Thursday, September 15, 2016

Akikah Daim Muslim || Ibu yang berdebar-debar

Cerita semalam - 14 Sept 2016

Alhamdulillah.. Ayah damia dah selamat menunaikan akikah dan melaungkan takbir pada akhir hari tasyrik pagi semalam.

" Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini akikah untuk Daim Muslim Bin Khairuddin.

Antara perkara2 Akikah yang perlu diambil tahu:
- Daging Akikah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.
- Tidak mematah-matahkan tulang2 daripada binatang Akikah, hanya mencerai2-ceraikan sendi-sendinya.
- Memasak daging Akikah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu. (Tapi sekarang ramai yang buat golek sebab lebih senang dan ramai org makan)



Kambing yang ada tanda ID pembeli ditarik ke tempat sembelihan.


Sebelum sembelih niat akikah dulu..


Bismillahirahmanirahim..


Dah selamat disembelih. 


Sesi melapah kulit..


Dah siap lapah nanti, pihak Osman Goat Farm akan hantar ke tempat katering utk perap dan persediaan golek harini.


Sementara tu anak2 dara kat rumah sibuk uruskan doorgift utk kumpulan yassin perempuan utk majlis Khatam Al-Quran Aleesya dan juga kumpulan Marhaban lelaki untuk Majlis Akikah Daim Muslim. Baik je Daim Muslim memerhatikan kakak2nya buat kerja sambil main2 kat Play Gym tu.


Petang semalam pula sibuk dengan urusan pasang khemah dan pelamin buaian berendoi. 


Malamnya sambung buat doorgift lagi. Alahai..baru tampal sticker 100 naskah, dah sakit2 pinggang ni. Kesan bius C-zer kot. Sebelum2 ni ok je duduk bersila lama2.


Dan pagi ni The final touch by EZ's Bridal & Wedding Planner. Sambil2 saya siapkan persediaan sikit2. Kalini semua katering. Pulut kuning je saya rendam dan tunggu mak saya sampai kejap lagi buat. Hihi.. 

Apa2 pun saya berdebar2 ni. Feel dia macam menyambut menantu.. Kikiki..

Kepada pembaca2 blog saya, doakan dari jauh agar Majlis Akikah ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan ya. Maaf tak dapat jemput semua. 

Terima kasih..








Post a Comment