Friday, March 8, 2013

Selamat Ulang Tahun ke 33 buat ADAM saya!!!



Selamat Ulang Tahun buat suami tercinta..
Semoga panjang umur, bertambah-tambah rezeki, sukses dalam perniagaan dan tetap menjadi imam yang baik dunia & akhirat utk keluarga kecil kita ini. Bimbinglah keluarga kita menuju keluarga SAKINNAH, MAWARDDAH & WARRAHMAH. Sesungguhnya sayang doakan doa-doa abang di Madinah & Mekah tempohari dimakbulkan olehNYA...AMINN



Dan sesungguhnya hanya abang lah ADAM di hati sayang..
Semoga Allah makbulkan jua doa sayang supaya dapat dipertemukan kembali cinta kita di Syurga nanti....Insyallah..
Aminn..




p/s: Jabal Rahmah yang bererti bukit penuh rahmat, selalu dipenuhi peziarah kerana mempunyai sejarah penting dalam Islam.

Dikisahkan, di bukit inilah Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi. Konon, di tempat ini merupakan tempat terbaik untuk berdoa meminta jodoh.

Dikatakan, apabila seseorang berdoa di atas bukit ini untuk meminta pendamping hidup, nescaya doanya dikabulkan Allah. Wallahualam. 




Nota Kaki:
:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

No comments: