Thursday, March 21, 2019

Jungle Trekking & Air Terjun di Pulau Tinggi


Dah nak dekat setahun (11 bulan sebenarnya), baru sempat godek2 gambar nak siapkan entry day 2 kat Pulau Tinggi ni..

Untuk day 1, boleh baca kat sini ya..


Day 2

Bangun pagi2 semua kengkonon nak tengok sunrise..
Puas menunggu, tapi sunrise tak munculkan diri pula..


Sudahnya kita posing2 je lah area situ..
Cantik tempat ni...dah macam lukisan kanvas pula gambarnya..


Sebelah Mak Su Chalet ni Tad Marine Resort..
Boleh je nak gi jalan2 area resort ni..


Bergambar atas yatch pula..
Tunjuk apa tu..


Berdua pun nak juga posing..


Lepas sahaja breakfast, kami semua pun ready nak jungle trekking dan menuju ke Air Terjun Pulau Tinggi


Baru je sekejap merentas, dah penat...
So posing dulu lah..


Hilang penat dan lelah tatkala sampai di kawasan air terjun ni..
Bunyi yang sangat mendamaikan..
Bau air terjun yang menenangkan..
Boleh tengok full video kat bawah..


Bukan senang juga nak turun ke kawasan air terjun ni..


Nampak cetek, tapi kat tempat air terjun turun tu, tenggelam juga paras kepala ni..
So semua tak berani nak main kat situ..


Ayah Damia cakap sampai tempat dia berdiri tu je boleh main air..
Takut nanti tak perasan syok sangat main air sampai ke hujung sana pula...


Syokkkkkkkk sangat main air terjun jarang2 kan..
Sejukkkknya Ya Ampunnn....


Video dari mula2 kami jungle trekking hingga jumpa air terjun..


Dekat 4 jam juga kami dalam hutan tu..
Lepas tu sampai2 je bilik masing2 semua dah kepenatan..
Rehat kejap, mandi dan kemas2 barang, terus ke cafe untuk lunch..
Lepas tu check out..


Sementara tunggu speed boat sampai..
Apa lagi feeling2 lah posing sana sini...:-}


Walaupun panas terik, boleh tahan kuat juga anginnya..


Ok bagi chancelah kami wefie..


Eh ada lagi gambar wefie..


Otw nak balik ke Jeti Tanjung Leman.

Bye bye Pulau Tinggi..
Ada peluang dan rezeki, kami datang lagi..

Alhamdulillah..
Objektif company bawa staffs bercuti untuk berehat dan jauh dari kesibukan tercapai.
Yang penting kami dapat privacy disini dan layanan memang Superb.
Syukur..

:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: