Salam Aidiladha 2016 untuk semua umat muslimin dan muslimat terutamanya pembaca2 blog ibuayahdamia ni.
Tahun ni sekali lagi kami sekeluarga beraya di perantauan. Tak kisah beraya dimana2, janji bersama orang tersayang kan.
Kali pertama beraya haji bersama insan baru, Daim Muslim. Haruslah snap2 bersama untuk memori akan datang. Kredit to Ayyunie kerana dia yang snap2 semua gambar2 dibawah ni. Ayah Damia pula pagi2 lagi lepas solat raya dah ke surau untuk gotong royong bersama mengendalikan 7 ekor lembu korban.
Oh ya mana gambar Aleesya dan Ayyunie. Diaorg pun faham dan diaorg lagi excited tengok Daim bergambar sebenarnya. Seolah2 faham bahawa mereka dah biasa bergambar bersama ibu, bagi chance lah kat ibu bergambar dengan Daim pula.
Harap ayah damia tak jeles ya. Sebab saya pernah dapat whatsapp dari ayah damia cakap " asyik gambar dan video anak je, bagilah gambar dan video ibunya pula"... Haha... Adoii luculah abang ni.
Alolololo comeyy anak ibu. Pantang tgk kamera, mesti senyum punya.
Lagilah kalau kita timang2 dia.. Memang senyum2 pastu gelak lah dia..
Ada yang kata Daim Muslim nampak matang dari usianya. Memang pun, ibu rasa macam banyak benda dah Daim pandai buat ni..
Opsss bagi chance saya feeling jap ya. Dah lama tak snap gambar sorang2 ni.
Kira daun ke kak? Kikikiki..
Saya bagi senyuman paling manis utk pembaca2 blog saya. Semoga ibadah korban kita pada tahun ni dan lepas2 mendapat keredhaanNya.
P/s: Baru lepas check out hotel kejap tadi. Sambil rehat kejap dari memgemas beg luggage, sambil update blog...
No comments:
Post a Comment