Semalam merupakan short-day-trip saya, ayah damia dan Daim ke KLIA. Sampai KLIA tengahari, petangnya terus balik JB semula.
Tujuan kami ke KLIA adalah untuk menghantar mertua saya iaitu Che & Ayah menunaikan Umrah.
Ok jom tengok gambar!
Kelam kabut sampai boarding gates 5 minit sebelum waktu berlepas. Ya lah sebab masuk kilang dulu sebelum tu. Uruskan anak2 dara dan terus ke Senai Airport.
Sebelum masuk boarding area, sempat check in melalui Kiosk dahulu. Memandangkan tak ada luggage apa, so proses check-in lebih senang.
Dah masuk boarding area, eh eh flight delay pula 20 minit pula. Haha.. Sabo je lah..
Sukanya Daim.. Ntah kali ke berapa dah Daim naik flight ni ya..
See.. Budak pantang nampak kamera atau gambar dia sendiri kat handphone. Pasti senyum je..
Flight belum take-off lagi, Daim dah tidur. Alhamdulillah..
Dah nak landing, kejutkan Daim bangun. Senang nak dukung turun flight.
Wahhh.. Sekarang dah boleh online masa on board lah. Ada wi-fi dalam flight. Tapi hanya untuk entertaintment sahaja. Yang lain2 apps boleh guna tapi berbayar..
Dah sampai KLIA2, kami naik pula KLIA Express untuk ke KLIA pula. Kali kedua naik KLIA Ekspress ni, first time naik masa nak gi Gold Coast dulu sebab parking kereta kat Putrajaya.
Sampai2 je KLIA, terus cari tempat makan. Since nak jumpa Che & Ayah di aras balai pelepasan, so kami decided makan kat level 5 je. Pusing2 last2 gi makan kat Secret Recipe. Jauh bawa Daim lunch ya. Daim makan share dengan ibu Grilled chicken mushroom..
Lambat juga makanan sampai. Sebab time peak hour waktu lunch 1-2 pm.. Mujur dah bawa biskut Daim siap2. So tak adalah dia merengek kalau makanan sampai..
Alhamdulillah selesai dah urusan jumpa Che & Ayah di KLIA untuk pergi umrah walaupun jumpa 3 jam je. Semoga mendapat umrah mabrur dan dipermudahkan segala urusan.
Bergambar kenangan..
Masuk Mekah dulu, so pakai ihram siap2.
Ya Allah, rindunya saya nak kesini lagi pabila melihat ribuan jemaah disini. Insyallah, akan kami sampai jua lagi di Mekah & Madinah.
Oh ya Mertua saya pergi dengan pakej TH Travel & Services.
Dan yang lucunya, mertua saya tak berlepas lagi, tapi saya, ayah damia dan Daim kena balik dulu. Hihi.. Apa nak buat, dah itu je schedule flight yang paling ngan dengan perancangan kami.
Jam 5:00 petang, saya terus ke boarding area. Mertua saya berlepas ke Mekah jam 7:30 mlm.
Kalini balik JB dengan Mas Airlines pula. Memang banyak entertainment lah yang disediakan.
Daim tengah layan kartun..
Saya pula select wayang gambar yang best dan tak pernah tengok lagi.
Aikkk, baru je nak take-off, Daim pun dah tidur. Kena paksa tidur dengan ayahnya tu. Sebab semalam bila dah jalan2 kurang tidur.
Boleh tengok info penerbangan semasa yang kita naik..
Tetiba teringat kat Ayyunie, kalau dia ada ni confirm dia teruja nak tekan2 screen tu. Confirm tak boring kan dik! Tak habis nak tengok movie, drama, muzik dan lain2..
Complementary dari MAS Airlines..
Fresh orange & kacang masin..
Tengah syok-syok layan hindustan onboard, eh dah sampai dah rupanya. Kejap sangat dalam flight..
Daim tidur pun tak puas.
Tak sabar juga nak jumpa anak dara 2 org tu kat office pula..
Sampai office jam 7:20 malam. Ayah Damia sempat lagi masuk kelas mengajar jam 8 malam dan saya pula bawa anak2 gi shopping groceries di Aeon.
Terima kasih Air Asia & MAS kerana memudahkan urusan perjalanan yang jauh mahupun dekat.
No comments:
Post a Comment