Friday, July 29, 2011

Cek Nuffnang dah sampai!!

Alhamdulillah...
Tak sangka betul..
Balik rumah tadi tgk2 ader cek nuffnang..
Rezeki nak sambut ramadan ni..
Boleh ler buat beli kuih raya dan kek lapis!!
Sample dah rasa pun ni..hehe


Cek ke-2 daripada Nuffnang..
1st cek dulu RM100++
2nd cek ni RM200++
Cash out kali ke3..kena tunggu RM300++ lah yer..hehe
Bila lah tu boleh cash out..BE pun jarang2 dah ader ni..


p/s: Alhamdulillah..walaupun RM200++ siapa nak bagi free kan...just menulis dalam blog jer pun..



 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Grand Finale Trudy & Teddy Contest || Please vote for DAMIA ALEESYA


Kawan kawan..
Masih ingat lagi tak gambar kat atas ni??
Ingat tak ibu pernah meraih undi gambar aleesya ni utk Trudy & Teddy Contest..
Masa tu hanya utk Semi Final sahaja...raih masa bulan Jan 2011 yang lepas..
Dan alhamdulilah Aleesya menang dapat No 1 masa tu..
Keputusan penuh boleh tgk kat link bawah:

http://ibuayahdamia.blogspot.com/2011/02/official-announcement-from-trudy-teddy.html

Dan kini, ibu nak minta kawan2 sekali lagi vote gambar Aleesya ni..
Sebabnya inilah saat2 yang ditunggukan oleh para pemenang utk 4 quarter ni..
Maksudnya setiap quarter akan ader 3 pemenang..
So, utk merebut hadiah GRAND PRIZE ni, 12 pemenang bagi keseluruhan quarter akan meraih undi lagi...aduss..

Jadi minta jasa baik semua kawan2 sudi-sudikan lah tekan "LIKE" kat photo aleesya ni..
Caranya senang sahaja..

1. Mula2 klik LIKE kat Fanpages Trudy & Teddy

https://www.facebook.com/pages/Trudy-Teddy/108879074770

2. Kemudian klik LIKE pula pada photo Damia Aleesya..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150260876804771&set=a.10150260876679771.342816.108879074770&type=1&theater

Diharap kawan2 semua dapat/sudi luangkan masa utk undi damia aleesya...bukan senang aleesya nak tergolong dalam kategori ni...sebab aleesya lah satu2nya calon melayu yang bertanding dengan 11 lagi peserta lain...Dan moga2 kalini rezeki berpihak kepada Aleesya lagi setelah lama tak join contest montest ni..
Aminn...mudah-mudahan..

p/s: Insyallah...kalau rezeki/ kemenangan berpihak kepada damia aleesya...mungkin akan ader juga rezeki yang boleh dikongsikan bersama dengan anda..siapa tau mungkin anda juga akan dapat Produk Trudy & Teddy...





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Makan di Haven @ Look Out Point!!!

 Fuhhh...tak sangka akhirnya sampai jua makan2 kat sini...
Dasyat youuu restoran dia..
Kat puncak ooo restoran dia ni..
Rasanya macam pernah terbaca blogger mana yer yang pernah citer dia pi makan2 kat Haven ni..
Siapa yer??

Details later!!!

Nak tau betapa cantiknya view kat sini masa makan2..


Cantikkan..sambil makan sambil tgk view..
No wonder nama tempat ni
LOOK OUT POINT!!

 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Thursday, July 28, 2011

Wasiat Terakhir !!

 Ntah macam mana semalam..
Datang kesedaran utk saya daftar WASIAT TERAKHIR..
Bersama AMANAH RAYA BERHAD..

Walaupun saya ni tak der lah banyak harta nak diwasiatkan..
Tapi memandangkan saya ader akaun-akaun business..
Pun penting juga untuk daftarkan tu..
Manalah tau kan..andai kata ader sesuatu menimpa...
Sekurang2nya duit dalam akaun2 syarikat tu terjamin jua siapa hak pemilik mutlaknya....
Terutama utk waris2 mutlak saya!!!

Rasa sebak masa menandatangani WASIAT TERAKHIR tu..
Ntahlah..macam2 fikir terutama anak2..
Sekurang2nya kalau saya PULANG...ada juga bekalan utk anak2 saya hidup dgn tenang..


Borang yang saya tandatangan semalam
Ada lagi satu borang kena isi declare harta kita..
Huhuhu..macam lah banyak harta nak declare kan...
Tak pe..yang pasti tanggungjawab saya kepada pewaris2 dah selesai...


p/s: Jangan susahkan waris kita utk tuntut harta!!!! Nampak tak urgent , tapi sangat important kan!!!

p/s: Sejak2 dah masuk umur 30-an ni, banyak memikirkan ke arah masa depan...alhamdulillah..maju setapak ke hadapan...





 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Wednesday, July 27, 2011

Edisi Terhad - Kebaya ibu dan anak sedondon!!!






Permintaan ramai!!
Nak ibu dan anak sedondon di pagi raya..
ZARINA AYU COLECTIONS realisasikan impian anda..
Kerana kami faham apa yang anda mahu..

Details harga COMBO SPECIAL RAYA!!

Terima kasih..

 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Shopping Raya Sakan @KL..


Check list:

Tudung raya - Dah
Baju melayu + samping - Dah
Telekung raya - Dah
Baju kurung Raya ke 2 & ke 3  - Dah
Gown aleesya 4 pasang - Dah
Gown Ayyunie 4 pasang - Dah
Handbag raya - Dah
Hanbag Raya utk mak, MIL dan mak saudara - Dah
Inner utk pakai Raya - Dah
Tuala Raya - Dah
After bath suit utk Raya - Dah
Pyjamas Raya both Damia - Dah
Baju kasual Raya ibu - Baru 2 helai..
Kerongsang Raya - Dah
Pin tudung Raya - Dah
Kasut Raya both damias - Dah
Oppsss..tiba2 pulak mesin jahit mini ader dalam gambar...:)

Walaupun rasa banyak yang DAHHHHHHHHHHHHHH...tapi sebenarnya masih banyak yang BELUMMMMMMMMMMMMMMMMM
Ni yang tak best ni, asyik over budget je...huhu
Dah berikat2 duit2 keluar pun, tetap rasa masih tak cukup...huhu
Apa2 pun memang best shopping KL kalini..
Walaupun terpaksa bersesak2 kat Jalan TAR dan Sogo..
Cuma kat Plaza GM jer dpt borong dengan tenang...:)

p/s: Uols dah shopping raya??
Berapa pula budget anda selalunya utk shopping raya???


Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Tuesday, July 26, 2011

Lagi best!!! Koleksi kebaya Zarina Ayu

Betul!!!
Lagi best!!
Sebab warna2 baru telah tiba..
Lagi best sebab koleksi kali ni boleh sedondon IBU dan ANAK!!!
Kepada yang berminat nak beli atau order..


Warna natural yang sangat sesuai digadingkan bersama ibu dan anak..


Warna maroon utk kelihatan klasik..

p/s: Kini impian anda utk sedondon dengan anak telah direalisasikan..
Untuk keterangan lanjut, boleh lihat di FB dan sms/call yer..

 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Monday, July 25, 2011

Safely Arriving!!!

Baru jer tiba dari KL..
Alhamdulillah..selamat sampai..


Hasil shopping, borong, shopping borong semalam dan harini..
Fuhh memang tak percaya!!!!!
Berikat2 duit keluar ooo..
Janji suka kan..hehe

p/s: Perghh balik2 tgk email banyak giler email yang request nak jadi pengedar!!Alhamdulillah....syukur kepada rezekiNYA...yang order online pun kena  settled awal2 esok ni...:)

Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

masih di kl

masih di Kl........agenda shopping2 raya diteruskan...




Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!

Friday, July 22, 2011

Percutian paling sikit gambar!!!


Apa yang boleh disimpulkan adalah percutian yang paling sikit snap2 gambar...
Sebab utama, both Damias kan demam..
So asyik nak bertempek kat kita jer lah kan..
Ke hulu ke hilir memang nak bertempek..

Kalau tak pun memang sengaja tinggalkan both Damias dalam bilik pabila ibu ader aktiviti games pada waktu petang...sebab both Damias tak berapa selesa sgt kalau org2 ramai ni..tu yg pegang kamera pun jarang2..alah tak pe...ramai lagi photographer lain yang snap2 gambar kami..:) cilok jer dari Forum dan FB...hehe

Ok lah gambar2 kat bawah ni di ambil secara random dari Kamera Gajah ibu..
Tapi mengikut susunan aktiviti kami hari tu..


Masa mula2 sampai...
Sempat lagi bergambar dengan aleesya yang demam..
Yg pasti 2-2 tetap maintain..


Actually tengahri tu kami dah makan kat Tengaroh 3..
Makan yang macam ala-ala kenduri kawen tu..
Wish Club yang aturkan makan tengahari kami
Tapi sebab both damias tak der selera nak makan..
Maka usaha si ayah cari KFC kat jeti ke Pualu Sibu tu..
Budak demam, ikutka  ajer selera mereka kan..


Dah lepas rehat2..lepas asar ader aktiviti sukan kat pantai..
Sebelum tu kami para isteri tgh sediakan minuman petang..
Kuih bawak masing2 dari rumah..
Kiranya macam pot luck jugak lah..
Memang meriah!!!!


Dah lepas lawan Volleyball dan futsal pantai..
Kami ke swimming pool pula..
Masa ni Aleesya tido.
So bawak ayyunie jer lah ke pool..
Ayyunie dah sihat sikit..
Aleesya pulak memang masih demam..


Makan malam actually own arragemnet..
Terpulang nak makan kat mana..
Tapi kami klik yg baik2 ni dah pakat2 nak buat BBQ sama2..hehe
Memang meriah ler..
Lebih kurang 7 family yang pakat2 buat BBQ ni kat belakang bilik..
Yg lain2..ader yg keluar makan malam, ader yang tapau jer dan lain2..


Gambar ni cerah berbanding yang atas sebab guna flash..
Memang semua cakap berjasa betul Electric BBQ ni tau..
Senang di bawa travel kemana2..


Masa ni baru bakar BBQ..
Banyak lagi makanan2 lain dan seafood2 lain..
Fuhhh jenuh nak habiskan..


Keesokan paginya both damias dah sihat sikit..
Lepas balik dari breakfast kat Cafe House Hotel..
Terus budak2 ni ajak terjun!!!
Kalini bibik yang jaga..


Swimming suit baru both damias..
Cantikkan...hehe


Aleesya siap buat aksi selam2 lagi tu..
Fuhhh dah sihat demam lah tu..


Lepas dah mandi2, siap2 nak check out dulu!!!
Pastu ader amik gambar ramai2..
Sebanyak 43 buah kereta wish yang menyertai "Weekends Drives" ni..
Memang havoc lah...hehe

p/s: Memang sikit betul snap2 gambar sepanjang 2D1N kat sana...kat atas tu antara yang terpilih...ada lagi lah dalam 20 keping yang tak beredit lagi..


p/s: Tunggu laporan penuh lah yer...banyak lagi citer2 best yang mana, kami wifes SOTHERN di belasah teruk masa main volleyball dan futsal pantai ole wifes CENTRAL!!!! huhu


 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!
 

Thursday, July 21, 2011

No rain, No Hot & No Thunderstrom|| Jom main GOLF!!!

Wah wah..
Senangnya nak main golf sekarang..
Tak payah panas2, tak payah kena hujan, tak payah takut ribut..
Boleh main macam biasa...

Btw kat JB ni rasanya baru lagi main golf secara simulator ni..
Rasanya ni tempat pertama kat JB ni ada kot..
Tak sure pulak kalau negeri2 lain dah lama wujud Golf Simulator ni kan..



See!!! Senangkan..
Mengikut pengalaman org yang main golf kat sini..
Feel dia sama jer main kat padang golf betul..

 

Ni screen dia..

Boleh pilih nak main kat negara mana tu..
Dasyat dasyat!!

Choose more than 48 course worldwide


Kalau yang baru nak berjinak2 main golf tu..
Tak yah beli dulu aksesori tak pe.
Sebab kat sini boleh sewa sekali golf set tu..
Cuma glove jer kena bawak sendiri2..



Sambil suami main golf..
Para isteri apa lagi??
Meeting/ gossip lah kan kat area ni..
So tak lah rasa boring sgt..
Wi-fi pun ader..


p/s: Dunia makin canggih...dari sehari ke sehari ader jer benda2 baru kan..ntah2 kat oversea golf simulator ni dah lama ada kot..hehe..ni jer baru nak menular kat Malaysia


p/s: Hubby uols main Golf tak?? Ke uols yang suka main golf??


p/s: Kalau nak tau lebih lanjut, sila layari link di bawah yer..:)
http://www.tropicaleisuregolf.com




 Klik2 sini, kot2 ada barang2 yang berkenan!!