Seawal pagi dah masuk kilang CocoDamia..
Inilah my view this morning..
Sementara tunggu students2 UTM tu datang, sibukkan diri kat production room sat..
Ni coklat untuk goodies...
Siapa2 nak buat tempahan pun boleh ya..
Hubungi je HOTLINE COCODAMIA 010-6468383.
Jam 10 pagi mereka pun sampai..
Lama juga sesi interview kalini..
Lepas gian lah katakan...
Sepanjang saya bercuti, ayah Damia tak terima mana2 interview..haha
Katanya tunggu saya naik kerja dulu...hihi..
Al-maklumlah...Ayah Damia sibuk ke sana sini..
Btw diaorg cakap saya nampak muda dari usia...mih mih mih...
Pandai ambil hati saya pagi2..
Sesi sharing macam mana business yang hanya bermula dari rumah boleh sampai ke pasaran eksport..
Soalan wajib ditanya...
Liku2, cabaran, jatuh bangun business..
Bawa mereka tengok sendiri cara2 pembuatan coklat dalam production room..
Langkah2 keselamatan makanan perlu dititik berat ya..
Teruja masing2 nak try buat coklat..
Lelaki pun teruja nak buat coklat juga ni..
Nampak senang tapi haihhhh...
Teknik, suhu, cara penyimpanan, pengendalian bahan mentah, kaedah pencairan coklat....semua ini perlu ada ilmu dan teknik yang betul ya..
Coklat goodies dan coklat hiasan yang telah siap..
Ambil2 berapa banyak yang kamu mahu...hihi..
Eh eh Daim enterframe lah..
Daim datang masa otw ayahnya nak hantar kakak2 gi sekolah..
Tidur je sepanjang interview..
Habis interview baru bangun..
Ramah pula tu dengan tetamu2 yang ada..
Good boy!
Cenderahati daripada CocoDamia..
Cenderahati daripada UTM..
Terima kasih...
Nampaknya lepas ni...selain daripada coklat, Daim juga menjadi subjek utama ya...hihi..
Daim pantang kena diagah2..
Memang sukalah dia..
Siap pakej ketawa kikikiki lagi..
Hihi good boy..
Last sekali kata2 azimat saya kepada mereka
" Jangan tunggu sempurna baru nak buat, tapi buat sampai sempurna"..
Terima kasih sekali lagi kepada student2 HR dari UTM yang sudi jadikan CocoDamia sebagai bahan kajian tugasan mereka. Dah published dalam majalah nanti jangan lupa bagi free kat saya satu naskah ya...
Seperti biasa, untuk pembelian Coklat IQ dan Energy Bar CocoDamia, boleh buat pembelian melalui www.cocodamia.com atau whatsapp 010-6468383.
Terima kasih semua..
p/s: Esok ada lawatan dari 40 orang pula...semoga dipermudahkan...aamin
No comments:
Post a Comment