Thursday, August 11, 2016

Best ke Microfibre Spray Mop tu?


My new home toys..

Pagi tadi kul 11 lebih sampai. Well setiap kali shopping di Lazada so far bagi saya memang tidak pernah mengecewakan. Semalam kul 1 tengahari beli online, harini tak sampai 24 jam dah sampai. Dah lah sebelum sampai rumah, person in charge yang hantar ni akan call kita dulu (by LEX) tanya ada rumah tak. Pastu email dan sms pun akan dihantar untuk updated setiap process delivery parcel kita. Best kan! 

Berbalik kepada new toy ni, orang perempuan ni kalau ada gadget rumah yang mudah pun, tetap nak beli yang lagi mudah kan..

Saya yang dah ada spin mop pun, tetap merasakan Microfibre spray mop ni yang lagi mudah. Tak yah angkut baldi dan air bagai. Refill je dalam tank kecik yang disediakan tu. Mop dia tu pun masuk dalam mesin basuh je nak cuci. Sangat mudah.

Btw tadi dah test guna. Nak pasang pun senang. Handle mop ni pun panjang. Sesuai utk saya yang tinggi ni. Kalau tak ada sesetengah batang mop tu pendek. Terpaksa saya membongkokkan badan utk guna. Spray dia pun smooth dan sekata. Mop dia pun ringan.

Datang idea nak beli ni pun sebab ibu panic sangat bila buka je diapers Daim Muslim, dia tembak kencingnya tanpa notis. Tokojut ibu tau.. Jauh pula tu tembak.. Haha.. Dah nak kena ambil kain lap tisu bagai. Kadang2 saya guna je wet tisu lap. Haha..Insyallah.. Ada spray mop ni senang sikit dan lebih yakin bab kebersihannya.


Ni details new toy ni. Kot-kot lah ada sapa2 yang nak rasa mudah bab mop-mengemop seperti saya. Harga sangatlah berbaloi2 kan. Ok lah nak tunggu lagi 2 barang yang saya shopping via Lazada semalam sampai. Email dah masuk delivery by Pos Laju. Kita tunggu kejap lagi. Happy shopping uolss..

P/s: Kat rumah ni, kalau Daim Muslim tembak kencingnya tanpa notis, memang semua akan kecoh dengan ketawa bagai. Terutama si Ayyunie tu.. Al-maklumlah.. First experienced ada little boy kat rumah kan.. Hihi




Post a Comment