Selamat Menyambut Ramadan Al-mubarak semua.
Pabila dah masuk bulan Ramadan, pastinya menu masakan memainkan agenda penting untuk seisi keluarga. Terutama para isteri lah kerana perlu kreatif dan rajin menyediakan juadah. Masing2 sibuk menyediakan juadah kegemaran sendiri, suami atau anak-anak.
✔️Dari kecil sampai besar, memang ni ler kuih feveret time berbuka untuk saya. Ingat lagi masa kecil-kecil rajin tolong mak buat agar-agar ni. Siap jual lagi tau.
Sampai sekarang pun masih suka agar-agar ni. Rasa lemak2 manis memang pembuka selera sungguh.
Semalam Jam 11 pagi dah siap buat agar-agar gula melaka ni tau.. Haha..Teringin sangat nak makan...Nasib baik senang je buat.
Sekarang menurun kat Ayyunie pula suka sangat2 agar2 ni. Dalam piring atas meja habis ke dia, lepas tu yang simpan dalam peti ais pun kejap2 buka ambil makan. Time moreh pun memang dia je pulun makan agar-agar ni. Memang suka sungguh2 dia.
✔️Sup gear box pula feveret ayah damia. Kalau uolss follow blog ni dah lama, memang tahulah sup2 ni memang kegemaran ayah damia. Kalau dah buat sup ni, mesti ada nasi air punya.
Sekarang menurun kat Aleesya pula suka sedut2 lemak dalam gear box tu. Dari kecik dah pandai ambil straw cucuk dalam gear box sedut semuanya. Haha...
Semalam 1 Ramadan Ayyunie asyik tanya "tak penat ke makcik dan anak2 dia tu datang kemas rumah kita ibu, dari pagi sampai petang kemas? Adik yang duduk saja ni pun dah rasa dahaga dan lapar"..
Sekali makcik yang tengah kemas2 tu dengar jawab "kita kerja kerana Lillahitaala, insyallah tak penat dik"... 😥
Dah suruh tak yah datang bulan Puasa ni, sebab takut penat, tapi makcik tu tetap nak datang macam biasa. So ok lah.
Gambar hiasan:
Stok Pepes Ayam dan Pepes Ikan untuk sahur selama sebulan. Sedap ni bakar dalam oven makan panas2.
Rezeki makcik dan anak2 yang datang kemas rumah harini. Dapat sekaton pepes. Sukanya diaorg. Saya pun terharu.. Huhu
Salam 2 Ramadan. Moga Ramadan tahun ini lebih diberkati dan penghayatan berbanding tahun2 lepas. Eh tahun lepas saya dalam pantang lah time puasa. Hihi..
No comments:
Post a Comment