Monday, May 1, 2017

Warung Lobster Tepian Pantai, Sg Rengit

Wahhh.. Saya baru tahu rupa-rupanya Sg Rengit adalah lubuk makan lobster. Tahu pun sebab google tempat makan menarik area Desaru. Sekali nampak ada review makan lobster kat warung ni. So apa lagi, sabtu lepas (29/4/17) saya ajak ayah damia lunch kat sini.

Sebelum pergi tu, saya call dulu no hp yang tertera kat review tu. Nama owner hp tu Yut. Saya call nak tanya samada buka jam berapa dan hari sabtu tu buka atau tutup. Bukan setakat tu sahaja, malah Yut juga berkongsi location via whatsaap tanpa diminta. Ok senang kerja  nak ke situ.


Kami sampai tepat jam 1 tengahari selepas 2 jam memandu. Sampai2 je teruja tengok aquarium lobster yang banyak tu terutama both Damias dan Daim. Tu saya takut2 nak pegang lobster tu pada mulanya, lepas orang kedai ajar cara pegang, ok kita posing satu kali bersama lobster.


Hati2 jangan sampai terkena jari duri tajam yang ada pada depan dan tepi lobster tu. Pegang janggut dia je lah senang. 


Lobster saiz besar harganya RM170/kg.


Lobster saiz kecil ni harganya RM150/kg.


Kalau besar ni yang kami pilih beratnya 350g.


Selain lobster ada juga seafood lain. Ikan siakap tu RM35/ekor.


Ketam nipah ni pula RM70/kg. Ok yang ni saya lagi takut. Takut kena sepit. Huhu..


Lepas dah pilih2 seafood dan lobster, kami pun pilih tempat duduk yang menghadap muara ke sungai ke pantai namanya. Haha.. Tapi banyak juga kapal2 besar kat tengah2 tu. Boat2 pun ada di pinggiran. Sementara tunggu makanan sampai, Daimlah penghibur hati.


Lebih kurang 20 minit, makanan pun sampai. Ni lobster masak butter. Sedap!


Lobster masak masam manis.


Banyak isi dalam lobster ni.


Menu lain yang kami order siakap 3 rasa, ketam masak black pepper dan sayur capcai untuk Daim. Air teh o ais limau 1 jug dan juga nasi kosong 5. Habis licin semuanya. Syukur alhamdulillah. Rasa pula saya bagi 4 bintang dari 5. Harga untuk 2 ekor lobster tu RM105. Total lunch kami RM172. Berbaloi lah tu sebab pernah makan seekor lobster besar pun dah nak RM80. Ni 2 ekor kan. 


Lepas makan, kami singgah di Masjid Sg Rengit untuk solat zohor dan mandikan Daim. Amboi... Bukan main lagi ya Daim main kejar2 kakak2 dalam masjid tu. 

Akhirnya..
Setelah 2 jam nak sampai ke sini..
Kereta pun berdebu bagai sebab sibuk dengan projek2 Rapid & Pengerang..
Jalan jammed sebab banyak kenderaan berat seperti lori2 dan trailer..
Dapatlah menikmati Lobster Fresh..Yang penting kedai melayu..kalau kedai/restoran cina memang banyak area ni nak makan lobster..
Baru tahu Sg. Rengit ni lubuk makan lobster rupanya.. Siap ada replika lobster besar lagi kat tengah2 bandar Sg. rengit.

Cara nak ke sini? Masuk dalam waze "Warung Lobster Melayu Tepian Pantai", insyallah terus sampai sini.

Nak lagi senang? Kenal Petronas simpang Desaru? Ok jangan masuk jalan terus ikut signboard Sg Rengit. Don't belok2. Perut rasa betul2 lapar nanti, automatik jumpa warung lobster ni nanti. Kih kih..

Selamat makan lobster..













7 comments:

Ayu Zarina said...

Ye ke En Daniel, better En salurkan teguran terus pada ownernya. Saya pun customer macam En juga..

inzfullhous3 said...

Aik...akak ni cerita pengalaman dia.. Awak tegur di tempat yang salah neh..

LaL said...

ko pekerja & kaum kerabat dia

LaL said...

haaa bkn cerita pengalaman... buat cerita tuk naikkan review .. marketing katanya.. tp kedai taraf sampah je... teruk seteruk2 amat

Ayu Zarina said...

LaL- Saya bukan pekerja atau kaum kerabat dia. Saya hanya pelanggan biasa sahaja. Saya hanya review berdasarkan pengalaman saya sahaja. Mungkin rezeki saya lebih baik masa tu masakan ok dan layanan pun ok dari pekerja2 disitu.

emabrutal said...

Amenda la..marah org lain org lain plk jdi mangsa.dia citer pengalaman dia je.isk3..nama danial ni mmg la

Ayu Zarina said...

emabrutal - hihihi kan...tak pasal2 saya juga yang kena..padahal gi makan dan share review je..