Sunday, May 7, 2017

Shooting hari ini - Pengukur sebuah kejayaan

Alhamdulillah.. 
Done shooting untuk harini dari pagi tadi.
 
Harini mencabar sikit shooting sebab kena ikut skrip dan berlakon tak spontan macam selalu. Ada juga tergagap2 cakap. Penat kot sebab sampai JB semalam pun dah lewat malam. 

Hopefully hasilnya marvelous lah ya. 

Terima kasih MOA Putrajaya atas shooting harini. Saya tanya orang MOA kenapa saya dipilih. Encik tu cakap sebab saya muda dan berjaya. Dah lepas level intermediate success tu.

Saya cakap saya masih banyak perlu belajar lagi untuk berjaya ni. Ramai lagi yang lebih berjaya.

Encik tu cakap tiada kayu pengukur yang tepat untuk sebuabh kejayaan. Kalau awak boleh meneroka satu dunia pun belum tentu awak berjaya.

Berjaya ni adalah satu perjalanan proses perkembangan perniagaan atau diri sendiri. Jika tiada perkembangan, statik atau mundur, itu bukan kejayaan.
 
Sebab tu kalau kita tengok orang kaya semakin kaya, orang kaya makin bertambah perniagaan. Kerana mereka tidak mahu statik.

Baiklah Encik, saya menurut perintah 😀. Terima kasih Allah.

Nota kaki: Jangan mudah benci dengan kejayaan orang lain. Akan sampai waktumu jua.

#agropreneurmuda #cocodamia #oleolecocodamia #GOJBCHOCOLATE


Video adegan last untuk shooting harini. Nasib baik tak suruh lompat2 ya. Hihi.. Eh btw boleh tengok kat Fanpages: Ole ole CocoDamia..


I am entrepreneur muda. Jom sertai entrepreneur muda!


Recording..


Siap suruh cekak pinggang lagi. Mujur pinggang masih ramping. Eh!


Sesi pakai mic dan baca skrip..


Shooting dalam production room.

Btw shooting harini adalah lebih kepada diri sendiri sebenarnya. Business ni hanya tools sahaja. Tapi bagaimana keyakinan diri, kesungguhan dan kekentalan dapat menjadikan kita seorang yang berjaya. Ingat untuk berjaya kita tidak boleh sorang2. Perlu ada team untuk membantu kita. 

Sekadar catatan:
Pada tahun 2016, saya telah memenangi Anugerah "Agropreneur Muda Jaya" dari Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia dan juga "Agropreneur Muda Peringkat Negeri Johor" oleh Jab Pertanian Negeri Johor.


Ok! Nak rehat dulu..

No comments: