Sunday, September 4, 2016

Daim pilih kambing di Osman Goat Farm


Wowwieeeee!
Mula-mula sampai sini so impressed!

Recommended..

First time pergi ladang kambing yang dimodenkan. Tempat penyembelihan bersih, kambing segar2 dari ladang dan kebetulan masa saya pergi tu, ada sebuah lori yang baru bawa masuk anak2 kambing biri2, tiada bau busuk tapi bau kambing tu standardlah kan, pengurusan yang cekap dan staffs yang peramah.

Selesa juga bawa anak2 kecil. Ada tempat rehat, ada tempat parking dan boleh beli susu kambing fresh direct.

Bayi yang lahir 12 Rabiul Awal boleh beli kambing dengan harga RM1 sahaja. Tiap2 tahun ada kambing harga RM1. Dah banyak kali juga Osman Goat Farm ni masuk berita dan keluar dalam Suratkhabar. 


Happynya kami semua tengok kambing2 dan biri2 kat sini. Ayyunie mula2 takut pastu dah ok.


Keterujaan kami..


Daim suka ya datang sini. Banyak biri-biri. Pilih-pilih Daim nak yang mana untuk Akikah Daim nanti.


Hihi.. Daim ni pemurah senyuman. Asal kita acu kamera je nak snap2, mesti Daim senyum atau sengih2. 


Tu biri-biri Daim.. Dah kena tindik kat telinga pasang no ID..


Kambing atau biri-biri yang ditindik maksudnya dah berpunya. 


Kami dah turun dari kandang kambing dan biri-biri..bersih je kandang pun. 


Kat belakang tu rumah sembelihan. Memang siap ada tempat sembelih, lapah dan potong.


Otw nak ke pejabat buat bayaran, jumpa pula anak-anak kambing comel ni sedang baring2 dan main2 bawah pokok ni. Tak takut orang langsung. Bulat je mata Daim Muslim tengok anak2 kambing ni. Geram haihhh nak bawa balik sekor buat main. Hihi...


Pemandangan ladang2 kambing disini..


Kambing gurun pun ada. Tapi tak sesuai sangat nak buat kambing golek sebab dagingnya liat sikit.


Huishh, banyak betul kambing dan biri-birinya. Pilih je yang mana.. Ayyunie cakap cantik bulu biri-biri.. Macam bantal... Kiki..


Khusyuk Daim tengok kambing2 tu gerak sana gerak sini..


Ok Daim dah pilih 2 ekor biri-biri.. Tunggu hari nak sembelih dan akikah je nanti..


Suka ya Daim datang sini. Memang suka berjalan pun Daim ni. Nak-nak kalau kita dukung je dia..


Pantang tengok kita acu kamera/handphone.. Mesti senyum.. Hihi..

Alhamdulillah untuk rezeki yang tak pernah putus untuk kami sekeluarga dan Daim Muslim.. Semoga kami tidak kufur akan nikmatnya. Ya Allah, Engkau peliharalah anak-anak kami.. Aaamin..

Selesai dah kisah Daim pilih kambing..:-)















No comments: