Tuesday, February 12, 2019

First time bawa anak-anak masuk stadium tengok perlawanan bola



Jumaat lepas (8/2/19), kira penghujung cuti sekolah dah, ayah Damia ajak kami semua tengok perlawanan bola kat Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Larkin. Tujuan utamanya adalah nak bagi anak-anak pengalaman macam mana suasana dalam stadium sebenar. Kebetulan cuti sekolah masih berbaki 1 hari, ok lah bawa anak-anak santai2 tengok bola kan. Beli tiket pun walk in je. Alhamdulillah tiket masih ada. Perlawanan Liga Malaysia antara JDT dan Kuala Lumpur bermula jam 9 malam. Maka sempatlah kami solat maghrib dulu sebelum masuk ke dalam stadium. Harga tiket pun murah je. RM 10 seorang.


Sebelum masuk dalam stadium, singgahlah kat gerai2 kat tepi stadium tu untuk beli makanan dan minuman sedikit. Buat hilang boring dan alas perut orang kata.  Amboiiii Daim....Bola belum start perlawanan, dia dah jadi pengulas dulu ya..hihi


Dah ada gaya coach nampaknya tu..


Excitednya Daim..tapi bolanya tak start2 lagi...hihi


Wefie bukti kami dah jejakkan kaki kat stadium Larkin ni..


Kadang2 bergambar berdua lebih baik kan..ngeh ngeh..
Hamboii..yang belakang kami tu bukan main ready nya..


Ayah Mi (adik ayah damia) pun join sekali..


Kerusi belakang kami tu 1/2 jam lewat orangnya sampai..
Nasib baik kawan/saudaranya dah chopppp kan tempat duduknya awal2..
Kalau tak memang duduk atas lantai lah..


Agak mencabar juga bawa si Daim tengok bola hampir 3 jam tu..
Time gollllllll, bersorak sakan dia..
Tapi time boring, tak leh duduk diam dia..
Kejap kesana...kejap kesini..
Tapi still under control lagi..


B.O.S kat depan tu..
Semangat team B.O.S ni lain macam..
Sentiasa menyanyi dalam stadium bagi semangat kat semua pemain dan penonton..


Yeayyy....JDT menang dengan mata 4 -1..
Berbaloi2 kami semua tengok bola haritu..


Wahhh..
Untung ada treatment SPA percuma kat stadium ni :-)
Lagi gamat stadium, lagi kuat tumbukan...

So missiom accomplished!

:Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: