Woww..
Sungguh tertarik dengan konsep hotel yang terletak di tengah2 bandar Cyberjaya ni..
Sebuah hotel yang berkonsepkan Bali + fresh + hipster. Itulah persepsi saya terhadap Dash Box Hotel ni..
Dan hotel ni katanya kepunyaan Dato' Nurul anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi...
Jumaat lepas saya ke Nilai ada meeting dan ambil stock di Bandar Baru Bangi. Esoknya pula ada meeting lagi di Seremban bersama supplier machine. Jadinya saya mengambil peluang berehat dan bermalam di Dash Box Hotel ni.
Saya tahu mula2 tentang hotel no adalah melalui Agoda. Lepas tu nampak beberapa friendlist IG dan FB pun ada review ke sini. Makin kuatlah naluri hati nak stay di hotel ni ya tak.
Mula2 sampai!
Wahhhhh..
Great view, nice pool..
Eksklusif & Serene..
Mungkin hari jumaat waktu orang masih bekerja dan bersekolah, jadi tak ramai yang check in sini dan suasana pun senyap je..
Waduhh.. Cantik sungguh pemandangannya..
Ni bilik kami. Bilik 305. Betul2 depan pool. Don't belok-belok.. Hihi..
Dari dalam bilik pun dah boleh nampak suasana pool dan view cantik kat luar tu..
Hurmm.. Anak-anak pun apa lagi? Tak nyempat2 terus tukar baju dan terjun ke dalam pool depan bilik kami. Tengahari kul 3 panas2 pun bersemangat kome anak2 main pool ya. Sunburn weeii..
Tu Aleesya naik slide. Btw sangat recommend untuk anak2 yang suka main pool tu duduk kat hotel ni. Sebab kita boleh pantau melalui bilik je. Ada kids pool, ada pool besar. Pool besar pun tak bahaya. Walaupun makin lama makin dalam tapi sampai paras 0.9meter sahaja. Tak curam dan tak licin.
Dah puas mandi nanti pandai2 lah anak2 cari jalan pulang ya. Muahahaha..
Sementara tu Daim pula masih tidur. Ayahnya pula berehat kejap penat drive dari lepas subuh lagi pastu attend 2 meeting..
Kami amik bilik studio. Dalam bilik ni ada complementary drinks. Boleh habiskan. Cuma kalau nak refill ada bayaran seperti tertera.
Ni masa mula2 sampai tadi. Both Damias teruja betul dengan pool tu.
Bilik air pun selesa, luas dan tak licin..
Bersih je.. Ya lah hotel baru katakan..:-)
Simple but necessary..
Tempat gantung baju pun simple. Senang. Nampak semua yang tergantung. Kiki. Hipster style ni..
Meja make-up dan TV LCD yang terang .. Bilik tak lah besar mana, tapi selesa..
Dan lepas asar, lepas Daim bangun dari tidur, saya dan ayah damia pun turut serta terjun tirukk dalam pool.. Hihi..
Ni suasana malamnya pula. Btw pool ni buka 24 jam rasanya. Sebab lepas jam 12 malam pun masih ada yang berendam. Esoknya lepas subuh pun dah ada juga yang berendam..
View malam dari bilik kami..
Lepas balik makan malam..
Ni lah view dari depan bilik kami..
Kreatif kan designya..
Masa saya stay sini. Tak ramai yang duduk studio room ni. 3 unit je yang berpenghuni. 1 unit ada 3 bilik. Yang lain rasanya duduk bilik kabin..
Ni lah bilik kabinnya... Kebanyakannya kat tingkat atas. Ada satu side bilik kabin ni boleh terus ke pool melalui slide ja.. Cepat sampai gitu..
View malam area nak ke lobby. Ada bilik gymn, ada bilik jual baju2 cenderahati, ada bilik aktiviti foto dan lain2.
Malam tu kami dinner kat Downtown KLIA Seafood. Google je cari tempat2 makan sekitar. Tapi jauh gak nak sampai sini. Dalam 20 minit gitu.
Menu kami. Siakap steam lemon, udang goreng butter, mix vegetable dan nasi putih 4. Jenuh juga nak habiskan lauk2 ni walaupun order saiz small je. Kuantiti still banyak untuk 2A2C. Daim makan nasi dengan sayur je. Total RM125.
Morning view kami keesokan paginya..
Bukan main lagi Daim gi kacau kakak2nya tidur. Siap pakej gigit ibu jari kaki lagi..Cepat bangun anak2. Siapkan homework dulu, baru leh gi swimming tau!
Oh ya, untuk breakfast boleh add on RM15/person di cafe yanh disediakan.
Saya pun sama naik dengan anak-anak mandi pool dari semalam lagi.. Senang nak terjun pool depan bilik je.
Kalau yang duduk bilik kabin tingkat atas, senang juga nak turun dalam pool.. Guna slide je.. Tu pun kalau berani..haha..
Sementara ayahnya berehat buat kerja untuk meeting jam 2 nanti dan berurusan dengan staffs.
Alhamdulillah, pagitu rezeki dapat order dari Singapore untuk borong banyak kurma badam coklat.
Sebelum check-out minta Ayyunie snap2 kan gambar saya.. Hurmm mujurlah stay beautiful walaupun gambar shaking.. Kih kih... Tapi sebenarnya view tu beautiful sangat!
Ok lah, ada satu gambar yang tak shaking. Tq Ayyunie.
Btw masa saya otw nak ke hotel ni baru saya booked via Agoda. Dah sampai saya upgrade ke Studio Room gara2 nak duduk depan pool punya pasal. Add on RM50 sahaja. So total 2D1N adalah RM220.
Lepas check-out, cepat2 ke Ikea Cheras pula. Misi utama adalah nak beli barang2 galeri coklat. Penuh 1 bonet kereta. Lepas tu apa lagi? Makan meatballs lah jawabnya..
Penuh sesak orang. Hari sabtulah katakan. Nak dapat tempat makan pun tinggi turn.
Lepas tu bergegas ke Seremban pula untuk meeting.
Dalam jam 5:30 petang, selesai meeting bawa anak2 minum petang di Mc'D nak masuk highway Seremban pula. Kami pun nak refresh juga. Pekena hot milo di Mc' Cafe. Penambah tenaga nak balik JB.
Alhamdulillah, jam 11 malam sampai rumah. Esoknya ada shooting dari MOA pula (dah buat entry).
Kesimpulannya Dash Box Hotel Cyberjaya memang best! Insyallah akan menginap lagi disini...
No comments:
Post a Comment