Wednesday, August 10, 2016

Daim Muslim in Caterpillar Costume

Orang photoshoot newborn dalam costume selalunya usia 20 hari ke bawah. Senang nak handle dan baby tak banyak gerak2.

Tapi Daim Muslim usia 75 hari baru ibu berkesempatan nak photoshoot newborn ni. Al-maklumlah....Bukan photographer profesional. Takut nak handle baby yang masih fragile sangat disamping tak berani nak renyah2 amik gambar. Kang sakit pula tempat czer tu. 

Alhamdulillah. Walaupun Daim Muslim dah keras sikit badannya, dah pandai gerak2 dan usia pun dah 75 hari, tapi memberi komitmen yang bagus gitu masa photoshoot semalam. Cun! Next time boleh jadi model ibu ni. Bergabung dengan kakak Aleesya dan Ayyunie ya.


Memang sangat2 memberi komitmen. Kita buat apa pun tidur je dia...


Owhh melting sungguh gambar ni. Pandai pula dia buat satu pose senyum sambil tidur untuk ibu ya. Perfect!


Ibu tiarap kan Daim Muslim pun, relaks je dia. Yang bestnya tu, ibu terlentangkan semula, boleh dia sambung tidur. Ya Allah, sportingnya kamu anak!


Lena sungguh kamu ya! Macam2 gaya ibu buat kat kamu, steady je tidur. Muahhh..


Opsss ulat bulu naik daun dah.. Eh silap! Ulat bulu naik selimut lah.. Hihi..

Apa2 pun terima kasih Ya Allah atas kurniaan anak yang sangat baik dan soleh ini. Semoga membesar menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah serta kakak2 ya. 

P/s: Beli costume ni masa ibu pregnant 7 bulan kat Lazada. Finally..tercapai hajat ibu nak tgk anak ibu pakai baju ulat bulu ni.. Hihi..ntah kenapa masa pregnant haritu, ngidam betul caterpillar costume ni..




Post a Comment