Sunday, May 14, 2017

Mother's Day 2017 Hi-Tea Buffet

Terima kasih keluarga kecilku..
Atas celebration Mother's Day Hi-Tea Buffet di Amansari Residence Resort semalam..

Ayyunie siap tanya lagi bukan Mother's Day tu esok ke (harini)?
Ayahnya siap jawab hari-hari Mother's Day sebab hari-hari ayah keluar duit bawa korang makan.. Hahaha..


Alhamdulillah.. Dapat makan kat bilik berair-cond dan kerusi jenis sofa panjang tu. Senang sebenarnya kalau Daim nak tidur, tidur atas sofa tu je. Tak yah susah2 keluar kan stroller dia.

Tapi tengokkan semalam, full booked semua meja. Termasuklah bilik berair-cond ni. Ya lah kat Johor kan cuti jumaat sabtu, so memang ramai yang celebrate semalam lah berbanding harini.


Pabila hi-tea, appertizer dan dessert memang meriah dan warna warni ler..


Tak habis makan pun semua ni haih. Pabila usia makin matang, buffet2 ni makan yang perlu dan serba sedikit je..


Tapi yang ni dekat 8 biji saya makan. Haha.. Memang sedap giler tepung pelitanya ni. Rasa sebijik style kelantan punya. Bukan tako tau.. Tapi tepung pelita pure punya..


Macam2 makanan ada. Stall makanan panas2 seperti Char kuew tiaw penang, nasi goreng seafood, curry laksa, rebus2 menarik perhatian sesiapa yang nak memecah selera dengan makanan panas2.


Untuk bahagian heavy food pula, tak banyak sangat pilihan. Ada mini pizza, tortella, aneka lauk pauk dan paling best ada teh tarik kaw section!


Kami antara yang sampai awal jam 1 tengahari. Lepas tu makin lama makin penuh meja2 kat belakang tu. Tu ayah Damia bawa Daim pusing2 tengok makanan.


Wefie.. Buat kenangan untuk Mother's Day 2017..


Yeahhh.. Dah siap makan..
Jom balik..


Terima kasih Keluarga kecilku.. Tq ayah damia dan anak2 meraikan hari ibu untuk saya. Buat pertama kalinya tahun 2017 ni menyambut Hari Ibu dengan anak 3 setelah sekian lama ada anak 2 je. Hihihi..




No comments: