Thursday, February 21, 2019

Resepi Cempedak Goreng Rangup



Rasanya dalam banyak2 kali goreng pisang dan cempedak, resepi kalini paling best dan rangup. Tidak syak lagi! Kerana Ayah Damia pun puji. Siap tanya tepung beli siap atau bancuh sendiri. Dengan bangga isterinya memberitahu, tepung bancuh sendiri lah bang.. Hihi.. 


Buah cempedak yang tak berapa besar.. Tapi bolehlah nak makan sekeluarga. Isi pun tak berapa banyak, korek2 dapatlah dalam sepinggan besar juga. 


Masa menggoreng lagi dah berbau harum 1 rumah. 
Dan kejadian gorengan pun cantik terletak je.. 
Haha.. Puji diri sendiri pula.. 


Fuhh menusuk jiwa sungguh cempedak goreng kalini.. Terharu diri sendiri sebab kombinasi cantik + rangup + sedap. Haha.. Masuk bakul lagi! Harap bertahan uolss baca nak sampai ke resepi ni.. 


Kombinasi yang sangat paduuuu.. 
Cempedak goreng vs Pengat durian..
Fuhhh..bergaduh2 bau 2 tu kat rumah ni.. Kejap bau durian, kejap bau cempedak.. Kiki
Both Damias yang baru balik dari Sekolah agama tak nyempat2 nak buka baju dan tudung, terus ngap! Hihi.. 


Ok lah ok lah.. 
Tiba masa untuk share resepi.. 

Bahan-bahan bancuhan tepung:

2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit untuk bagi warna menyerlah
Air secukupnya (pandai2 adjust supaya tak pekat sangat dan tak cair sangat) 

Cara-cara membuatnya:

Campur kesemua bahan2 diatas, kacau sehingga sebati. Nak blen pun boleh je lagi sebati kan. Tapi kalau guna jari umphhh bancuhan tadi lagi sedap. Kata air tangan kan.. Kah kah.. Ok ok dah bancuh tepung, masukkan cempedak semua dan gaul2 dalam mangkuk bagi rata. Tunggu minyak masak panas betul, barulah goreng hingga kekuningan. Api sederhana besar je ya. Ok selamat mencuba! 




:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: