Thursday, May 4, 2017

Kebanggaan besar CocoDamia bersama Exco-Exco

Apabila.... 

<DAPAT BERSAMA-SAMA EXCO DALAM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI JOHOR>

Yang diadakan pada 2 MEI bertempat di Persada Johor.

Hari yang bersejarah.

Satu pengiktirafan yang amat besar di terima oleh COCODAMIA apabila di jemput khas oleh Menteri Besar Johor YB Dato Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai jemputan tetamu istimewa beliau semasa membentangkan KPI beliau sebagai Menteri Besar Johor.

Terharu & bangga menerima penghormatan ni mewakili seluruh usahawan di Negeri Johor. 

Network sudah dibina, kini perjalanan di teruskan untuk lebih maju dan berjaya di bumi Johor bersama COCODAMIA, OLEOLECOCODAMIA & GO-JB CHOCOLATE.

Misi duduk semeja dgn MB Johor telah berjaya, kini misi membawa MB Johor bersama-sama rakyat Johor datang ke GO JB Chocolate pula :)

Terima kasih pada semua agensi yang banyak membantu dan bekerjasama dengan CocoDamia seperti Jab. pertanian, EDC, Jab Agama Johor, Matrade, MOA dan lain-lain..

Jom tengok gambar2 kenangan manis sepanjang event tersebut.


Duduk saf paling depan sekali. Satu penghargaan untuk kami..


Mula2 masuk dewan ni, terharu pun ada, gembira pun ada, nervous pun ada. Maklumlah ramai exco2, adun dan PTD..


Kami sebagai tetamu jemputan istimewa MB... Memang dalam ucapan YB pun cakap macam tu.. Terharu sangat..


Pabila Majlis bermula. MB diiringi para exco masuk ke dewan..


Pembentangan prestasi dan KPI oleh MB..


Berdegup-degup jantung saya pabila menanti saat cerita saya yang disampaikan oleh MB keluar..


Pabila MB menyebut nama saya. Dan paling berderau darah menyebut brand Coklat saya CocoDamia di hadapan semua dalam dewan..


Sesuatu yang istimewa untuk saya pada haritu. Selaku usahawanita dan Ladypreneur. 


Playback masa saya diinterview oleh MB pada 10 April lepas..


Masa pembentangan tu. Ada juga live di FB YB MB.. Memang mula2 video saya keluar kat screen tu, satu dewan gelak. Hahaha.. Ya lah kot.. Menteri Besar yang interview saya. Bukan sebaliknya.. Haha


Saya diinterview oleh THE STAR..


Tak sangka jumpa rakan sekelas seuniversiti masa kat UTM dulu, Helmi selaku PTD daerah Rengit..jumpa juga seniour2 dan junior2 saya yang jadi PTD. Hebat2 belaka..


Saya bersama staffs EDC.. Semua ni dah kenal lama.. Masa mula2 business CocoDamia lagi..


Tiba2 kan ada yang minta bergambar bersama saya. Memang saya tak kenal siapa. Lepas je habis bergambar, terus YB ni bagi namecard. Adun Semerah rupanya..


Ayah Damia bersama dengan Adun Nusajaya, YB Dr. Zaini..


Tak pernah tak cantik YB Dr. Noraini Ahmad ni. Terima kasih Dato' sentiasa support CocoDamia..


Saya bersama dengan staff Johor Halal Park. Kenal kat friendlist FB. Lepas tu baru first time bertentang mata..


Peneraju utama Coklat jenama CocoDamia..


Saya screenshot dari IG YB Dato' Noraini. Bersama orang2 kuat Matrade dan SME..


The caption..


Masa kejadian memang ramailah wakil media cetak interview saya. Yang sempat saya tanya hanya dari "The Star" sahaja. Yang lain2 tak sempat nak tanya. Jawab je soalan2 mereka.

Pagi2 semalam lagi dah terima pelbagai whatsapp yang saya masuk suratkhabar dalam Utusan Malaysia dan The Star.

So petang semlaam gi lah beli segala serbaneka suratkhabar yang ada. Belek satu2 kot ada cerita CocoDamia.

Tapi dalam banyak2 suratkhabar, Sin Jew Daily ni lah lain sikit laporannya. Mujur pandai bahasa cina. Selain cerita pasal business, ada juga cerita pasal anak2. Siap tulis bawa baby pergi kerja, pergi kilang, kalau ada meeting/ program tinggal kat staffs. Haha.. Gigihnya kan.

Btw tq my helper @dy_are_na yang jaga Daim dari 8 pagi sampai 2 petang. Haritu masa saya ada event kat KLCC pun dia yang jaga. Dah selamat balik KL pun kelmarin... Memang jodoh awak ngan Daim kot 😘

Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas peluang dan pengalaman ini.

First time dengar Exco2 bentang prestasi masing2 sehingga habis. Ingatkan boring sebelum2 ni anggapan saya. Rupanya best juga dengar pembentangan masing2. Haha..Barulah muafakat Johor!
















No comments: