Friday, September 23, 2016

Rizqi pembawa rezeki || Rizqi kembar Daim


Kisah Rizqi si kembar Daim..
Sama aktif macam Daim..
Sama kuat makan macam Daim (susu)..
Allah hantar masa pagi Majlis Akikah Daim..

Tak ada niat nak pelihara.
Cukup sekadar bagi makan gitu2 aje..
Tapi Allah nak juga suruh pelihara..
Masa kemas2 rumah esoknya, kaki Rizqi tersepit pula...
Dah jadi si tempang tiba-tiba..

Rasa bersalah datang menyerang..
Simpati pula berulang2..

Ambil keputusan jagalah ia..
Sampai kakinya cukup sihat sekata..
Kini dah boleh lompat2 gembira..
Nak lepaskan, kami semua sayu tiba2..
Rizqi pun tak ada bagi penunjuk, hendak pergi ke mana2..

Genap seminggu harini..
Rizqi happy disisi kami..
Siap ada cage dan buaian sekali..
Makanan Rizqi macam2 dibeli..

Rizqi si pembawa rezeki..
Dalam kehidupan keluarga kami...
Mak saya cakap bertuah kucing dapat tuan yang teramat ambik peduli...
Saya cakap itulah tanda rezeki besar nak datang lagi..


Rizqi yang peramah..
Rizqi yang kadang2 agresif..
Boolaaat matanya haihh..


Rizqi ni asal dari susah rasanya.. Selera kampung..
Makanan2 moden cam dalam gambar tu dia buat hi-tea je.. Tak bersungguh sangat nak makan..
Time breakfast, lunch & dinner, nak juga makan nasi gaul dengan ikan goreng/rebus, gaul nugget, gaul sup daging, gaul keropok goreng dan mesti nak makan berjemaah ngan kami kat bawah meja tu.

Lepas poo poo pun mesti style nak kambus2 punya..tak nak berak dalam cage yang ada power sand tu.. Jadi 24 jam lah cagenya tidak berkunci..

Semoga Rizqi membawa 1001 rahmat dalam rumah kami dan asbab rezeki keluarga kami sentiasa berpanjangan. Aaaminn...


Post a Comment