Lima
Untuk Cave adventure & snorkelling
Ni pula Gua Tembus
Terletak di Pulau Lima..
Sepatutnya kami snorkelling terjun kat laut terus dari sini..
Tapi ombak kuat dan laut bergelora masa tu...
So bahaya..Masa nak ambil gambar kat sini pun masing2 dah pening..
Sebab bot goyang2 kuat..
Dan sepatutnya juga kami kena cave adventure kat dalam Gua Tembus tu..
Tapi memandangkan ombak kuat...
Bahaya pula, so cancel masuk gua tu..
******************************************************************************
Pulau 4
Pulau Mentinggi
Untuk lunch buffet & snorkelling
Sebenarnya Pulau ni kami dah pernah datang tahun lepas..
Pulau yang video Daim viral merata2 kat FB & IG..
Orang ambil video tu buat promote datang bercuti kat Pulau ni..
Tahun lepas kami datang Pulau ni luas, kalini sempit pula tempat lepak2 kat pulau ni sebab air pasang sangat2..
Ikan pun tak banyak sangat kami nampak kalini..
Mungkin sebab air pasang dan ramai sangat orang..
Ikan pun malu2 nak lalu depan kami..
Lepas masing2 snorkelling..
So ambil gambar ramai2 sebagai kenangan dulu..
18 orang total kalini..
Tu pun ramai lagi yang tak leh join trip ni..
Sebab cuti sekolah kan...masing2 ada hal masing2..
Snorkelling lagi..
Lepas tu makanan pun sampai ..
So apa lagi, terus masing2 berhenti snorkelling dan tak sabar nak makan..
Masing2 dah kelaparan sebenarnya tu..
Buffet lunch tengah2 Pulau yang tak ada orang..
Memang asyikkkkkkkk sangatttt..walaupun panas ceng ceng...haha
Kena pula menu sedap kari daging, sayur kubis goreng, telur dadar dan ayam masak kicap..
Tak pandang orang kiri kanan dah..haha
Happy, seronok, excited semua adalah bagi mereka..
Kat pulau ni paling lama berhenti..
Dari jam 1 sampai jam 3 lebih kurang..
****************************************************************************
Pulau 5
Pulau Tinggi
Untuk jungle trekking & nikmati waterfall
Yang ni memang kami sekeluarga nak skip sebab dah penat sangat + dah pernah pergi tahun lepas (baca sini) + dan menurut tour guide kami, waterfall airnya mungkin kering sebab cuaca panas sangat sekarang.
Tapi tak sangka budak2 pun nak skip sekali..haha..dah penat kata mereka..
So snorkelling depan chalet je lah jawabnya..
Tapi ramai yang terus masuk bilik tidur termasuklah kami...kiki..
Tak larat sebab cuaca panas yang amat sangat..
Mencari lobster di pantai depan chalet..
So itulah pengalaman kami island hopping jelajah 5 pulau di Mersing..
Nanti sambung tulis cerita penuh 3 hari 2 malam pula ya..
Happy reading..
::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::
No comments:
Post a Comment