Thursday, September 8, 2016

Tukang urut kata saya makin berseri-seri..


Berbunga-bunga hati saya pabila tukang urut saya memulakan bicara masa saya ambil dia kat rumahnya kelmarin (hari selasa)..

"Ya Allah, Ayu ke ni? Berseri2 tak cam Cik Ruby.. Dengar suara Ayu baru dapat cam tadi"...

Awwww.. Patutlah tadi kecik besar kecik besar je mata Cik Ruby memandang saya turun dari kereta. Rupanya tak cam. Hihi.. Alhamdulillah..hasil berpantang 100 hari kot... Jamu2 pun still on makan lagi.. Ais, pulut, laksa dan makanan bisa yang lain masih pantang dan yang penting sihat dalaman, sihat luaran. Tapi semuanya Anugerah daripada Illahi. Kita hanya berusaha je kan.

Puas hati haritu dapat berurut 2 jam setengah lagi. Tukang urut saya since 10 tahun yang lepas lagi. Kalau tak kerana bersalin pun, memang kadang2 berurut juga dengan Cik Ruby ni. Rela saya amik dan hantar sendiri walaupun jauh sikit dari rumah. Ada tak yang kenal Cik Ruby ni dari Taman Universiti?

P/s: Muka Daim blur-blur sangat sebab baru bangun dari tidur..:-)

No comments: