Semalam bawa Daim Muslim shopping kat Today's Baby Expo yang berlangsung di Danga City Mall.
Btw ni 2nd Family Outing. Kelmarinnya 1st Family Outing sampai Ke Batu Pahat kami jalan-jalan cari makan dan shopping barangan Daim Muslim. Balik sampai ke malam pula tu. Daim behave sangat. Tak meragam tak mengamuk. Alhamdulillah. Masa makan pun sempat main2 ngan kakak2nya lagi. So LULUS nak bawa Daim jalan jauh2 lagi ya. Hihi...
Tujuan utama bawa Daim Muslim ke sini adalah nak beli Carrier Carseat dan Baby Wrapping/Wearing. Hah anak no 3 baru rasa nak beli semua ni. Dulu time kakak2nya tak ada perasaan pun nak beli sebab membesar atas kendongan bibik je. Dah besar sikit membesar atas stroller dan buggy pula. Dah kemana-mana pun naik flight stroller dan buggy tu. Memang berjasa sungguh!
Btw ibu dan ayah still rasa kekok nak pakai baby wearing/wrapping ni. Lebih selesa tolak stroller je. Tapi kadang2 dalam sesetengah situasi, perlu juga pakai baby wearing/wrapping ni kan. Jangan dah beli ni jadi harta karun kat rumah sudah sebab Daim tak nak duduk dalam tu atau ibu ayah tak selesa.
Ni lepas salesgirl tu ajar ibu pakaikan baby wrapping ni. Suka pula Daim duduk dalam beg cam kangaroo tu. Hihi..
Ibu pun selesa juga pakai ni sebab ringan dan fabrik pun lembut.
Kalau pakai ni senang juga Daim nak tidur dalam kendongan ibu kan. Bonding lebih terasa.
Salesgirl tu ajar cara2 nak pakai baby wrapping ni. Ada 3 pcs yang kena plug and play gitu.
Ayah Damia pun cuba juga. Yang ni jenis span. Tapi kami tak berkenan sebab tak lembut.
So decided amik yang jenis mula2 tadi. Tapi warna merah.
Pastu beli carrier carseat pula. Nak beli yang carseat sahaja tak sesuai sebab Daim Muslim kan belum boleh duduk lagi. Jadi cari yang infant Carrier Carseat. Ada yang berkenan tapi habis stok lah pula. Kena tunggu stok dan diaorg akan delivery ke rumah. Kitanya urgent nak guna. So cari je mana yang ada stok. Lagipun infant Carrier Carseat ni tak banyak pilihan berbanding dengan Carseat biasa tu.
Haha.. Sampai tertidur Daim org cuba2 carrier carseat ni. Yang ni jenis 3 in 1. Alang2 dah tidur dalam tu, terus kami beli. Kiki.. Tapi warna lain lah.
Kami pilih warna merah. Lama sungguh Daim tidur dalam ni.
Sementara Ayah Damia dan Ayyunie tunggu Daim tidur di Rest Area, saya dan Aleesya pula gi shopping macam2 barang lagi. Antaranya baju2 Daim, set mandian organik dan juga set lepas berpantang.
Ni Daim dah duduk dalam Carrier Carseat masa dalam kereta. Ok sangat. Dia happy!
Yeayy.. Pasni bolehlah ibu drive gi mana2 alone sambil bawa Daim Muslim kan. Kalau tak dulu2 ibu bawa bibik kendong kakak2 kamu tau! Pun lagi senang sebenarnya.. Opss..
Suka nauuu Daim Muslim duduk dalam ni. Ayah dan ibu pun boleh makan dengan bahagianya. Otw balik rumah semalam, singgah Aeon kejap utk makan kat Sedap Corner.
Semalam kami pergi time tengahari tak ramai sangat org. So dapat shopping dengan happynya. Nampak Daim pun ok je pabila bercampur dengan masyarakat sebenar ni. Al-maklumlah dah 3 bulan berkurung je kat rumah kecuali gi Klinik dan balik kg aritu. Balik kg pun tak kemana sebab masih pantang.
Kat sini susah tul parkingnya. So parking tepi jalan kat area belakang sana. Alahai dapat pula surat saman dari pihak berkuasa. Apa nak buat, bukan kita seorang dapat. Sepanjang jalan kereta tu dapat surat saman. Hihi..
Ok next kemana pula nak bawa Daim outing ni?
No comments:
Post a Comment