Tuesday, August 30, 2016

Termenung nak pilih pakai tudung mana..

Nak pergi klinik je pun, kadang2 nak gi kedai runcit depan rumah tu je pun, tapi dia punya termenung fikir nak pakai tudung apa dan warna apa mengalahkan org nak amik award!


Walhal dah susun display siap2 tudung instant/shawl kat rumah ni. Kalau dulu2 lagi jenuh termenung sebab susun lipat tinggi. Pastu nak ambil pakai yang mana jenuhlah belek satu persatu.


Ayah Damia kata, hurmm makin sempitlah rumah ni penuh ngan rak2 tudung je. Tu tak termasuk tudung2 yang berawning yang tergantung kat rail khas dalam bilik laundry room. Dah namanya perempuan kan..


Uolss pun mesti sama ngan saya kan. Pagi2 nak gi keje terutamanya mesti termenung habis depan almari fikir nak pakai baju mana dan tudung apa. Tak masuk mencari pin2 tudung yang matching ngan warna tudung lagi. Inilah fitrah perempuan kan..




Post a Comment