Sunday, September 11, 2016

Ulangtahun perkahwinan yang ke 12


Semalam 10 September 2016 merupakan Ulangtahun perkahwinan saya dan ayah damia yang ke 12. Aiseyman.. Lambat sehari pula nak buat entry dalam blog ni. Semalam bizi outing dari pagi sampai ke petang.

Gambar kat atas tu adalah throwback masa tengah bercinta masa study kat UTM dulu. Dialah kawan baik saya, boyfriend saya, tunang saya, suami saya, ayah kepada anak3 saya, imam saya dan juga business partner saya.

Tahun ni kami berdua dah sepakat tak nak bertukar hadiah bagai. Cukup sekadar Annivesarry treat makan kat tempat special bersama family kecik kami. Lagipun Daim Muslim adalah hadiah Anniversary yang terindah tahun ni. Ehem..9 bulan dalam perut, 3 bulan usia di dunia nyata. So genaplah setahun..:-)


Happy 12th Wedding Anniversary my husband..


Semoga kita dipertemukan lagi di Jannah  nanti. Aaamin..


Awal pagi ni lepas sahur tadi dah thinking about old memories gara2 FB up balik gambar2 lama pasal Anniversary lepas..

Masa 4 tahun lepas celebrated 8th Anniversary, ramai yang komen kat tengah2 kek tu kena ada baby boy baru perfect..

Alhamdulillah, 12th Anniversary baru Allah makbulkan doa2 kalian dan doa kami berdua.

Semoga kita semua jangan berhenti berdoa untuk meminta atau order sesuatu daripada Yang Maha Esa. Sesunguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya..

Aamin..




Post a Comment