Wednesday, September 28, 2016

Makin manja


Siapa yang makin manja?
Daim ke Rizqi?
Hihi..
Daim usah dipertikaikan lagi..
Memang dalam perut lagi manja..
Nak makan apa semua dapat..
Tu yang keluar jadi baby sado 4.4kg tu..

Ni kisah Rizqi..
Makin manja sungguh.
Dulu takut2 juga nak datang sendeng2 kat kita..
Sekarang? Pantang nampak kita duduk bersila atau bersimpuh..
Rajin je dia datang nyendeng tepi kita..

Ni kisah sekejap tadi masa maghrib..
Orang sujud, dia sendeng2kan kepala dia kat kepala kita..
Orang tahiyat, dia naik duduk atas riba kita..
Orang berdiri, dia baring kat kaki kita..
Orang ngaji, khusyuk pula dia duduk je depan kita dengar..
Orang amik gambar, hah tu lah reaksi mukanya..

Rizqi pembawa rezeki..
Post a Comment