Dah lama tak berkonvoi..
Rindu dengan aktiviti berkonvoi seperti beberapa tahun lepas.
Kali ini ayah damia yang cadangkan untuk berkonvoi dalam group whatappsnya.
Bukan dengan orang lain pun, masih sama dengan geng-geng konvoi yang lepas.
Cuma yang bezanya masing2 dah upgrade kereta.
Ada yang upgarde BMW, Velfire, Mercedes, dan rata2nya ramai yang guna Odyssey.
Tak kira apa jua kereta yang digunakan, ukhwah silaturahim dan persahabatan tetap utuh seperti dulu.
Cuma kadang2 kekangan masa yang menyebabkan ayah damia jarang2 turun TT.
Berkumpul di Petronas Tol Skudai jam 5 petang. Jam 5:45 petang gerak ke Pontian.
Kerana disitulah destinasi kami makan makanan tradisi Bugis ni.
Kami sampai lebih kurang jam 7 petang.
Warungnya bukan besar mana tetapi susun atur kerusi meja serta cahaya lampu membuatkan kedai ini nampak sangat luas. Terletak betul2 dihadapan hospital Pontian.
Antara menu utama di sini adalah ketupat, burasak dan pulut lui. Paling femes Burasak lah.
Burasak ni adalah dibuat daripada beras dan santan. Dibuat separuh masak dan kemudian dileperkan atas daun pisang. Kemudian dikukus. Memang sedap lemak-lemak rasanya.
Boleh dimakan bersama dengan kari ayam, rendang daging atau serunding.
Kuah kacang tu boleh dimakan bersama ketupat.
Kuah lontong juga turut boleh dimakan bersama ketupat.
Dan yang paling best sekali, Burasak dimakan dengan asam pedas ikan parang.
Fuhhh, memang tak tengok kiri kanan kalau makan ni.
Sebab ralit membuang tulang ikan parang tu. Hihi..
Tapi jujurnya memang sedap semua makanan kat sini.
Sekali sekala ubah selera asyik makan nasi time berbuka kan.
Tapi burasak pun asal nasi juga kan..kiki
Suasana yang meriah. 14 buah kereta konvoi ramai-ramai.
Anggaran 70 orang iftar bersama disini.
Best best, sementara tunggu masuk waktu azan, masing2 berborak sesama mereka.
Ayah Damia selaku pengerusi (lebih kuranglah) untuk program ni.
Dan En Mymad pula selaku AJK makanan yang mana tolong kami booking tempat ni.
Lagipun En Mymad tu dah memang duduk Pontian.
Hah tu gambar saya bersama both Damias.
Pabila kawan2 lama tak jumpa, mulalah gelak besar ya.
Hah ni diaorg lepak2 lepas solat maghrib.
Tak habis2 lagi berborak tu.
Walaupun warung, tapi nampak class dan selesa kan.
Makanan semua dah siap hidang.
No need bangun-bangun ambil makanan.
Makan dengan senang hati je.Hihi..
Gambar dari panorama Iphone.
Macam ni lah rupa keseluruhan warung ni.
Kat hujung tu ada lebih kurang 20 budak2 MRSM datang berbuka kat situ jugak.
Boleh pulak terjumpa ejen Krukk Krakk, Puan Azua yang bawa budak2 MRSM tu makan kat situ.
Oh ya ada gambar2 kat atas tu saya cilok dari whatapps ayah damia.:-))
Ruang solat adalah disediakan dirumah owner warung tu sendiri.
Memang luaslah kan sebab rumah kampung.
Habis je solat, tengok budak2 bukan main meriah lagi main bunga api.
Both Damia pula main mercun pop-pop tu.
Dah rasa macam esok nak raya!
Dan Alhamdulillah, rezeki saya dapat tapau lebihan iftar kami hari tersebut.
TQ Lina bagi kat ayu.
Balik rumah terus moreh makan burasak lagi.
Kikiki. Ini memang betul2 sedap kan.
Rugi tak makan banyak2 sebab lepas ni belum tentu jumpa lagi.
Dan lepas tu masing2 bersurai.
Ada yang hantar anak balik MRSM.
Ada yang singgah masjid solat terawih.
Ada yang gi membeli belah.
Dan ada yang balik rumah masing-masing.
Insyallah, jika tiada aral lintang, bulan 12 ni ada konvoi lagi!!!