Monday, May 29, 2017

Masak Nasi beriani kambing..


Kuih tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ayyunie & Aleesya semalam volunteer nak menggentel Onde-onde ni. Pastu sambil ngentel asyik cakap "lambat lagi ke ibu nak buka"...huhu


Menu berbuka 2 Ramadan. Nasi Beriani Kambing..


Kalau dah ada Nasi Beriani, papadom jangan dilupa. Terpengaruh dengan iklan TV, siap pesan kat suami "saya tak nak papadom lain tau bang, beli yang alagappas punya je".. Haha..


1 Ramadan berbuka dengan sup gear box lembu..
Semalam Gear Box kambing masak Beriani pula. Anak2 dan suami cakap "ibu masak tip top"....Diaorg tak tahu peluh keringat nak masak beriani kambing ni macam mana.. Sampai lagi 2 minit nak azan maghrib baru siap masak. 

Syukur.. Alhamdulillah..

Post a Comment