Friday, November 30, 2012

Pantai Teluk Kemang, PD

Updated blog sambil tgk deruan ombak di pantai Port Dickson..;))





Suka betul both Damias dapat main pasir..





Ibu dan Aleesya main tepi tepi pantai jer..:))

P/s: Alhamdulillah... Seronok dapat berceloteh ngan mak yg baru balik mengerjakan Haji. Semoga saya dapat menumpang keberkatannya.

- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Ada apa di Underwater World Singapore???

Masa mula2 masuk sini, hati terdetik
"Eh lebih kurang jer dengan Aquaria KLCC"
Cuma maybe Aquaria KLCC dalam bangunan besar..
Yang Underwater World ni dalam tanah kawasan dia sendiri.

Lepas kami habis tengok Dolphin Show, maka perjalanan utk explore hidupan2 dalam Water World ni pun bermula...BTW yg terlebih excited mestilah both Damias kan...sebab umur2 macam diaorg ni, memang sangat excited nak kenal binatang2 yang biasa mereka tengok dalam buku atau TV...



Kelihatan petugas ingin membersihkan kolam anak ikan jerung..


Ya, anak jerung ya, bukan mak bapak jerung...hihi


Macam2 spesis jerung ada..


Sting Ray a.k.a ikan pari
Yang ni ada corak2 kat badan..
Perghhh besar bennar saiznya..


Ikan pari biasa...besar juga saiznya..


Beramah mesra dengan ikan2 kecil ni..
Boleh masukkan tangan dalam cermin kecil yang disediakan..
Kata beramah mesra kan..
Haruslah salam dihulurkan..hihi


Ikan emas kot...
Pun boleh beramah mesra juga..


Sea horse..
cantik2 erkk sea horse ni..


Teruja both Damias..


Scorpionfish namanya..
Macam terumbu karang pulak..



Aleesya yang rajin nak tolak buggy adik..


Penyu berenang2..


Macam2 spesis ikan ada..


Masuk bilik beku..
Cer tengok suhunya tu..
Haishhh masuk kejap jer, sebab takut both Damias tak tahan sejuk..


Rupa2nya ada sea angel dalam tu..


Paling mengerikan..
Wujud rupanya octapus ni yer..
Duduk diam jer dia..
Tapi mata bukan main buntang tgk org tau..



Besar yang teramat spider crab ni..



Nampak macam mainan, walhal gerak2 tu..haishhh mana lah diaorg jumpa binatang2 dan hidupan2 ni ya??


Ada petugas sedang bersihkan aquarium yang besar bangat tu..


Penyu malas nak berenang....kesian tgk..


Hah ni baru mak bapak jerung...
Bukan main aktif lagi ya..


Sama terowong macam dalam Aquaria KLCC..


Enterframe..


Dengan my sweetie..


Jelly fish..
cantiknya tgk jelly fish ni kembang kuncup kembang kuncup..


Yang ni warna putih..


Hidupan ni macam pandai menyamar jer..
Memula tu ingatkan rumpai atau daun2..sekali tgk..alahai..hidupan laaa..


Petugas bersihkan aquarium lagi..


Happy dapat bawa anak2 datang sini


Aleesya monyok sebab lapar...sabo jer lah...


Finally sampai sini sudah!!!

Tempat parking kereta kami..
Btw kalau tak nak masuk dengan kereta di Sentosa Islands ni, boleh masuk dengan menggunakan cabel car dari Vivo City...so best dapat tgk Singapore Cruise dari atas..


Antara bangunan yang unik terdapat di Singapore.
Ni saya snap2 dari tempat letak kereta..
Unikkan bangunan tu..

Tamat sudah cerita kami di Underwater World..
Walaupun masa singkat tapi happy sebab dapat gembirakan anak2 masa cuti sekolah disamping dapat menambahkan ilmu kepada mereka. You know what, sekarang mereka pun asyik sebut Dolphin, Sea lion dan nama2 binatang lain setiap kali mereka ternampak binatang tu dalam Animal Planet Channel..

TQ for viewing gambar yang banyak di atas..:))





:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Thursday, November 29, 2012

Tragedi di Secret Recipe


Semalam waktu lunch dah tak tau nak makan mana..
Walaupun kat bawah office tu macam2 restoran ada, tapi agaknya dah boring sebab pagi2 pun confirm breakfast kat situ, so saja gi tukar angin jalan2 cari makan di Setia Tropika.

Alamakkk...salah waktulah kami ke Setia Tropika tu...waktu lunch sebab kul 1 lebih kan...rata2 restoran semua full house...ada masuk sebuah restoran tu, nama restoran tu MAKTOK...waiter siap cakap makanan lambat sampai..lebih kurang 30 minit hingga 1 jam baru sampai...perghhh...last2 decided makan kat Secret Recepi jer lah...tu pun awal2 kena menunggu kat luar jugak sebab kat dalam tempat aircond penuhhh....

Oh yer baru teringat rupa2nya kawasan sini penuh dengan org keje gomen datang makan..rata2 keje imigresen dan kastam...


Nak dijadikan cerita, masa tengah tunggu makanan sampai, Ayyunie ntah cam mana boleh tertumpahkan segelas ice lemon tea pulak...bukan tumpah arah dia pulak tu, tumpah arah org yang duduk meja sebelah...dahlah org yang duduk meja sebelah tu dekat jer ngan meja kitaorg...habis basah kain baju kurung dia...alamakk...malunya saya...tapi basah hujung2 jer lah...bukan basah sekaligus..

Dah tu tetiba pulak Ayyunie nangis tau..tak ada org marah dia pun...nasib baik nangis tak kuat...si ayah dah sibuk memujuk....lepas order segelas air baru barulah Ayyunie senyap nangis...Ayyunie Ayyunie...dalam hati ada taman gitu...ye lah kami pun tak marah sebab Ayyunie tak sengaja kan..Bukannya dia tengah main2 air tu atau minum apa...hihi

Dah tu masa nak balik tu, saya ringankan mulut say sorry kepada org yang terkena percikkan air yang tumpah tu...diaorg ok jer...siap pegang2 pipi Ayyunie lagi...Ayyunie dah malu2...haishhh....


Menu Aleesya makan sorang2...
Perghhh dasyat Aleesya weii..kalau chicken chop atau apa2 yang berasaskan ayam dan mayonis...memang feveret dia ni..


Ibu share ngan ayah damia..
Noodle Tom Yam Kung..
Forever Feveret di Secret Recipe..


Menu budak nangis tadi...nangis2 pun habis tau dia makan...hihi..

Mutiara kata: Nak marah anak biarlah bertempat..:))



- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

RM99 sahaja utk 2D1N di Glory Beach Resort!!!

Wowww murahnya!!!
Kalau semalam rata2 updated kat blog dan FB tentang RM150 utk Gold Coast Morib...
Harini RM99 utk Glory Beach Resort pula..

Tapi apa2 promotion semestinya tak boleh weekends..
Semuanya kena weekdays..kalau yang boleh apply cuti awal2 sehari dari tarikh Public Holiday atau weekends tu, untunglah..

Saya semestinya tak boleh dah nak beli voucher2 ni..sah sah weekdays bekerja kan..so incase kalau last minute punya perancangan nak stay hotel, still booking via agoda.com berbanding kalau walk in agak mahal ie ikut harga published rate. 


Baru pagi tadi dapat email ni...tak ada org yang beli lagi pun..



Antara terma dan syaratnya..
Wahhh dah boleh stay bermula 5 December..
Yang mana masih bercuti atau boleh apply cuti tu, boleh ler bawa anak2 ke sini..:))

p/s: Dulu saya membesar di PD..rumah mak beli kat PD pun dekat jer dengan Glory Beach ni (disewakan)....rumah abang kat PD pun sama dekat jer (rumah sekarang)...dulu rumah abang saya belakang Glory Beach jer..kalau gi rumah abang mesti petang2 jalan kaki gi pantai Glory Beach ni..siap main pool dia lagi sebab dulu kawalan tak ketat kot...sekarang not sure...hihi..dan yang best sekali pernah dipanggil temuduga kat Glory Beach Resort after Degree dulu (bahagian management)...yang tak bestnya sebab kena pergi kursus 3 bulan kat mana ntah dah lupa...walhal saya cari kerja sementara tunggu nak sambung master masa tu..so saya reject...hihi

p/s: Dulu masa cuti2 Malaysia (31 Mei 2009) lepas lahirkan Ayyunie, pernah stay hotel ni..
Boleh tgk kat link bawah










:::Setiap penulisan sekadar ingin berkongsi saat-saat kemanisan, ilmu, info atau pengajaran yang diperoleh dalam menjalani kehidupan sementara menuju ke Alam yang kekal. Mohon maaf andai kata setiap bait-bait penulisan mencetuskan perasaan iri hati, riak atau ketidaksempurnaan. Sesungguhnya saya juga tidak lari dari sebarang kesilapan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Maafkan saya sekali lagi:::

Wednesday, November 28, 2012

Alhamdulillah, selamat touch down KLIA dari Jeddah

Lebih kurang jam 12:30 tengahari tadi, mak selamat tiba di KLIA dari Jeddah. Alhamdulillah..

Tapi saya tak sempat nak jumpa mak kat KLIA sebab harini dan esok kerja. BTW sepatutnya mak akan terus balik ke Kelantan naik FireFly harini juga. Tapi disebabkan abang saya yg duduk PD dah jemput mak di KLIA, so mak akan balik PD dulu dan saya akan jumpa mak jumaat ni di PD.. Yeayyyy

Oh yer mak pun teragak2 juga nak burn tiket tu sebab saya yg belikan tiket tu utk mak. Saya cakap ok jer mak burn tiket tu janji boleh jumpa mak dalam masa terdekat ni. Apalah sangat nilai duit tu jika dibandingkan dengan jumpa mak utk tumpang keberkatan mak yang baru pulang dari tempat suci kan.

Ok lah hati berbunga2 weekend ni dapat jumpa mak dan dapat gi MAHA di KL..




- Posted using BlogPress from zarina ayu my iPhone

Dolphin Show @ Underwater World Singapore

Sambungan dari jalan-jalan Singapore rabu lepas...

Underwater World ni terletak dalam Sentosa Island
Tak susah pun nak pergi sini, sebab signboard memang merata2 ada pabila berada dalam Empayar Sentosa Island ni...Tapi apa2 pun kami tetap pengguna GPS yang tegar...hihi..

Ok lah..Jom layan gambar2 kami semasa Dolphin Show ni..
Kebetulan masa mula2 kami sampai tu lagi 15 minit nak jam 4 petang.
Kebetulan juga Dolphin Show start jam 4 petang..
So kami terus ke Show senang...


Kami masuk ikut belakang..
Hihi...maksudnya kat tempat letak kereta belakang...
Lepas jumpa cafe, terus jumpa kedai cenderamata ni..
Masa ni tunggu ayah Damia ambil Buggy dalam kereta..
Ayyunie ngada2 pulak nak duduk dalam buggy..


Dekat main entrance..
Kebetulan juga masa ni ada org tengah bersihkan aquarium bentuk silinder..
Ramai kanak2 yang excited tgk penyelam ni bersihkan aquarium tu..


Aleesya n Ayyunie pun sama teruja tgk...


Yeayyy dah sampai tempat Dolphin Show..
Wahhh ramainya org..


Padahal bukan weekends atau public holiday..
Tapi kenapa ramai org???



Sementara tunggu show bermula, ada juga org jual popcorn dan ice cream serta eneka drinks..
Nak dijadikan cerita...first time seumur hidup kami TERbeli popcorm masin..huaaa..
Dalam keterpaksaan makanlah juga walaupun tak best...hihi


 Memang ramai betul orang..
Tapikan tapikan..yang paling ramai sekali kaum india atau bangladesh..
Wahhh sana sini naik boleh jumpa kaum mereka tau..
Agaknya malam tadi (hari kejadian) Bangladesh menang seri 1 sama dengan Malaysia, so bagi meraikan mereka jalan2 Singapore kot...haha..tu pendapat saya sahaja...Don't Hard Feeling ya..Boleh tgk dalam gambar kat atas betapa ramainya mereka haritu..


Punyalah ramai org haritu..
Nasib baik kami masuk awal 15 minit..
Kalau tak kena tahan macam diaorg yang tunggu kat atas tu..
Siap kena tunggu lagi sementara petugas arrange kan tempat duduk utk mereka..
Last2 nasib baik boleh masuk duduk kat bahagian tangga dan ada separuhnya berdiri di bahagian belakang...


Ok, show dah bermula...
Dimulakan dengan aksi2 comel Dolphin yang menyambut kedatangan kami semua..


Lepas tu macam2 aksi dibuat oleh dolphin2 ni..


Selang beberapa minit kemudian, ada pula persembahan sea lion...wahhh macam2 aksi sea lion ni buat, gaya merajuk, gaya excited, gaya sedih pun ada..


Sea lion nampak lebih friendly berbanding dolhphin tadi..


Sea lion dihadapan kami..


Lincah betul aksi2 sea lion ni..


Memang pandai mengambil hati para penonton..
Tak jemu kita menontonnya.


Lepas tu sambung lagi dengan aksi2 lincah Dolphin pula..


Terro kan..hihi..
Nama pun buat aksi...:))


Sesi dolphin dan sea lion beramah mesra dengan para penonton


Show selama 30 minit..
Ok lah, kanak2 pun happy tgk aksi2 dolphin dan sea lion.
Tu gaya Dolphin ucapkan bye bye kepada para penonton...

Ok, nanti sambung lagi...:))






 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!